fbpx

Faizul Ridzuan: Nak Daftar Client FAR Capital Tapi Was-Was?


Siapa Faizul Ridzuan: Nak Daftar Client FAR Capital Tapi Was-Was?

siapa faizul ridzuan biodata

Terus terang kami katakan antara, kami sudah follow dari ‘jauh’ sejak pada awal kemunculan buku epik dari beliau, tidak lain tidak bukan adalah WTF? Wa Tak Faham: 23 Hartanah Sebelum 30.

Kami sendiri telah membeli buku pelaburan hartanah ini. Alhamdulillah ada ilmu yang kami dapat pelajari an cedok daripada pengalaman beliau pada masa itu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Beliau juga giat berkongsi pengalaman samada sesi coaching one on one atau seminar hartanah iaitu Sarjana Hartanah. Kami TIDAK PERNAH join pun. Kami memerhati dari jauh sahaja menerusi platform online. Dalam pada masa yang sama untuk tempoh 10 tahun terakhir, kami ada beli rumah untuk beberapa unit dan unit kedai hasil insiatif kami sendiri.

Kami sendiri pun tidak terlalu analisa secara terperinci setiap hartanah yang kami beli. Sedikit kajian dan rezeki tidak salah alamat serta tuah pada era BULL RUN antara 2011-2015. Ada yang untung sikit, ada yang untung banyak. Minat terhadap hartanah tidak pernah padam. Tetapi game ‘HARTANAH’ sudah banyak berubah. Sehinggalah……

Biodata Faizul Ridzuan

Sebelum itu, jika yang tidak kenal siapa Faizul Ridzuan, boleh semak biodata ringkas seperti di bawah ini

  • Lulusan Pengajian: Sarjana Muda Sains Komputer degree di Universiti Malaya
  • Kerjaya: Bekas kakitangan Standard Chartered, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Western Union
  • Jawatan Terkini: CEO Far Capital Sdn Bhd

Faizul Ridzuan Net Worth

Berapa kekayaan dan net worth tidak pastinya tetapi yang pastinya beliau adalah antara jutawan hartanah malaysia yang sedang trending pada ketika ini.

Itu memang tidak boleh untuk dinafikan terutamanya di era PKP dan COVID 19 sekarang ini.

Yang pastinya berdasar rekod kenyataannya, beliau berjaya jana pendapatan sekitar RM5 juta di era property BULL RUN yang lalu.

Setakat ini, kami rasa beliau adalah kalangan bumiputera dan figura pasaran hartanah yang paling ke hadapan berbanding yang lain berdasar pengalaman dan track record yang beliau pegang sehingga ke hari ini.

Faizul Ridzuan Forum

Tipulah untuk kami katakan kami tidak buat CSI mengenai apa yang dilakukan oleh Faizul Ridzuan / FAR CAPITAL dalam dunia hartanah dan apa yang dikatakan oleh JABATAN NETIZEN termasuklah review di forum lowyat.

Kami pasti anda yang baca ini pun akan tersenyum keseorangan. Ini kerana kami pasti yang kami juga tidak KESEORANGAN untuk bertindak seperti ini.

Tidak salah rasanya untuk pesimis untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam pelaburan hartanah. Untuk melabur dalam bidang hartanah, kita tidak boleh terburu-buru, lebih lebih melibatkan pelaburan jumlah ratusan ribu yang perlu anda hadap untuk tempoh 25 – 30 tahun lamanya.

Kami sangat berhati-hati sebelum melabur hartanah.

Faizul Ridzuan Scammer Penipu?

Berdasar enjin carian Google Malaysia, anda boleh lihat sendiri hasil carian melibatkan beliau, antaranya ialah :

  • Far Capital / Faizul Ridzuan tipu
  • Far Capital / Faizul Ridzuan scammer
  • Far Capital / Faizul Ridzuan penipu

Ini semua inisiatif dan cara kajian masing-masing. Terlalu subjektif, sebab pemikiran dan pengalaman serta gaya hidup setiap orang berbeza-beza.

Untuk kami sendiri,selepas kajian demi kajian dilakukan, kami lebih nampak KEBAIKAN daripada KEBURUKANNYA.

Sebagai usahawan kami jumpa USP (Unique SELLING POINT) yang kami perlukan sekarang. Apa dia?

Nah kami kongsikan pengalaman kami sendiri dengan Faizul Ridzuan menerusi skim program di bawah FAR CAPITAL ini. Teruskan membaca…..

Akhirnya Kami Join

Ya…kami telah join program FAR CAPITAL.

Kenapa Tidak Join Sebelum Ini

Ini kerana kami tidak jumpa USP dari FAR CAPITAL yang sesuai dengan kehendak semasa kami pada masa itu, tetapi tidak sekarang ini.

Kami tiada satu unit rumah kondominium apartment atau kedai di Kuala Lumpur KL selama ini. Tiada. Sebab? Tidak berani. Takut rugi. Macam-macamlah. Lagipun tidak mahir langsung pasaran hartanah di Kuala Lumpur. Buat apa ambil risiko.

Tetapi tidak sekarang, apabila kami join FAR CAPITAL.

Sebab Join Far Capital

faziul ridzuan client review
  1. Sebab ada kenalan sendiri join FAR CAPITAL tiada apa-apa masalah dan problem setakat ini.
  2. Harga promosi dan diskaun rumah jenis kondominium (kondo) yang ditawarkan FAR CAPITAL sangat-sangat menarik perhatian
  3. Unit yang kami beli dengan FAR CAPITAL dapat diuruskan oleh team mereka iaitu YOUTOPIA tanpa perlu penglibatan kami secara langsung dari masa ke semasa. (kami tidak akan tinggalkan terus 100% kepada team YOUTOPIA). Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban kami menguruskan kutipan duit sewa, maintenance kondo, mengawal keluar masuk penyewa (tenant). Masa yang ada dapat tumpukan untuk aspek perniagaan dan bisnes kami sepenuhnya.
  4. Bayaran sewa selepas tolak segala kos pengurusan duit maintenance menguruskan unit sewa kami, bil utiliti dan duit bayaran pinjaman perumahan (loan bank) masih lagi POSITIF CASHFLOW. Lazaaattt!!

Far Capital Client Review

Yang pernah uruskan hartanah tahulah bagaimana hazabnya uruskan tenant ini. Masa terbuang, penat, stress memikirkan kerenah penyewa ini.

Dengan servis dari FAR CAPITAL juga, masa dan tenaga kami banyak dapat dijimatkan, dalam pada masa yang sama segala pengurusan sewaan tiada masalah berbangkit. Kami boleh fokus kepada perniagaan dan bisnes yang dijalankan.

Nantikan kemaskini seterusnya dari kami mengenai pelaburan hartanah bersama Faizul Ridzuan & FAR CAPITAL….

Jika anda merasakan perkongsian berdasar pengalaman kami sendiri bersama Faizul Ridzuan dan FAR CAPITAL, boleh kongsikan

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!


3 artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2021 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia