Harga Bitcoin Terkini 2023 di Malaysia

Harga Bitcoin Terkini Semasa Tahun 2023 dibanding antara paling rendah vs paling tinggi

harga bitcoin terkini 2023 malaysia

Apa pendapat Mypt3 mengenai potensi Bitcoin di Malaysia? Berbaloi untuk dibuat investment / pelaburan? Mungkin baru-baru ni ada pernah dengar harga naik mencanak-canak.

BACA SINI: Berapa harga saham tm tnb yang terkini dan terbaru

Satu ketika dahulu pada tahun 2017, 1 bitcoin hampir bersamaan dengan usd20000. Pada masa itu, kami ingat lagi hype mengenai berita kenaikan ini. Tetapi…

Tetapi akhir tahun 2017, harga telah jatuh serendah-rendah 3000 dollar Amerika. Terkini, harga memecah buat pertama kalinya, penanda aras yang tertinggi dalam sejarah USD40000 untuk setiap harga 1 bitcoin bersamaan 120,000 ringgit Malaysia.

Harga Bitcoin Terkini 2023 Malaysia

Persoalannya sekarang ini masih berbaloi untuk melabur dan invest dalam bitcoin pada waktu sekarang ini?

Kami sendiri sudah beli dan memegang bitcoin seawal pada tahun 2017 lagi. Jadi pada pandangan kami sendiri yang sudah masu awal melihatkan bitcoin price malaysia pada hari ini, semestinya SANGAT BERBALOI.

Bagaimana pula yang baru sekarang plan nak buat duit dengan pelaburan bitcoin? Bagi mereka yang belum pernah ada apa-apa Bitcoin ataupun first time dengar tentang Bitcoin sedang harga sudah melambung tinggi, nasihat kami invest dengan lebih BERHATI_HATI.

Sebab anda kena ingat pada tahun 2017, ketika harga semasa pada waktu itu mencapai USD20000. Ini kerana sepanjang tahun 1 selepas itu, harga terus jatuh dan jatuh sehingga berada di paras serendah 3000 Dollar America pada akhir tahun 2018, sebelum ia naik semula.

BACA SINI >> Harga pizza hut

Apa Tujuan Invest & Melabur Bitcoin

Dalam apa saja bentuk pelaburan, anda perlu jelas dengan tujuan anda laburkan duit anda itu sendiri. Jikalau ada tanya anda nak invest ke dalam bitcoin untuk apa, kalau jawapan anda untuk gandakan duit, itu bukan tujuan yang betul.

Seperti kami sendiri, tujuan sebenar kami beli bitcoin / cryptocurrency adalah untuk belajar teknologi blokchain itu sendiri.

Bagaimana pula dengan anda?

Apa Itu Matawang Bitcoin

Bitcoin (BTC) adalah mata wang kripto terdesentralisasi pertama di dunia.

Ia dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto, namun identitinya yang sebenar masih belum disahkan.

Ia menuruti satu set idea yang buat pertama kalinya telah diperkenalkan di dalam kertas putih milik Nakamoto, ‘Bitcoin: Sistem Tunai Elektronik Peer-to-Peer’, yang telah diterbitkan pada 31 Oktober 2008.

Bitcoin menggunakan teknologi peer-to-peer bagi memudahkan pembayaran tanpa memerlukan penglibatan pihak berkuasa pusat untuk beroperasi.

Individu yang menyumbangkan kuasa pengkomputeran kepada rangkaian Bitcoin, yang turut dikenali sebagai ‘pelombong’, akan menerima insentif berupa ganjaran dan yuran transaksi yang dibayar dalam Bitcoin.

Satu Bitcoin boleh dibahagikan kepada lapan tempat perpuluhan, dan unit terkecil dikenali sebagai satoshi.

SUMBER: https://www.investopedia.com

Harga Bitcoin Hari Ini vs Saham vs Bon

Harga terkini meraih populariti ekoran harga yang tidak menentu.

Namun yang demikian, ia telah menjadi aset yang berprestasi paling tinggi bagi sebarang kelasnya (termasuk saham, komoditi dan bon) sepanjang dekad yang lalu – meningkat dengan drastik 9,000,000% di antara tahun 2010 dan 2020.

Nilai Bitcoin Hari Ini Meningkat Lagi?

Apabila Bitcoin menghampiri had maksimanya, permintaan untuk mata wang kripto sepatutnya akan meningkat.

Permintaan yang tinggi dan bekalan yang terhad mendorong peningkatan harga untuk satu bitcoin.

Selain daripada itu, lebih banyak institusi melabur dalam Bitcoin, menstabilkan pasarannya serta menjadikannya sebagai salah satu alat pelaburan yang popular.

Jika populariti bitcoin sebagai alat untuk transaksi runcit meningkat, kegunaan dan harganya turut akan meningkat.

Faktor Harga 1 BTC Naik

  1. Sejak Bitcoin diperkenalkan pada 2009, bekalannya semakin berkurangan.
  2. Setiap empat tahun, mata wang kripto akan mengalami peristiwa pengurangan di mana ganjaran pelombong secara puratanya berkurangan sebanyak separuh.
  3. Penurunan bekalan sepadan dengan peningkatan permintaan disebabkan oleh liputan media dan turun naik harga.
  4. Gabungan bekalan yang mengecil berserta peningkatan permintaan akan menyebabkan lonjakan harga.

Cara Kira bitcoin price malaysia dan Matawang Kripto lain?

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana cara pengiraan harga dan nilai Bitcoin, namun adalah penting untuk mengingati yang fungsinya tidak jauh berbeza dengan mata wang atau objek lain.

Mari kita lihat terlebih dahulu cara harga kebanyakan barang di tentukan – kita boleh menggunakan oren sebagai contoh. Berapakah harga sebiji oren?

Baiklah, harganya bergantung. Sebagai permulaan, seseorang akan menentukan harga oren berdasarkan dua perkara:

  • berapakah harga seseorang cuba menjualnya
  • berapakah pula harga orang lain cuba membelinya.

Jika John ingin menjualnya dengan harga USD2.50 dan Sarah hanya bersedia untuk membayar USD2.00, urusan jual beli ini tidak akan berlaku.

  • Namun jika mereka bersetuju dengan harga yang tertentu, katakan USD2.25, maka transaksi akan berlaku.
  • Jika musim sejuk melanda, mungkin lebih ramai yang ingin membeli buah oren, lantas meningkatkan harganya.
  • Atau jika sesuatu kemarau berlaku, bekalan oren akan semakin berkurangan, menyebabkan lebih ramai orang cuba membeli lebih oren, keadaan ini lantas turut meningkatkan harganya.

4 Cara Beli Matawang Kripto Dengan Mudah

  1. Langkah 1: Daftar dengan Luno. Layari halaman pendaftaran untuk mencipta akaun Luno.
  2. Langkah 2: Sahkan identiti anda.
  3. Langkah 3: Masukkan wang ke dalam dompet Luno anda
  4. Langkah 4: Beli mata wang kripto

Soalan Lazim & FAQ

1) Adakah harga akan terus meningkat? 

Ya. akan meningkat. Penerangan lebih terperinci ada kami kongsikan di atas ini.

2) Apakah faktor mempengaruhi harga semasa & Terkini

Ia melibatkan faktor bekalan dan permintaan untuk beli crypto malaysia

3) Mengapa harga kripto berbeza di seluruh dunia

Ini kerana tiada harga btc hari ini yang standard atau global. Tidak seperti kebanyakan mata wang tempatan, Bitcoin tidak diikat pada apa-apa untuk memberikan nilai seperti mata wang atau aset.

Nilainya mewakili apa yang orang ramai sanggup bayar untuknya

Sama-sama kita pantau potensi yang ada dengan prestasi harga bitcoin terkini samada akan terus naik atau sebaliknya.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia