Cara Ambil Gambar Passport: Photo & Background Yang Betul


Cara Ambil Gambar Passport Photo & Background Yang Betul

gambar passport photo

Passport Malaysia merupakan dokumen perjalanan antarabangsa yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada rakyat Malaysia. Ianya dikeluarkan khusus untuk perjalanan ke luar negara.

Menurut Akta Pasport 1966, individu yang mempunyai passport yang sah sahaja boleh melakukan perjalanan keluar dan masuk ke Malaysia. 

Permohonan dokumen passport ini boleh dipohon oleh rakyat Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia. Individu yang tidak disenarai hitamkan oleh pihak JIM boleh melakukan perjalanan ke luar negara tanpa sekatan.

Syarat permohonan boleh disemak di portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia secara atas talian. Individu yang memiliki passport ini boleh membuat perjalanan sah selama tempoh 5 tahun. Passport yang telah tamat tempoh mestilah diperbaharui untuk meneruskan perjalanan ke luar negara.

Cara Ambil Gambar Passport Photo

Foto passport yang perlu dimuat naik bagi tujuan permohonan passport mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Cara mengambil gambar dan saiz yang gambar passport adalah seperti berikut;

  1. Ukuran saiz gambar mestilah 50mm X 35mm.
  2. Passport photo mestilah gambar yang terkini.
  3. Latar belakang passport background mestilah berwarna putih.
  4. Mod swafoto adalah dilarang.
  5. Pemohon hendaklah berpakaian gelap ketika mengambil gambar dan wajah mestilah jelas tanpa halangan cahaya dan aksesori pada bahagian muka.
  6. Pemohon yang berkaca mata tidak boleh memakai cermin mata ketika mengambil gambar.
passport background

SUMBER: https://www.imi.gov.my

Contoh Passport Background yang Betul Untuk Photo

Latar belakang gambar pasport mestilah berwarna putih bagi foto untuk tujuan permohonan dokumen perjalanan dengan imigresen.

Latar belakang selain putih akan ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

format passport

Berapa Kos Ambil Gambar Passport

Perkhidmatan mengambil gambar disediakan di JIM bagi individu yang tidak mempunyai gambar untuk permohonan pasport.

Kadar harga yang dikenakan untuk mengambil gambar passport adalah RM10 sahaja.

Pemohon akan menerima 4 keping gambar berukuran pasport.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia