Harga Honda BRV Baru 2023 Price: Bayaran Bulanan Kereta

Berapa Harga baru Honda BRV baru 2023 dan bayaran bulanan di Malaysia, Ikuti Review Mypt3 untuk kereta MPV ini

harga honda brv baru 2023 price malaysia

Inilah kereta MPV paling popular dan terkenal di Malaysia sekarang ini. Ia menjadi bualan dan siulan kalangan pengemar kereta di malaysia dan juga kalangan yang tercari-cari kereta baru sekarang ini. Jadi apakah yang menjadikan kereta ini kegilaan dikalangan pembeli kereta MPV di Malaysia?

BACA SINi: Harga Produa Ativa Baru 2023: Review Kereta

Kami suka untuk kongsikan kepada anda review honda BRV Malaysia berdasarkan pengalaman kami sendiri. Semua kalangan yang kami bawa bersama memandu kereta ini mengatakan tawaran harga BRV Malaysia adalah RM100 ribu dan ke atas. Jadi ini menunjukkan kepada kami ada dua perkara penting yang bermain di fikiran kalangan peminat MPV di Malaysia.

  • Pertamanya ialah, rekabentuknya cukup eksklusif
  • Keduanya, jenama Honda itu sendiri cukup kuat sehinggakan orang di luar sana menilai apa sahaja model kereta yang dihasilkan oleh honda mempunyai nilai yang agak tinggi

Hakikatnya, Honda menggunakan kepakarannya menghasilkan satu model kereta yang dijual di Malaysia pada harga mampu miliktetapi masih kelihatan agak ekslusif.

Ciri Honda BRV baru 2023

Dalam pada masa yang sama, anda boleh lihat sama model harga perodua aruz yang berharga bawah RM72,000 sahaja

1) Dasboard

Dashboard kereta ini menggunakan plastik keras. Malah panel pintu model ini daripada atas sampai ke bahagian bawah semuanya plastik keras. Sehinggakan ramai yang tak perasan pun sebenarnya. Walaupun begitu finishingnya masih lagi nampak kemas dan ekslusif

2) Bumper

Di bahagian bumper ada pelbagai detailing yang menarik. Seperti:

  • Detailing ala-ala S Coupe
  • Lampu yang kelihatan kompleks menjadikan model kereta ini agak menarik
  • Kekemasan chrome di sekeliling kabus depan
  • Grill seperti sarang lebah menambahkan lagi nilai ekslusif pada model kereta ini

3) Pemanduan di Permukaan Tidak Rata

Lebih tinggi daripada kereta biasa, sekaligus membantu pemanduan di permukaan tanah merah, jalan kebun, jalan kampung, jalan yang kurang rata

4) Kerusi

Daripada segi keselesaan kabin, kerusi yang dilengkapkan agak nipis tetapi ia merupakan trend sekarang. Yang penting daripada keselesaan pemanduan bukanlah terletak kepada ketebalan span, tetapi kerusi itu sendiri mampu untuk menampung tempat tampat yang perlu. Yang bagusnya tempat duduknya dibalut dengan kulit (mungkin semi leather atau full leather). Nampak cantik dan mahal.

5) Aircond Ruang kabin

Aircond terbaik dibahagian belakang memang cukup power untuk menghasilkan ruang kabinyang selesa tetapi bunyinya agak kuat sedikit. Tetapi biasanya orang jarang komen mengenai bunyi, kerana yang paling penting untuk sesebuah mpv adalah paling penting ruang kabin sejuk melihatkan cuaca di malaysia hari ini

6) Lampu Belakang

Rekabentuk belakang yang begitu gah, menjadikan model kereta ini kelihatan lebih mahal dan elegan

7) Kestabilan Pemanduan

MPV biasanya orang beli jarang yang bawa laju. Yang paling dinamik pemanduan untuk kereta mpv adalahia sepatutnya memberikan perasaan pemanduan kepada pemandu lebih keyakinan untuk memandu dari aspek kestabilan pemanduan terutamanya pada ketika mahu mengubah arah pemanduan secara tiba-tiba, dan kereta masih lagi stabil.

Dan paling penting model kereta ini ketika di bahagian selekoh tidak ‘menggelabah’ sehingga menjadi tidak selesa ketika memandu

  • Kawalan stereng agak tepat
  • Mudah mengawal kelajuan ketika menekan minyak.

8) Enjin

Bunyinya apabila menekan minyak bukanlah senyap, bisinglah juga. 100-120 km sejam enjin ini tuning pada 3000 rpm. Bagi masih Ok, tuning yang Ok.

9) Penggunaan

Purata sepanjang pemanduan model honda brv ini, penggunaan minyak adalah sekitar 11.1 km untuk setiap satu kilometer. Bagi kami untuk sebuah mv untuk penggunaan minyak seperti ini ok dan agak munasabah.

SEMAK SINI: Harga Minyak Terkini 2021: Petrol Terbaik di Malaysia

Masalahnya di sini, tangki minyak kereta ini agak kecil. Hanya 40 liter sudah penuh. Dan untuk 40 liter kami hanya dapat menjangkau 370 km sahaja. Kadar jimat minyak bagi model ini adalah 2 daripada 5

Promosi Harga Honda BRV Baru 2023

VARIANWARNAHARGA
1.5EStandardRM89,900 RM86,726
1.5EWhite Orchid PearlRM90,200 RM86,998.73
1.5VStandardRM96,900 RM93,420.27
1.5VWhite Orchid PearlRM97,200 RM93,693
Harga baru honda brv tahun 2021

Berapa Bayaran Bulanan Honda Brv

VARIAN MODELPEMBAYARAN BULANAN
1.5ERM 918 sebulan
1.5VRM 989 sebulan
Contoh ini adalah melibatkan pinjaman kereta atau car loan selama tempoh 9 tahun pada kadar feadah bank 3 peratus yang ditawarkan sekarang

Video Honda Brv

YouTube video

Sumber: https://www.honda.com.my/model

Hakikatnya, model kereta ini bukanlah sebuah kereta yang hebat tetapi dengan tawaran harga yang ada sekarang ini ia merupakan ‘satu pakej kompromi yang hebat’ sangat berbaloi dengan apa yang dinikmati oleh pembeli mpv di Malaysia dengan pelbagai keupayaan dan kebolehan yang ada pada model kereta ini.

Dengan harga brv baru Malaysia tahun 2023 bersama-sama dengan keupayaan dan kelengkapannya kami berikan nilai review 7.5 daripada 10. Apa pula perbandingan anda antara harga dengan kualiti uyang ditawarkan?

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia