Harga Mitsubishi Xpander 2023 Malaysia

Harga Mitsubishi Xpander 2023 Malaysia yang akan bersaing dengan outlander, toyota innova, proton x50, rush, honda brv, perodua aruz dan alza

harga mitsubishi xpander 2023 malaysia

Mitsubishi Xpander merupakan kereta dalam kategori SUV / MPV segmen B yang mempunyai 7 tempat duduk.

BACA SINI: Kelebihan dan Harga honda hrv

Ianya merupakan rekaan terbaru Mitsubishi untuk bersaing dengan Honda BR-V dan Toyota Rush.

BACA SINI: Kelebihan dan harga perodua alza

Harga Mitsubishi Xpander Malaysia

Di bawah ini dikongsikan harga untuk harga kereta mitsubishi xpander di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur Kl Sabah Pahang Perak Pulau Pinang Selangor Kelantan Negeri Sembilan Sarawak Perlis Kedah Terengganu Melaka Penang Pahang.

PERKARASEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)
HARGA JUALAN96,510.0098,183.8898,183.88
ON THE ROAD96,800.0098,315.8898,365.88

Harga Bulanan Mitsubishi Xpander 2023

PERKARASEMENANJUNG (RM)SABAH & SARAWAK
TIADA BAYARAN MUKA1,138.301,156.12
9 TAHUN1,024.001,040.51
7 TAHUN1,254.941,274.60
5 TAHUN1,669.801,695.95

Kelebihan

1. Reka Bentuk Yang Berani Dan Futuristik

Dengan mengadaptasikan tema rekaan yang sama seperti model Triton dan Outlander iaitu ‘Dynamic Shield’, Xpander memaparkan rekaan depan yang berani dan futuristik.

Dengan fender depan dan belakang yang tegap serta ciri ‘floating roof’ pada tiang belakang menjadikan rekaan luaran Xpander sangat unik.

2. Sistem Suspensi Yang Sangat Seimbang

Dengan pengalaman yang luas dalam perlumbaan rali, Mitsubishi sangat pakar dalam bab keseimbangan suspensi.

Tanpa mengira rupa bentuk permukaan jalan, Xpander menyerap segalanya dengan begitu seimbang membuatkan anda memandu dengan begitu selesa tanpa terasa seperti dilambung.

3. Tempat Duduk Belakang Paling Selesa

Berbanding kereta lain dalam kelasnya, Xpander mempunyai ruang kaki dan kepala yang sangat selasa dari bahagian depang sehingga ke barisan ketiga tempat duduk penumpang.

Bahan yang digunakan untuk membuat kusyen juga begitu empuk dan tidak begitu keras memberikan keselesaan untuk apa jua jenis perjalanan.

4. Paling Besar Dalam Segmennya

Jika dibandingkan dengan pesaing rapatnya iaitu Honda BR-V dan Toyota Rush, saiz Xpander lebih panjag dan lebar.

5. Amat Praktikal

Xpander menyediakan begitu banyak ruang untuk penyimpanan seperti di papan muka bahagian penumpang, bahagian pemandu, ruang tengah, bahagian belakang pada kerusi hadapan serta di bahagian pintu.

Malah ia turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan tambahan di bawah kerusi penumpang hadapan.

Yang paling unik adalah, kerusi di barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata untuk memberikan ruan penyimpanan but yang paling luas (1630 L).

Anda juga boleh menyimpan sebanyak 18 botol air di dalam Xpander.

6. Jimat Minyak

Hasil ujian menunjukkan bahawa Xpander, dengan kelajuan 90km/j berjaya mencatat jarak tempuh bahan bakar sejauh 16.5km/L dalam keadaan perjalan yang lancar tanpa kesesakan.

Dalam kesesakan lalu lintas pula, Xpander mencatat bacaan minyak sebanyak 12km/L.

Bagi kereta sebesar Xpander, penggunaan bahan bakar seperti itu adalah sesuatu yang menjimatkan

7. Sistem Infotainmen Terbaik

Di Malaysia, skrin sesentuh berukuran 9 inci Xpander merupakan yang paling besar berbanding Xpander di pasaran lain.

Xpander di pasaran Malaysia juga satu-satunya yang dilengkapi dengan kelengkapan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Dari segi kualiti audio, ianya jauh lebih baik berbanding Rush dan BR-V.

8. 4 Buah Kamera 360o

Dengan 4 kamera 360 darjah yang dipadankan dengan sensor parker, Xpander amat mudah untuk dikemudi semasa meletakkan kenderaan di ruang yang sempit. 

9. Pelarasan Teleskopik

Xpander mempunyai stereng yang dilengkapi dengan sistem pelarasan teleskopi.

Sistem ini membolehkan anda merubah posisi pemanduan anda mengikut keselesaan anda dan sangat diperlukan oleh mereka yang bertubuh besar dan juga tinggi. 

10. Kabin Yang Senyap

Kabin Xpander sangat senyap kerana ia dilengkapi dengan tingkap depan yang tebal, cermin depan akustik serta penebat bunyi di bahagian bumbung

Ini terbukti apabila Xpander mencatat bacaan bunyi yang rendah iaitu 62 dB pada kelajuan 90km/j dan 68 dB pada kelajuan 110km/j.

Ini jauh lebih senyap berbanding BR-V (69dB pada kelajuan 90km/j dan 72 dB pada kelajuan 110km/j) dan Rush (63 dB pada kelajuan 90km/j dan 71 dB pada kelajuan 110km/j.)

SUMBER: Mitsubishi

Kekurangan

1. Transmisi 4 Kelajuan

Kotak tranmisi 4 kelajuan dilihat kurang sesuai bagi kereta seperti Xpander.

Ini kerana enjin akan berbunyi keras pada kelajuan tinggi.

Adalah lebih sesuai sekiranya Xpander ditambah dengan satu lagi gear ataupun transmisi CVT.

2. Dua Beg Udara Sahaja

Dengan hanya dua beg udara, Xpander jauh ketinggalan di belakang Toyota Rush yang memiliki 6 beg udara.

Jelas keselamatan penumpang di dalam Xpander agak terancam sekiranya berlaku kemalangan.

3. Tiada Sistem Bantuan Pemandu ADAS

Sekali lagi, dalam kelas mereka, hanya Toyota Rush sahaja yang dilengkapi dengan sistem ini.

Xpander hanya dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan yang standard iaitu ABS, EBD, kawalan kestabilan, kawalan cengkaman dan HAS.

4. Reka Bentuk

Walaupun reka bentuk muka depan yang mengadaptasi rekaan ‘Dynamic Shield”, ianya dilihat kurang sesuai bagi model Xpander.

Ia dilihat lebih sesuai untuk model Triton dan Outlander kerana kedua kereta ini mempunyai tren kuasa serta ‘road presence’ yang lebih gah berbanding Xpander.

Kereta Mitsubishi Xpander Jimat Minyak Tak

Hasil ujian menunjukkan bahawa Xpander, dengan kelajuan 90km/j berjaya mencatat jarak tempuh bahan bakar sejauh 16.5km/L dalam keadaan perjalan yang lancar tanpa kesesakan.

Dalam kesesakan lalu lintas pula, Xpander mencatat bacaan minyak sebanyak 12km/L.

Bagi kereta sebesar Xpander, penggunaan bahan bakar seperti itu adalah sesuatu yang menjimatkan

Xpander VS Aruz

1. Harga Xpander

Perodua sentiasa menawarkan harga yang mampu milik. Varian paling lengkap Aruz hanya beharga RM77900 berbanding harga Xpander berjumlah RM94800.

Dengan harga yang mampu milik, anda akan mempunyai komitmen bulanan yang lebih rendah sekiranya memiliki Aruz.

2. Enjin Dan Transmisi

Kedua-dua model ini dilengkapi enjin 1.55cc, namun kuasa kuda dan tork Xpander adalah lebih tinggi dengan 105 kuasa kuda dan 141Nm tork berbanding Aruz yang hanya memiliki 101 kuasa kuda dan 133 Nm.

Ini bermakna, Xpander sedikit lebih berkuasa berbanding Aruz.

Enjin Xpander juga lebih lancar berbanding Aruz yang bermaksud jika anda menekan minyak dengan lebih kuat untuk menaiki bukit contohnya, enjin Xpander lebih rileks dan senyam berbanding enjin Aruz yang akan mengaum lebih kuat. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia