FSA2: Apply Pinjaman Akaun 2 Epf Loan Kwsp BSN MBSB

Cara apply FSA2 Fasiliti Sokongan Akaun 2 Epf Loan Kwsp online dengan BSN kwsp & mbsb kwsp, fsa2.kwsp.gov.my untuk fasa 1 dan fasa 2

fsa2.kwsp.com.my

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP merupakan suatu kemudahan bayaran yang diberikan kepada pencarum ahli KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi bank.

Simpanan hasil daripada caruman bulanan pekerja di dalam Akaun 2 boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Simpanan tersebut akan dijadikan sebagai cagaran bagi pembiayaian peribadi ini dengan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat daripada Akaun 2.

Ianya memberi banyak manfaat kepada ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan ini di mana simpanan caruman tersebut akan kekal di dalam akaun 2 dan penerimaan dividen dari jumlah asal akaun 2 akan terus dinikmati oleh ahli KWSP.

Tuntasnya, FSA2 ini diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan ahli KWSP untuk membayar pembiayaan peribadi mereka dengan mana-mana bank yang diiktiraf oleh KWSP tanpa sebarang tunggakan.

Permohonan FSA2 Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kwsp

FSA2 ini dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu kwsp fasa 1 dan kwsp fasa 2. Hanya ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP sahaja layak untuk membuat permohonan pembiayaan peribadi bank.

FSA2 Fasa 2 merupakan permohonan pembiayaian peribadi bagi ahli KWSP yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

Permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi institusi perbankan yang terlibat. Berikut merupakan cara-cara untuk memohon FSA2;

  1. Pemohon yang merupakan ahli KWSP hendaklah membuat semakan awal berkaitan dengan kelayakalan FSA2 di portal rasmi KWSP dan portal rasmi institusi perbankan yang tersenai sahaja.
  2. Permohonan ini perlu dibuat di portal rasmi institusi perbankan dengan menyetujui segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  3. Kemudian, permohonan pengeluaran awal bersyarat kepada pihak KWSP perlu dibuat menerusi portal rasmi institusi perbankan mengikut jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh pihak bank.

Kenapa Pencarum Epf Loan Apply Online

Sesetengah individu memerlukan dana dengan kadar segera untuk melakukan urusan harian mereka. Oleh itu, pinjaman peribadi adalah solusinya.

Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah memperkenalkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bertujuan membantu ahli KWSP yang ingin membuat pembiayaan peribadi menerusi akaun 2 KWSP dengan institusi perbankan.

Ia ditawarkan kepada pencarum KWSP bertujuan membantu ahli KWSP yang mengalami masalah kewangan dengan menyediakan bantuan sokongan kewangan menerusi Program FSA2 ini.

fasiliti sokongan akaun 2 fsa2 mbsb bsn

Walaubagaimanapun, hanya pencarum KWSP yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan layak untuk membuat pinjaman FSA2 ini.

Syarat Permohonan Pinjaman FSA2 MBSB BSN

Individu pemohon FSA2 mbsb bsn ini mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP dan institusi perbankan.

Berikut merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan;

  1. Permohonan ini terbuka kepada ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  3. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
  4. Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh satu (1) tahun sahaja bermula daripada tarikh yang akan dimaklumkan.
  6. Amaun simpanan / caruman ahli KWSP di dalam akaun 2 mestilah sekurang-kurangnya RM3,000.
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat mestilah tidak melebihi RM50,000.
  8. Permohonan yang dibuat mestilah memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

Bila Permohonan Loan Kwsp Fasa 2 Dibuka Bawah 40 Tahun

Permohonan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 mbsb bank bsn) ini terbahagi kepada dua (2) fasa.

Bagi FSA2 Fasa 1, permohonan FSA2 ini akan dibuka bermula pada 7 April 2023 dan ianya dibuka selama setahun.

Manakala, bagi permohonan FSA2 Fasa 2, tarikh permohonan masih belum dimaklumkan lagi oleh pihak Kerajaan.

Tarikh permohonan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada ahli KWSP bagi memudahkan mereka membuat pembiayaan pinjaman ini.

Semakan Kelayakan Jumlah Loan Epf Kwsp Online Yang Dibenarkan

Semakan jumlah pinjaman FSA2 ini boleh dilakukan menerusi laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my secara atas talian seperti pada Rajah di bawah ini

loan epf
  1. Pemohon perlu log masuk ke akaun ahli KWSP. Pada paparan halaman utama, jumlah simpanan akaun 2 akan dipaparkan.
  2. Hanya jumlah yang telah dinyatakan oleh pihak KWSP iaitu minimum RM3000 dan maksimum RM50000 sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan pinjaman pembiayaan peribadi epf loan apply online ini.
  3. Semakan simpanan akaun 2 ini menunjukkan sama ada ahli KWSP layak untuk memuat permohonan ini atau tidak.

Semak Kelulusan Bank MBSB Kwsp Bsn Kwsp Loan Lulus atau Tidak

Pinjaman FSA2 yang diluluskan akan dimaklumkan melalui dua (2) cara iaitu;

  1. Pihak mbsb kwsp / bsn kwsp akan memaklumkan status permohonan bsn mbsb fsa2 ini menerusi SMS.
  2. Pihak KWSP akan menghantar notifikasi status permohonan permohonan pengeluaran awal bersyarat menerusi Secured Inbox i-Akaun (Ahli).

Semakan permohonan di fsa2 kwsp gov my boleh dibuat dengan menghubungi pihak bank secara terus atau semakan menerusi Secured Inbox i-Akaun (Ahli).

Contoh Cara Pengiraan Pengeluaran FSA2 Kwsp Yang Diluluskan

Amaun yang dipaparkan di dalam simpanan Akaun 2 pemohon adalah amaun asas yang belum ditolak daripada amaun pengeluaran pra-persaraan.

Jumlah tersebut tidak diambil kira kerana ianya tidak ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan oleh pihak KWSP seperti pengeluaran pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Berikut merupakan contoh cara pengiraan pengeluaran FSA2 yang diluluskan;

 FATIMAHAYAZLAILA
Baki simpanan Akaun 2RM80,000RM5,000RM10,000
Amaun pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan oleh pihak KWSP RM10,000TiadaRM8,000
Amaun kelayakan awalRM50,000RM5,000RM0

Sepertimana yang tertakluk pada syarat kelayakan permohonan KSA2, syarat maksimum pengeluaran hanya RM50,000 dan syarat minimum pengeluaran adalah RM3,000.

Jumlah yang melebihi RM50,000 dan kurang daripada RM3,000 akan ditolak.

Kesan Jika Loan Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2 Tidak Dibayar

Kegagalan untuk melunaskan pinjaman ini akan memberi kesan kepada pencarum KWSP.

pinjaman loan kwsp

Individu yang gagal untuk melunaskan pinjaman mereka bakal disenarai hitamkan oleh pihak institusi perbankan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Ini kerana pihak KWSP tidak akan bertanggungjawab dengan kegagalan pencarum untuk membayar pinjaman mereka. Bukan itu sahaja, peminjam juga boleh menjadi muflis dan dinafikan untuk keluar daripada negara.

Oleh itu, pencarum KWSP mestilah bijak dalam menguruskan kewangan mereka agar pinjaman FSA2 yang dipohon tidak memakan diri.

MBSB Bank BSN Buka Pinjaman Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2

Hanya institusi perbankan yang disenaraikan oleh pihak KWSP sahaja dibenarkan untuk meluluskan permohonan FSA2 ini.

Berikut merupakan senarai institusi bank yang tersenarai untuk bsn mbsb kwsp loan;

  1. MBSB Bank
  2. Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kedua-dua institusi perbankan ini bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan meluluskan permohonan. Kedua-duanya dikawal selia oleh pengurusan Bank Negara Malaysia.

mbsb bank kwsp

Sehingga 30 Mac 2023, hanya dua (2) institusi perbankan ini sahaja yang boleh membenarkan permohonan pinjaman ini.

bsn kwsp

Berapa Peratus Kadar Pinjaman FSA2 Interest Rate

Kadar faedah yang dikenakan terhadap pinjaman FSA2 adalah antara 4 peratus sehingga 5 peratus lebih rendah berbanding kadar faedah pasaran semasa.

Cara Bayaran Balik Loan EPF oleh Pencarum Kwsp

Bayaran balik pinjaman FSA2 ini akan melalui beberapa proses yang melibatkan individu pencarum, pihak KWSP dan institusi perbankan yang meluluskan permohonan tersebut.

Berikut merupakan cara mekanisme bayaran balik pinjaman oleh pencarum KWSP menerusi akaun 2;

  1. Pihak KWSP akan membayar principal pinjaman yang dilakukan oleh ahli KWSP.
  2. Pinjaman ini mestilah dibayar kepada KWSP secara bulanan.
  3. Jumlah yang dibayar oleh pencarum akan digunakan untuk melunaskan baki pembiayaan peribadi yang dipohon.
  4. KWSP akan membayar dividen berdasarkan jumlah asal di dalam Akaun 2 ahli KWSP.

Bila Tarikh Tutup Permohonan Pinjaman Kwsp FSA2

Permohonan pinjaman ini hanya dibuka dalam tempoh masa satu (1) tahun sahaja.

Oleh itu, bagi permohonan pinjaman FSA2 Fasa 1 yang dibuka bermula 7 April 2023 akan berakhir pada 6 April 2024.

Manakala, bagi Fasa 2, tarikh permohonan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Berapa Baki Jumlah Minima Dalam Akaun 2 Untuk FSA2 Loan EPF

Jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun 2 ahli KWSP adalah RM3,000 bagi meluluskan permohonan pinjaman epf loan apply online di bawah skim program FSA2 samada dari mbsb atau bsn.

Amaun RM3,000 ini mestilah amaun yang telah ditolak dengan jumlah amaun pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia