Borang Permohonan Gerak Malaysia Balik Kampung Online

Bagaimana Mohon Permohonan Gerak Malaysia Balik Kampung Ke Rumah Sendiri semasa PKP dan waktu covid 19 termasuk pelajar universiti?

borang permohonan gerak malaysia balik kampung online

Kini, kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan untuk orang awam pulang ke rumah masing-masing dari kampung halaman kerana kerajaan memahami orang awam yang sudah lebih sebulan berada di kampung sepanjang tempoh PKP ini.

Namun permohonan perlu dilakukan bermula 25 April bagi orang awam yang berkeinginan untuk merentas negeri dan pulang ke kampung ataupun pulang ke kediaman masing-masing dari kampung.

Permohonan boleh dibuat oleh orang awam, dengan melapor nama, lokasi, jumlah keluarga dan lain-lain supaya maklumat terperinci akan diperolehi kerajaan untuk mengesan mereka dari zon hijau, merah dan sebagainya. Di bawah adalah cara membuat permohonan pulang dari kampung ke rumah sendiri melalui laporan atau online.

BACA SINI: Sektor Yang Dibenarkan Bekerja Semasa PKP

Borang Permohonan Gerak Malaysia Balik Kampung

Permohonan untuk pulang ke rumah sendiri boleh dibuat oleh orang awam melalui salah satu cara di bawah.

Permohonan di Balai Polis

Anda boleh ikuti langkah di bawah untuk membuat permohonan di balai polis bagi yang tidak mempunyai telefon pintar :

  1. Balai polis berdekatan perlu anda hubungi untuk lakukan temujanji terlebih dahulu.
  2. Mengikut tarikh temujanji yang diberi, anda hendaklah hadir ke balai dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri.

Permohonan Atas Talian

Aplikasi Gerak Malaysia perlu dimuat turun oleh orang awam di telefon bimbit masing-masing untuk membuat permohonan atas talian (online). Untuk dapatkan aplikasi Gerak Malaysia klik pada pautan di bawah :

Walaubagaimanapun, penelitian setiap permohonan akan dijalankan dan dijangka akan bermula 1 Mei ini jika dibenarkan.

Anda disarankan membuat permohonan menggunakan aplikasi yang disediakan di atas buat anda yang mempunyai telefon pintar.

Digalakkan bagi yang tiada telefon pintar sahaja buat laporan di balai polis yang berdekatan.

Bermula 25 April 2020, permohonan sudah boleh dilakukan. Selamat memohon kepada anda yang berkenaan!

Balik Kampung Untuk Pelajar

Borang permohonan yang perlu pelajar isi dan hantar permohonan boleh dilakukan dengan cara klik pautan ini, iptpulang.malaysia.gov.my

  • Anda layak mohon jika anda merupakan pelajar universiti awam atau universiti swasta, politeknik mahupun kolej komuniti yang masih lagi berada di universiti masing-masing semasa musim PKP dan covid 19 ini, anda layak untuk balik kampung
  • Tak perlu guna aplikasi gerak malaysia balik kampung apps.
  • Yang bagusnya, segala urusan dari universiti sehingga ke rumah kediaman masing-masing, pihak universiti dan agensi kerajaan yang terabit yang kan menguruskan.
  • Ini termasuklah pemberian topeng muka, makanan semasa dalam perjalanan, serta proses saringan ketika bergerak dan ketika sampai ke destinasi masing-masing.

Jadi ibu bapa tidak perlu risau.

Soalan Lazim

1) Ada borang pdrm online balik kampung?

Tiada. Anda perlu berurusan terus di kakitangan polis yang bertugas di balai polis

2) Apa maksud gerak malaysia residential address?

Tuliskan alamat di mana lokasi anda terkandas pada ketika ini

3) Bila tarikh semakan permohonan gerak Malaysia saya?

Anda boleh semak bermula pada tarikh 1 Mei 2020

Scroll to Top