Great Eastern Login: Life & Medical Card Takaful Malaysia


Great Eastern Login: Life & Medical Card Takaful Malaysia

great eastern login

Pada tahun 1908, Great Eastern Life memulakan operasinya sebagai pejabat cawangan The Great Eastern Life Assurance Company Limited. Pengoperasian di Malaysia kemudiannya dipindahkan ke syarikat awam perbadanan tempatan, GELM di bawah Skim Pemindahan Perniagaan. GLEM telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 1998 sebagai “Penginsurans Hayat Tertua dan Terbesar” di Malaysia.

BACA SINI: Aia Login: Medical Card Malaysia & Jadi Life Planner

Sebagai syarikat insurans hayat tertua dan paling mapan di Malaysia, GELM terus menetapkan standard baru sebagai peneraju industri yang inovatif. Ia telah menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif untuk melindungi generasi di Malaysia daripada perkara yang tidak dijangka sepanjang peringkat kehidupan mereka yang berbeza.

Ini dilengkapi dengan rangkaian produk perlindungan kesihatan yang semakin berkembang untuk membantu pelanggan menguruskan ekonomi mereka dengan lebih baik ekoran implikasi kos perubatan yang semakin meningkat.

Senarai Kandungan Penting:

Cara Customer Akses Great Eastern Login

Sebagai pelanggan, anda boleh log masuk ke dalam sistem Great Eastern melalui sistem e-conncet. Caranya mudah sahaja.

  1. Layari laman web  https://www.greateasternlife.com dan pada halaman utama tekan pada pautan “log in here”.
  2. Pilih “e-connect” pada menu tarik turun.
  3. Setelah anda klik pada e-Connect anda memerlukan Great ID untuk log masuk. Sekiranya anda masih belum memiliki Great ID anda perlu mendaftar untuk mendapatkannya.
  4. Daftar Great ID anda dengan mengikuti langkah berikut: Klik pada pautan “Register Now” dan masukkan maklumat nombor kad pengenalan dan nombor polisi atau nombor sijil anda.
  5. Selepas itu anda perlu mengesahkan bahawa anda adalah pelanggan GE dengan memasukkan 6 digit nombor pin sekali guna (OTP) yang dihantar ke nombor telefon anda.
  6. Setelah anda disahkan sebagai pelanggan GE anda perlu memasukkan semua maklumat yang diperlukan pada halaman berikutnya. Untuk mendapatkan Great ID anda, anda perlu memasukkan kod pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel yang telah anda daftarkan.
great eastern malaysia

Setelah selesai, anda kini sudah boleh menikmati lebih banyak perkhidmatan daripada Great Eastern.

epartner great eastern

Setelah mendapatkan Great ID, log masuk ke dalam sistem e-connect dengan memasukkan ID dan kata laluan anda.

Sebelum anda dapat menikamti perkhidmatan seterusnya, amda perlu memasukkan 6 digit nombor pin sekali guna (OTP) yang dihantar ke nombor telefon anda dan akhir sekali anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat dan persetujuan e-Connect.

great eastern takaful

Senarai Produk Great Eastern Malaysia

1) Great Eastern Life Insurance

a) Great Early VantageCare 2

  • Menawarkan perlindungan diperingkat awal sekiranya anda didiagnos menghidapi penyakit yang kritikal.
  • Sekiranya anda didiagnos menghidap penyalit kritikal, pelan ini akan membantu anda dari segi kewangan agar anda boleh mendapatkan rawatan awal tanpa membebankan anda.
  • Pelan ini juga membantu memberi jaminan bahawa orang yang anda sayang tidak akan terbeban dan boleh meneruskan kehidupan mereka.

b) Great Generation Care

  • Pelan ini menangani semua kebimbangan anda dan orang yang anda sayang dalam menghadapi perkara yang tidak diduga dalam kehidupan.
  • Ia bukan sahaja melindungi anda apabila berdepan dengan kemalangan atau penyakit kritikal, tetapi juga melindungi anak-anak dan ibu bapa anda di usia senja mereka.
  • Dengan kesemua tiga generasi diliindungi, anda sekeluarga boleh menikmati kasih sayang dan kegembiraan saban hari.

c) Great Life Gift

Melindungi hari esok keluarga anda dengan melindungi anda daripada perkara yang tidak diduga.

d) Great Maxi ProtectoR

  • Pelan insuran sepanjang hayat mampu milik yang akan matang pada umur 99 tahun.
  • Pelan ini menyediakan perlindungan mampu milik yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.
  • Apabila berlaku kematian atau kecacatan kekal yang menyebabkan anda tidak mampu melindungi keluarga anda, pelan ini akan membantu menyediakan keperluan mereka.

e) Great VantageCare 2

  • Sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal, pelan ini boleh meringankan beban anda dalam berhadapan dengan gangguan emosi, fizikal, mental dan kewangan dengan menyediakan jaminan perubatan yang diperlukan serta ketenangan fikiran selama menjalani proses pemulihan.
  • Ia merupakan pelan perlindungan ideal yang menjaga anda apabila anda berada pada tahap penyakit kritikal yang parah.
  • Pelan ini juga memastikan supaya nada tidak akan membebankan keluarga anda dari segi kewangan andai ditimpa hilang upaya kekal dan menyeluruh (HUMK).

f) Great Term Direct

  • Menyediakan pelan mampu milik yang mudah difahami dan boleh dibeli terus dari Great Eastern Life. Pelan ini menyediakan perlindungan yang perlu dengan harga bayaran premium yang munasabah.
  • Pelan ini juga membolehkan anda memilih jumlah asas perlindungan yang anda inginkan yang sesuai dengan kemampuan kewangan dan keperluan perlindungan anda.

g) Smart Protect Junior

  • Dengan pelan ini, anda boleh menyediakan anak-anak anda dengan insuran hayat jangka masa Panjang sejak dari mereka berada dalam kandungan agar anda dapat menikmati ikatan kegembiraan bersama mereka di masa akan datang.
  • Pada masa sama, anda akan menyediakan masa depan yang cerah untuk anak-anak anda dengan akses kepada pengurusan dana pelaburan yang profesional.
  • Anda boleh yakin bahawa anak-anak anda dilindungi semasa membesar dan bersedia untuk masa depan.

h) SmartProtect Legacy Max

  • Dengan pelan ini, anda boleh memastikan bahawa anda memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung keperluan keluarga tersayang sekiranya berlaku perkara yang di luar jangkaan.
  • Selain menyediakan perlindungan sehingga umur 100 tahun, pelan ini menyediakan akses kepada unit pengurusan dana pelaburan yang professional dan terma bayaran premium fleksibel yang bersesuaian dengan keperluan anda.
  • Ini akan menyediakan masa depan kewangan yang terbaik, cerah dan selamat untuk keluarga anda dan generasi akan dating.

i) SmartProtect Sure

  • Pelan ini melindungi anda daripada perkara luar jangka sambal memberi anda kebebasan untuk mencapai aspirasi anda.
  • Selain daripada manfaat perlindunan untuk 30 tahun atau sehingga 70 tahun, pelan ini juga menyediakan pelbagai pilihan terma bayaran premium yang fleksibel agar ia bersesuaian dengan tahap komitmen anda.
  • Pelan ini juga menyediakan akses kepada unit pengurusan dana pelaburan yang professional dan anda juga boleh mendapatkan ganjaran kewangan daripada peristiwa penting tertentu polisi. 

j) SmartProtect Wealth Plus

  • Sebuah pelan berkaitan pelaburan premium yang mekindungi anda sehingga usia 100 tahun dengan nilai pelaburan yang sentiasa meningkat seiiring umur anda.
  • Melindungi anda daripada kematian. HUMK atau kemalangan jiwa.
  • Sebagai tambahan, pelan ini juga memberi ganjaran kepada anda dengan manfaat kematangan di akhir terma polisi anda.

k) SmartProtect You

  • Pelan ini direka dengan meletakkan kepentingan anda sebagai keutamaan agar anda dapat mencapai kebebasan kewangan di masa hadapan dengan penuh yakin.
  • Pelan mampu milik ini bukan sahaja membolehkan anda mencapai imipian anda tetapi juga menyediakan perlindungan jaringan kewangan yang kuat.
  • Dengan bayaran serendah RM100 sebulan, anda boleh menikmati perlindungan yang meluas dan pelbagai manfaat yang membantu anda menjamin masa depan yang cerah.

2) Great Eastern Health Insurance

Pelan Insuran Kesihatan GELM merupakan pelan mampu milik yang menyediakan perlindungan perubatan untuk kecederaan dan penyakit serta menanggung perbelanjaan perubatan anda.

a) Great Critical Care Direct

Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap 45 jenis penyakit kritikal pada tahap lanjut.

Seiring dengan pelan premium mampu milik, anda juga memilikipilihan jumlah perlindungan yang luas sesuai sengan keperluan peribadi dan kewangan anda.

b) Great Helath Direct

Pelan insuran perubatan dalam talian tunggal yang menyediakan perlindungan sehingga umur 80 tahun.

Pelan ini direka khas untuk meringankan beban kewangan anda semasa anda menjalani rawatan perubatan dan permulihan untuk tempoh masa yang lama.

Bagi memudahkan proses permohonan, pelan ini boleh dibeli secara dalam talian.

c) Great Medic Shield + Great Medic Million Extender

Great Medic Shield akan membayar balik bil perubatan dan penghospitalan anda sehingga RM150,000 bergantung kepada pelan yang telah anda tanpa ada Batasan seumur hidup.

Dengan tambahan Great Medic Million Extender, anda boleh meningkatkan nilai perlindungan anda kepada RM1.5 juta.

d) Great Multi Cancer Care

Satu pelan perlindungan komprehensif yang akan membantu anda untuk mengharungi dan melawan setiap tahap kanser anda.

Pelan ini menyediakan jaringan keselamatan kewangan pada masa dan di mana sahaja anda memerlukan dari peringkat kanser awal sehingga ke peringkat paling parah.

Dengan perlindungan sehingga usia anda 85 tahun dan akan mendapat bayaran sehingga 360% daripada jumlah asas perlindungan, anda boleh meneruskan kehidupan anda bersama otang tersayang. 

e) Smart Baby Shield

Pelan ini merupakan pelan tunggangan yang boleh dikepilkan bersama pelan Smart Protect Junior yang akan melindungi bayi anda sejak dari kandungan lagi sehingga anda melahirkannya.

Ia menyediakan perlindungan yang anda perlukan untuk menghadapi sebarang kemungkin sepanjang tempoh tersebut dan juga menyediakan manfaat penghospitalan serta manfaat lain untuk membantu anda dan anak anda mengharungi saat yang penting dalam kehidupan anda.

f) Smart Early Payout CriticalCare

Pelan ini merupakan pelan insuran tunggangan berkaitan pelaburan yang unik.

Ianya membayar pampasan kepada anda di awal anda didiagnos menghidap penyakit kritikal yang dilindung.

Dengan bayaran awal ini, anda boleh menumpukan perhatian penuh pada proses rawatan dan pemulihan anda.

g) SmartMedic Shield + SmartMedic Shield Plus

Pelan SmartMedic Shield merupakan pelan berkaitan pelaburan yang menawarkan anda dengan tiga pilihan bilik dan katil hospital yang berbeza agar anda mendapatkan akses kepada manfaat perubatan dan penghospitalan yang meluas semasa menjalnai proses pemulihan anda.

Tambahan pula, anda boleh memilih tempoh perlindungan antara 80 hingga 100 tahun untuk membolehkan anda menikmati perlindungan perubatan mengikut keperluan anda.

h) Smart Multi Critical Care

Pelan ini menyediakan manfaat penyakit kritikal dan manfaat istomewa yang memberi perlindungan luas terhadap 188 keadaan penyakit.

Melalui pelan ini, anda boleh membuat lebih daripada satu kali tuntutan sejak dari peringkat awal sehingga peringkat lanjut penyakit kritikal.

Lebih menarik, di bawah manfaat penyakit kritikal dan manfaat istimewa pelan ini, anda boleh membuat tuntutan sehingga 860 peratus daripada jumlah tunggangan asas perlindungan anda.

3) Great Eastern Personal Accident Insurance

Kos kemalangan memerlukan pembiayaan yang sangat mahal.

Di Great Eastern anda akan temui pelan yang sesuai untuk membolehkan anda menikmati kebebasan anda dengan ketenangan fikiran.

a) GreatShield Active

Pelan ini direka untuk melindungi anda yang gemarkan gaya hidup aktif.

Ia menawarkan pelbagai perlindungan dan faedah termasuk indemniti berganda untuk kematian akibat kemalangan dan Indemniti tiga kali ganda untuk hilang upaya kekal menyeluruh pada kenderaan awam atau di acara sukan awam, agar anda boleh mencapai gaya hidup yang anda inginkan dengan lebih yakin.

b) Platinum PA

Sebagai warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia yang berumur antara 18 dan 65, anda hanya mengharapkan yang terbaik dalam hal perlindungan terhadap perkara yang tidak diduga, di mana-mana sahaja ia mungkin berlaku.

Dengan Platinum PA, semua keperluan anda akan dipenuhi dengan senarai faedah murah kami

c) Lady Protector

Wanita amat terdedah kepada kes kecurian ragut, gangguan seksual dan serangan asid.

Dengan pelan Kemalangan Peribadi Lady Protector, wanita antara 16 dan 60 tahun akan dilindungi daripada kejadian ini.

d) MOS Shield

Perlindungan daripada kematian akibat penyakit bawaan nyamuk. Setiap tahun, penyakit virus bawaan nyamuk menyebabkan berjuta-juta kematian.

Dalam pertempuran panjang menentang nyamuk, MOS Shield melindungi anda dengan menyediakan perlindungan yang anda perlukan.

e) Easi-Shield

Easi Shield ialah pelan insurans kemalangan peribadi yang anda perlukan untuk melindungi anda dan orang tersayang daripada kemungkinan beban kewangan yang timbul daripada kemalangan.

Apatah lagi, dengan peningkatan keperluan kita untuk berulang-alik dan berhubung di seluruh negara atau bahkan merentasi sempadan dunia, ini akan mendedahkan kita kepada risiko yang lebih besar.

Untuk ketenangan fikiran, GELM telah mereka bentuk satu siri manfaat dan perlindungan yang sesuai untuk keperluan anda, 365 hari, sepanjang masa

f) Easi-Protector

Memberi perlindungan 24 jam sehari daripada kemalangan.

Pelan ini akan meringankan beban kewangan anda agar dapat membantu keluarga anda sekiranya berlaku kemalangan. 

g) Junior Protector

Polisi kemalangan peribadi yang menawarkan pampasan sekiranya sesuatu berlaku kepada anak-anak anda dari umur 1 hingga 18 tahun (sehingga 23 tahun jika menghadiri institusi pengajian tinggi)

h) Classic PA

Memberi perlindungan 24 jam sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

4) Great Eastern Travel Insurance

GELM menawarkan perlindungan menyeluruh untuk anda, keluarga anda dan juga untuk rumah anda apabila anda melancong bagi membolehkan anda menikmati perjalanan.

a) Travel For More

Merupakan insurans perjalanan hebat untuk perlindungan luar jangka yang lebih mendalam. Jika anda mahukan jaminan liputan yang lebih luas dan mendalam untuk anda dan keluarga anda semasa melancong, pastikan anda telah mengaktifkan pelan ini.

Travel For More ialah pelan insurans perjalanan yang amenawarkan perlindungan perjalanan yang komprehensif, perlindungan perubatan yang meluas yang sesuai dengan keperluan anda. 

b) Great Voyager

Menyediakan pelbagai faedah termasuk perjalanan peribadi yang menyeluruh perlindungan kemalangan, serta perlindungan perubatan yang meluas agar anda tidak perlu risau sekiranya berlaku perkara-perkara yang mencacatkan perjalanan anda.

5) Great Eastern Motor Insurance

Insurans motor GELM menawarkan perlindungan terhadap kehilangan dan kerosakan pada kereta anda.

a) Insuran Motor

Polisi ini menyediakan insurans terhadap liabiliti kepada pihak lain untuk kecederaan atau kematian, kerosakan kepada harta benda pihak lain dan kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kenderaan anda atau kecurian kenderaan anda.

b) Easi-Drive 2

Polisi ini direka untuk memberikan pampasan sekiranya berlaku kematian atau kecederaan anggota badan yang diinsurankan pada diri pemandu dan / atau penumpang yang timbul daripada kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan yang melibatkan kenderaan persendirian yang dinamakan di bawah polisi.

Polisi ini menyediakan perlindungan untuk anda dan penumpang semasa dalam perjalanan dalam Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei, dan terpakai untuk perjalanan dengan mana-mana kereta persendirian, bukan hanya kereta anda sendiri.

6) Great Eastern Home Insurance

Insuran rumah GELM memastikan rumah anda dilindungi sekiranya berlaku keadaan yang tidak menentu dan malang seperti pecah rumah, banjir, kebakaran dan gempa bumi.

a) Great Shield Home

Polisi ini memberi anda perlindungan untuk bangunan anda, kandungan dan pelbagai daripada kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, tangki air domestik pecah dan bahaya lain yang disebut dalam polisi insurans.

Ia juga menyediakan perlindungan untuk hartanah anda terhadap pelbagai jenis bahaya, dan memberi anda bantuan kewangan apabila kerosakan yang tidak dijangka berlaku pada rumah anda dan isi rumah anda.

Dengan produk ini GELM menghulurkan bantuan kepada anda setiap kali kerugian seperti itu berlaku kepada anda, untuk meringankan beban anda apabila kejadian yang tidak dijangka berlaku.

b) Easi-Home

Polisi ini menyediakan perlindungan untuk kandungan isi rumah anda terhadap kejadian tertentu seperti kebakaran atau kecurian dan juga pelbagai faedah lain seperti yang dinyatakan di bawah.

Rumah anda mungkin merupakan aset paling berharga yang anda miliki.

Easi-Home membantu melindungi pelaburan itu dan anda dalam pelbagai cara.

Pelan ini memberi jaminan kepada anda bahawa sekiranya berlaku kecurian, kebakaran atau bencana alam, anda akan dapat memulihkan sebahagian atau semua kerugian anda.

c) Houseowner / Household Insurance

Pelan kami menyediakan perlindungan untuk rumah dan isi rumah anda terhadap perkara di luar kawalan anda seperti kebakaran, pecah rumah dan bencana alam.

7) Great Eastern Medical Card

Great Eastern memastikan anda dilindungi dengan baik supaya penginapan anda di hospital selesa untuk anda sekiranya anda atau keluarga anda memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan 

a) EasiMed Major

Pelan insurans perubatan utama mampu milik yang direka bentuk untuk meningkatkan perlindungan perubatan anda semasa tempoh kritikal.

EasiMed Major membantu mengurus dan mengurangkan kewangan anda membebankan apabila perlindungan perubatan anda yang sedia ada tidak mencukupi.

Dengan pelan ini, anda dan orang yang anda sayangi boleh focus apa yang paling penting.

b) Easi Healthcare

Easi HealthCare ialah polisi insurans perubatan kendiri dengan empat pelan berbeza untuk memenuhi keperluan anda.

Ia menyediakan perlindungan 24 jam yang disertakan dengan kad kemasukan ke Hospital pada premium yang berpatutan.

Great Eastern Takaful Malaysia

Pelan takaful menyediakan perlindungan yang patuh shariah kepada anda.

Individu yang telah menandatangani kontrak akan menyalurkan amaun tertentu ke dalam dana takaful untuk membantu satu sama lain sekiranya ada di antara mereka yang mengalami kesusahan. 

Great Eastern menyediakan pelbagai jenis pelan takaful yang direka khas untuk memenuhi apa jua keperluan anda agar dapat membantu dan melindungi sebarang perkara yang mungkin berlaku dalam hidup anda.

Berikut merupakan pelan takaful yang disediakan oleh GE:

a) TAKAFUL KELUARGA

Nikmati pelbagai kelebihan apabila anda mencarum dengan pelan takaful keluarga GE.

Dengan sedikit sumbangan dalam takaful keluarga ini, anda dan keluarga anda tidak perlu risau sekiranya berlaku perkara luar jangka pada keluarga anda seperti penghospitalan, peningkatan perbelanjaan pendidikan mahupun ibadah.

Pelan takaful keleuarga juga sangat fleksibel di mana anda boleh mengubah pelan anda mengikut keperluan dan kemampuan kewangan anda.

Akhir sekali, nikmati pelan takaful yang komprehensif bersama takaful keluarga GE. 

Pelan takaful keluarga GE menawarkan pela-pelan seperti di bawah:

(i) i-Great Inspirasi

Pelan yang menyediakan perlindungan terhadap penyakit berjangkit dan penyakit bawaan nyamuk.

(ii) i-Great Prestij

Merupakan pelan takaful berkaitan simpanan di mana anda mencarum untuk melindungi diri dan keluarga dan pada masa yang sama berpeluang menikmati pulangan simpanan yang tinggi.

(iii) i-Great GENerasi

Pelan hibah yang menyediakan tempoh perlindungan yang fleksibel serta tawaran kenaikan jumlah perlindungan yang automatik setiap 5 tahun.

(iv) i-Great Evo

Sesuaikan pelan perlindungan dengan kemampuan kewangan dan taraf kehidupan anda dengan memilih i-Great Evo

(v) i-Great Neo

Menyediakan perlindungan jangka masa panjang.

Di akhir tempoh perlindungan anda, anda boleh memilih untuk menuntut ganjaran atau memanjangkan lagi tempoh perlindungan sehingga 100 tahun.

b) TAKAFUL KESIHATAN

Takaful kesihatan GELM menyediakan perlindungan perubatan dan kesihatan yang sesuai dengan kemampuan kewangan, umur dan kehendak kesihatan anda agar anda dapat menerima perlindungan dan penjagaan kesihatan yang terbaik.

Berikut merupakan pilihan pelan takaful di bawah takaful kesihatan GE:

(i) i-Great MediHarapan

Memberi perlindungan kewangan kepada anda dan juga keluarga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

(ii) i-Great Harapan CI10

Pelan ini menawarkan perlindungan daripada 10 penyakit kritikal dengan bayaran bulanan yang berpatutan.

Hasil bayaran daripada pelan ini boleh anda gunakan untuk menampung kos perubatan anda yang tidak dilindungi atau untuk menyelesaikan hutang anda agar anda dapat menikmati proses pemulihan anda dengan tenang.

Selain daripada dua pelan di atas, anda juga boleh memilih untuk menambah pelan tambahan dan pelan tunggangan seperti pelan i-Medi Rider & i-Medi ExPlus Rider, i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider & i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider dan i-Additional Lifetime & i-Lifetime Critical Illness Term Rider.

i-Medi Rider & i-Medi ExPlus Rider merupakan tunggangan perubatan yang melengkapkan pelan asas anda untuk memberi ganjaran serta memberi perlindungan kesihatan di masa hadapan.

i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider & i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider pula menyediakan akses kepada dana yang anda perlukan bagi menampung kos rawatan awal sekiranyan anda menghidap penyakit kritikal.

Akhir sekali, dan i-Additional Lifetime & i-Lifetime Critical Illness Term Rider menawarkan perlindungan tambahan kepada anda dan anak-anak terhadap penyakit kritikal sepanjang hayat anda dan anak-anak.

c) TAKAFUL SIMPANAN MASA HADAPAN

GELM menyediakan pelan agar anda boleh mencapai impian masa depan anda. Jadikan impian anda suatu kenyataan dengan melanggan pelbagai pilihan pelan perlindungan yang fleksibel.

(i) i-Great Prestij

Dapatkan pelan i-Great Prestij untuk melindungi masa depan anda dan orang yang anda sayang dan dapatkan peluang pulangan yang tinggi untuk mencapai aspirasi hidup anda

(ii) i-Great Idaman

Menyediakan pelan pelaburan untuk masa depan anda yang menawarkan pengeluaran tunai dan pembayaran 100% daripada keuntungan pelaburan. 

d) PENGUMPULAN HARTA

Melalui pelan-pelan di bawah takaful pengumpulan harta, anda bukan sahaj boleh melindungi harta anda tetapi juga mengembangkannya.

(i) i-Great Duo

Pelan takaful yang membantu anda membina harta anda untuk generasi masa hadapan.

Pelan ini menyediakan panduan dan cadangan terbaik sebeluam anda membuat sebarang pelaburan.

e) PELAN TAKAFUL DALAM TALIAN

Semasa pandemik Covid-19 melanda, semua pergerakan menjadi sangat terbatas malah operasi pejabat, syarikat dan kaunter juga perlu dihentikan seketika atau beroperasi secara dalam talian.

Perkara ini memberi kesan kepada proses permohonan insuran dan juga menghadkan peluang untuk pelanggan bertemu dengan ejen dan penasihat takaful.

Proses permohonan takaful juga kadang-kadang memerlukan proses yang lama dan rumit.

Oleh yang demikian, Great Eastern mengambil ainisiatif untuk menyediakan pelan takaful secara dalam talian

(i) MikroSayang

Menawarkan 6 jenis pelan takaful secara dalam talian yang anda boleh pilih dari bayaran serendah RM50 setahun. Anda boleh mendapatkan pelan tanpa perlu menjalani sebarang prosedur perubatan. 

(ii) i-Great Murni 2.0

Pelan takaful yang menyediakan proses permohonan yang mudah tanpa sebarang kerumitan

(iii) i-Great Medi Care

Dengan pelan ini, anda boleh menikmati hidup anda sekarang dengan tenang dan pada masa yang sama anda telah memastikan bahawa keluarga anda telah dilindungi dari sebarang risiko.

Anda boleh emndapatkan kad perubatan dalam talian dan nikmati potensi manfaat daripada pelan ini.

(iv) i-Great Critical Care

Pelan ini membantu anda untuk berdepan dengan risiko menghidap penyakit kritikal sepanjang menjalani hidup anda.

Dengan pelan ini, anda boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan serta menanggung beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga anda sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku pada diri anda. 

Cara Contact Great Eastern Customer Service

Untuk berurusan dengan bahagian khidmat pelanggan GELM anda boleh hubungi 1300-1300 88 atau +603 4259 8888 untuk pelanggan di luar Negara.

Selain daripada itu, anda juga boleh berkunjung pusat khidmat pelanggan bagi urusan insuran hayat dan insuran am di alamat berikut pada hari isnin hingga jumaat dari pukul 8.30 a.m hingga 5.15 p.m tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum:

PERKARABUTIRANNYA
Pusat khidmat pelanggan insuran hayat:Menara Great Eastern, 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Pusat khidmat pelanggan insuran am:Level 18, Menara Great Eastern, 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Anda juga boleh menghubungi jabatan-jabatan berikut untuk urusan-urusan yang lebih spesifik:

Aduan Insuran hayat
Pejabat: +603 4813 373
E-mel: feedback@greateasternlife.com
Aduan Insuran am
Pejabat: 1300-1300 88 / +603 4259 7828
E-mel: gicare-my@greateasterngeneral.com
Modal insan:
E-mel sumber manusia: hr-my@greateasternlife.com
E-mel pekerja: myemployeescreening@greateasternlife.com 
Pengambilan perancang kehidupan
Telefon: +603 4813 3922
E-mel: greatsuccess@greateasternlife.com
PERKARA
Pengambilan Ejen Insuran
E-mel: agency-my@greateasterngeneral.com

Tuntutan hayat:
Menara Great Eastern
Level 1, Life Claims Department
No. 303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
E-mel:claims-my@greateasternlife.com

Khidmat Penjagaan Kesihatan
Menara Great Eastern
Level 16, Healthcare Services Department
No. 303 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Telefon: 1300-1300-18
E-mel: healthcareservices@greateasternlife.com

Car Assistance Program (CAP)
+603 7660 4799

Supreme Assist (SA) & Executive Second Opinion (ESO)
+603 4259 8853

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia