≡ BACK

Gaji Minimum 2019 : Penetapan Kerajaan Pada Belanjawan

Gaji Minimum 2019 : Penetapan gaji minima Kerajaan Pada Belanjawan 2019

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan dasar gaji minimum 2019 pada kadar permulaan RM1,050. Lantas dengan pengumuman itu, majoriti memberikan reaksi dan respon negatif kerana merasakan kadar RM1,050 sudah tidak relevan lagi.

gaji minimum

Tambahan pula gaji permulaan RM1,050 untuk semua rakyat malaysia tidak selari ketetapan oleh Majlis perunding gaji negara (MPGN) berdasar kajian mendalam yang telah dijalankan selama ini.

Malah Majlis Perunding Gaji Negara merasakan gaji minimum 2019 Sebanyak RM1,500 adalah lebih relevan apabila mengambil kira beban kos sara hidup di malaysia dan juga keuntungan berlebihan dinikmati majikan selama ini.

Menyedari desakan dari pelbagai pihak termasuk dari MTuC, kerajaan mengumumkan dalam pembentangan bajet 2019 yang mana akta gaji minimum swasta naik sekali ke angka terkini iaitu minima RM1,100

Walaubagaimanapun ia masih tidak dipersetujui ramai termasuk MTUC kerana mereka tetap memperjuangkan yang pekerja di malaysia ada hak untuk menerima gaji minima RM1500 sebulan

Intipati Gaji Minimum di Bajet 2019

  1. Kerajaan merasakan gaji minima RM1100 adalah sesuai dalam iklim ekonomi sekarang ini dan kerajaaan memilih untuk menaikkan paras tidak terlalu drastik bagi mengelakkan majikan terkesan sehingga menyebab ramai kena busng kerja akibat peningkatan kos secara mendadak
  2. Pelaksanaan dasar baru ini terpakai di semua negeri di Malaysia iaitu di Pahang, Sarawak, Perak, Johor, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan
  3. Melihatkan beban hutang kerajaan malaysia, kerajaan tidak bercadang memberikan subsidi kepada majikan di malaysia untuk dasar baru ini
  4. Dasar dan perintah gaji minimum 2019 perlu dilaksanakan bermula 1 Januari 2019

Pautan Pekeliliing Gaji Minimum

PerkaraPautan
Pekeliling Kerajaan MalaysiaAkan dikemaskinikan

Kebaikan Penetapan Gaji Minima Swasta

pekeliling gaji minimum

Dengan pelaksanaan baru ini dapat memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia terutamanya pekerja swasta di Malaysia.

Ini termasuklah menaikkan perbelanjaan boleh guna mereka bagi membolehkan mereka berbelanja lebih lagi, memberikan lebih banyak faedah kepada kalangan pekerja swasta yang mana selama ini kebanyakan syarikat besar dan gergasi di Malaysia mengaut terlalu banyak keuntungan sehingga kadar gaji yang diberikan masih lagi di tahap yang rendah.

Selain daripada itu, dengan kenaikan harga barang di Malaysia hari ini, kenaikan gaji minimum swasta di malaysia sudah tidak boleh ditangguhkan lagi.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bajet 2019 : Intipati Pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan Live Streaming, Siaran langsung Pengumuman Intipati Pembentangan Bajet 2019 Malaysia oleh Tun Mahathir pada Tarikh Belanjawan 2019 2 November 2018 Pe…
Berita Kenaikan Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 Pekeliling Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2019 terkini. Semakan Skim Tangga Gaji Kakitangan kerajaan Seperti biasa Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di P…
B40 Malaysia : Senarai Golongan Isi Rumah Dapat Bantuan Kerajaan Apa itu Maksud B40 Malaysia : Isi Rumah B40 Dapat Bantuan Kerajaan Di Bajet 2019 Ramai merasakan tahun ini, adalah lebih mencabar. Apa yang ramai rak…
Kad RapidKL Monthly Pass : Pas Bulanan RM100 Sebulan (UNLIMITED) Kad RapidKL Monthly Pass : Pas Bulanan RM100 Sebulan (UNLIMITED) Tidak dinafikan masalah kesesakan lalu lintas terus menghantui bandar bandar di mala…
Subsidi Minyak Motor Kereta : Duit Tunai RMxxx Terus Masuk ke Akaun Bank Subsidi Minyak Motor subsidi petrol Kereta : Duit Tunai Terus ke Akaun Bank Berita gembira untuk pemilik motor di Malaysia dan juga pemilik kereta di…