Flash Express Tracking Number Malaysia: Branch Courier


Flash Express Tracking Number Malaysia: Customer Service

flash express tracking malaysia

Flash Express merupakan satu syarikat kurier yang menawarkan perkhidmatan penghantaran logistik kepada seluruh masyarakat di sesebuah negara. Penghantaran ini meliputi semua wilayah di Thailand termasuklah Hatyai, Bangkok, Chiang Mai, Yala, Pattani dan banyak lagi.

Syarikat kurier ini menjadi syarikat kurier yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Thailand kerana berjaya menghantar hampir 2 juta bungkusan kepada pelanggan pada setiap hari. Kepantasan servis kurier yang ditawarkan menjadi pilihan utama rakyat Thailand.

Pada tahun 2021, Flash my ini mula mengembangkan perkhidmatannya ke negara jiran seperti Malaysia, Laos dan Filipina.

Flash Express Malaysia memulakan operasi pada 25 Oktober 2021 dengan satu-satunya hub tunggal di Klang, Selangor dan membuka Gudang pengumpulan dan penghantaran barang yang pertama di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai “Flash Shop”.

Berapa Rate Untuk Pos Guna Flash Express

Rajah di bawah ini menunjukkan kadar penghantaran barang melalui Flash Express mengikut kawasan dan wilayah yang diduduki oleh pelanggan sama ada Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

flash my
flash sabah

BACA SINI >> Lalamove malaysia: login register driver dan daftar rider

flash sarawak

Review Pengalaman Pos Guna Courier Flash my

Menurut satu hantaran pengguna servis Flash Ekspress di Facebook, beliau berpendapat bahawa servis yang ditawarkan oleh Flash Express sangat bagus, cepat dan selamat.

Barangnya yang dihantar melalui kurier Flash Express sampai ke tangannya dengan begitu pantas dan dalam keadaan yang baik. 

Rata-rata maklum balas dari pengguna servis Flash Express memberikan maklum balas yang positif dan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Sesuai dengan matlamatnya, Flash Express kini menjadi pilihan rakyat Malaysia selain perkhidmatan kurier yang lain seperti Pos Laju, Ninja Van, Easy Parcel dan banyak lagi.

Cara Check Flash Tracking Number

Bagi pengguna yang memilih kurier Flash Express ini, mereka boleh melihat status penghantaran dengan memeriksa nombor tracking pada barangan yang dipos.

Berikut merupakan cara untuk memeriksa flash tracking express;

  • Pengguna mestilah melayari laman sesawang https://www.flashexpress.my seperti pada Rajah di bawah untuk memeriksa status penghantaran
flash tracking
  • Kemudian, masukkan nombor tracking atau nombor penjejakan barang anda untuk mengetahui keberadaan barang tersebut.
  • Seterusnya, klik pada butang “Jejak” untuk melihat status.
  • Akhir sekali, semua status dan keberadaan barang akan dipaparkan mengikut tarikh-tarikh tertentu. 

Apa itu Flash Express Shopee

Flash Express Shopee merupakan perkhidmatan penghantaran barang ke seluruh negara melalui perkhidmatan Falsh Express Malaysia dengan logistik yang didokong oleh Shopee Malaysia.

Perkhidmatan ini dipilih sendiri oleh pengguna apabila ingin memilih penghantaran barang dari kurier lain selain Shopee Express.

Ianya merupakan perkhidmatan kurier yang bekerjasama dengan pihak logistik Shopee Malaysia.

Cara Daftar Flash Rider Shopee Malaysia

flash rider

Flash Express juga membuka peluang pekerjaan kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang penghantaran barang atau kurier.

Umum tahu bahawa aplikasi Shopee sangat terkenal dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu Flash Express bekerjasama dengan Shopee dalam perkhidmatan logistik kurier.

Seperti yang dijanjikan oleh Flash Express, mereka menjanjikan penghantaran 24/7 termasuklah pada hari cuti umum atau hujung minggu.

Namun, Shopee Express pula tidak beroperasi pada cuti hujung minggu.

Oleh kerana itu, ramai pembeli memilih perkhidmatan kurier Flash Express pada hari cuti.

Berikut merupakan cara untuk mendaftar menjadi Flash Express Shopee Rider;

  1. Pemohon mestilah mengisi borang permohonan untuk register dan daftar menjadi Flash Express Rider terlebih dahulu seperti pada Rajah di bawah pada laman sesawang, https://docs.google.com
  2. Setelah borang permohonan menjadi Flash Express Rider ini diisi dengan lengkap, pemohon perlu klik pada butang “Hantar” dan menunggu panggilan pihak Flash Express menyatakan bahawa anda berjaya atau tidak.
  3. Setelah berjaya, kemudian pemohon perlu mendaftarkan diri dalam aplikasi Shopee untuk menjadi Flash Express Shopee Rider. 
  4. Anda perlu mengisi borang permohonan untuk menjadi rider Flash Express yang berdaftar dengan Shopee. 
  5. Setelah permohonan anda berjaya, anda akan layak untuk membuat penghantaran setiap bungkusan Shopee yang menggunakan perkhidmatan kurier Flash Express.

Branch Courier Flash Express di Malaysia

Perkhidmatan Flash Express ini terdapat di semua negeri di Malaysia.

Untuk mengetahui keberadaan cawangan Flash Express ini, pengguna boleh melayari laman sesawang www.flashexpress.my seperti pada Rajah di bawah ini untuk mengetahui cawangan yang berdekatan dengan pengguna.

tracking flash

Pengguna perlu masukkan lokasi tempat pengguna berada dan klik pada butang “Cari”.

Paparan semua cawangan berdekatan dengan carian pengguna akan dipaparkan untuk memudahkan pengguna ke lokasi Flash Express yang berdekatan untuk tujuan penghantaran barang yang ingin dipos.

Cara Contact Flash Customer Service

Bagi pengguna Flash Express yang mempunyai masalah dengan perkhidmatan penghantaran barang ini, mereka boleh menghubungi Flash Express dengan melayari laman sesawang flashexpress.my

Pernyataan masalah boleh dilakukan dengan menelefon pada nombor (01) 546 000 825 dan pengguna akan disambungkan ke bahagian khidmat pelanggan atau dengan menghantar emel kepada alamat emel customerservice@flashexpress.my.

Pihak Flash Express akan membantu anda dengan segera dengan menyelesaikan masalah pengguna. 

Soalan Lazim & FAQ

1. Siapa yang asaskan syarikat kurier ini?

Syarikat ini diasaskan oleh Encik Komsan Lee di Thailand pada tahun 2017

2. Apa matlamat syarikat kurier Flash?

Matlamat mereka adalah memfokuskan kepada tiga perkhidmatan utama iaitu pengambilan barang dari pintu ke pintu secara percuma, kadar penghantaran yang rendah berbanding perkhidmatan kurier yang lain dan operasi penghantaran sepanjang tahun tanpa henti. 

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia