Etiqa Login: Motor Takaful Insurance Car Online


Etiqa Login: Etika Takaful Etiqa insurance car & Motor Insurance Online

etiqa login car motor insurance takaful

Etika insurance merupakan sebuah syarikat yang menerajui pemain insuran dan takaful di Asia Tenggara di bawah kumpulan Maybank.

Apabila anda login etiqa anda boleh check sendiri ia menawarkan produk insuran konvensional hayat dan am berjulat penuh serta pelan takaful am dan keluarga merentasi pelbagai saluran pengedaran yang meliputi lebih daripada 10,000 ejen, 46 cawangan dan 17 pejabat, dan lebih daripada 490 rangkaian bank insurans melalui kewujudannya di Malaysia, Filipina, Indonesia dan Kemboja.

BACA SINI: Insuran kereta Terbaik dan Murah : Senarai Syarikat Insurance 2023

Etika insuran juga sebuah syarikat yang menerajui pemain insuran dan takaful di Asia Tenggara di bawah kumpulan Maybank. Ianya menawarkan produk insuran konvensional hayat dan am berjulat penuh serta pelan takaful am dan keluarga merentasi pelbagai saluran pengedaran yang meliputi lebih daripada 10,000 ejen, 46 cawangan dan 17 pejabat, dan lebih daripada 490 rangkaian bankasurans melalui kewujudannya di Malaysia, Filipina, Indonesia dan Kemboja.

Etiqa Login Untuk Renew Car Motor Insurance

Terdapat beberapa cara untuk melanggan pelan insuran etiqa atau takaful yang disediakan.

  1. Kebiasaannya apabila kita membeli kenderaan samada motosikal atau kereta, jurujual akan menguruskan hal berkaitan insuran atau takaful ini.
  2. Selain daripada itu, kita juga boleh merujuk dan memohon bantuan ejen-ejen insuran untuk mendaftar atau meperbaharui insuran kenderaan kita.
  3. Seterusnya, anda juga boleh mendaftar dan membuat pembaharuan sendiri di laman web rasmi.
  4. Layari laman web di link pautan login etiqa online, etiqa.com.my car & motor. Skrol ke bawah sehingga anda sampai ke halaman pelan insuran dan takaful seperti di bawah:

BACA SINI: Great eastern login: life & medical card takaful malaysia

maybank etiqa car insurance

Jika anda ingin mendaftar untuk takaful atau insuran etiqa kereta, klik pada gambar kereta.

Begitu juga sekiranya anda ingin melanggan takaful atau insuran untuk motosikal, klik pada gambar motosikal.

Di halaman berikutnya, anda akan melihat paparan seperti di bawah:

BACA SINI: Aia login: Medical Card Malaysia & Jadi Life Planner

etiqa takaful insurance car towing
  1. Sila pilih samada anda ingin melanggan pelan takaful atau insuran dan klik pada butang “Mohon Online & Jimat 10 peratus”.
  2. Pada paparan berikutnya, sila isikan nombor pendaftaran kereta anda. Untuk pembaharuan secara online, kenderaan anda hendaklah berusia kurang daripada 20 tahun dan tarikh tamat tempoh insuran kenderaan mestilah kurang dari 2 bulan.
  3. Selepas itu, klik pada butang “Dapatkan Sebut Harga”.
  4. Untuk mendapatkan sebut harga, anda perlu memasukkan poskod lokasi kenderaan dan nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Setelah mengisi maklumat tersebut, paparan berikutnya akan memaparkan jumlah harga takaful/insuran kenderaan anda dan maklumat-maklumat lain seperti jumlah diskaun yang tidak dituntut (NCD) dan jumlah yang dilindungi.
  6. Anda masih diberi pilihan untuk menukar jumlah perlindungan yang anda inginkan.
  7. Pada halaman ini, anda boleh mengemaskini maklumat seperti pemandu yang dibenarkan dan maklumat akaun bank.
  8. Anda juga diberi peluang untuk menambah langganan perlindungi seperti perlindungan cermin kereta, cuaca buruk / special perils dan sebagainya.
  9. Setelah selesai mengisi segala maklumat dan memilih jumlah perlindungan yang anda inginkan, klik untuk pergi ke halaman pengisytiharan dan klik pada petak pengisytiharan.
  10. Pada halaman ini, anda boleh memilih cara pembayaran samada melalui Maybank2u, kad kredit atau perbankan dalam selain selain Maybank. Buat pembayaran dan muat turun semua dokumen yang berkaitan sebagai bukti pembayaran.
  11. Polisi ataupun sijil yang telah diperbaharui akan dihantar melalui e-mel yang telah didaftar.

Selepas daripada itu, anda sudah boleh log masuk etiqa takaful login dengan mudah dan senang. Sistem etiqa login boleh anda akses untuk akses produk dan sistem pembayaran yang anda lakukan.

Beza Maybank Etiqa Car Insurance vs Takaful

CAR TAKAFULETIQA INSURANCE Kereta
Dokumen kontrak perjanjian takafut disebut sijil
Dokumen kontrak perjanjian insuran disebut polisi
Menggunapakai konsep – konsep shariah iaitu Wakalah dan Tabarru’. Melalui skim takaful ini, setiap bayaran yang dibuat oleh pelanggan dianggap sebagai derma ataupun sumbangan (Tabarru’). Pihak syarikat bertindak sebagai wakil (wakalah) untuk menguruskan dana tersebut. Derma dan sumbangan ini akan digunakan sebagai dana untuk membantu para peserta yang lain yang memerlukan hasil persetujuan awal semua pihak.
Tidak menggunapakai sebarang konsep shariah

Etiqa online menyediakan pelbagai pelan takaful dan insuran termasuk untuk kereta dan motosikal.

  • Melindungi tuntutan kematian atau kecederaan yang dibuat oleh pihak lain 
  • Melindungi tuntutan kerosakan harta benda milik pihak ketiga
  • Melindungi tuntutan akibat kemalangan atau kerosakan akibat daripada kebakaran atau kehilangan kenderaan akibat kecurian
MANFAAT UTAMA
(i) Anda akan memperoleh 10% rebat dan juga Diskaun Tidak Dituntut (NCD) setiap kali anda membuat pembaharuan secara dalam talian dengan langkah yang mudah dan pantas.
(ii) Perlindungan automatik terhadap semua pemandu yang mendapat kebenaran dari anda tanpa perlu membuat penambahan premium/sumbangan
(iii) Anda hanya perlu membayar nilai yang anda pilih semasa membuat pembaharuan
(iv) Tiada kerugian yang perlu anda tanggung semasa pembaharuan
(v) Tawaran bantuan kecemasan sepanjang masa
MANFAAT PILIHAN
(i) Bagi anda yang kurang memandu anda boleh dapatkan manfaat rebat tunai dengan melanggan perlindungan tambahan Pandu Kurang Lebih Jimat tanpa membuat sebarang penambahan sumbangan atau premium
(ii) Tambah bayaran premium atau sumbangan untuk menikmati lebih banyak perlindungan seperti perlindungan cermin kereta, kerosakan akibat bencana alam, perlindungan tayar dan banyak lagi.
(iii) Anda akan berdepan kesukaran untuk memasuki Negara Singapura sekiranya tidak membuat perlindungan tambahan

Sijil dan polisi ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti:

  • Sebarang kerugian akibat susulan daripada kejadian lain
  • Apa-apa kerugian kerana anda tidak dapat menggunakan kenderaan anda
  • Apabila berlaku kematian atau kecederaan pada diri anda akibat daripada kemalangan
  • Kerugian yang anda alami akibat daripada tuntutan yang dibuat oleh penumpang kenderaan anda 
  • Sebarang bentuk kerugian dan kerosakan akibat daripada bencana alam
  • Susut nilai harga kenderaan akibat berlaku kerosakan 
  • Sebarang kerosakan atau kegagalan fungsi kenderaan anda
  • Tayar yang rosak tetapi bahagian lain berada dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik
  • Amaun ekses yang perlu anda tanggung sendiri
  • Sebarang masalah atau kerugian yang berlaku kerana akibat masalah data elektronik
  • Sebarang kerosakan atau kerugian akibat daripada perbuatan jenayah.

Etiqa Insurance Motor Takaful

MANFAAT UTAMA
(i) Permohonan etiqa insurance motor secara online dan dalam talian akan menerima manfaat rebat 10 peratus
(ii) Memberi perlindungan terhadap sebarang kerugian yang anda alami atau kerosakan pada motosikal anda
(iii) Melindungi liabiliti pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan atau kematian dan harta benda mereka sekiranya rosak

Anda boleh menambah manfaat perlimdungan dengan membayar sumbangan atau premium tambahan untuk mendapatkan perlindungan:

  • Penunggang lain
  • Kerosakan akibat bencana alam
  • Kerugian akibat gangguan ketenteraman awam
  • Kemalangan kendiri

Anda perlu menambah perlindungan terhadap penumpang motosikal anda untuk membolehkan anda memasuki Singapura kerana perkara tersebut telah termaktub di dalam undang-undang Negara tersebut

Sijil dan polisi insuran etiqa motor insurance ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti:

  • Sebarang kerugian akibat susulan daripada kejadian lain
  • Apa-apa kerugian kerana anda tidak dapat menggunakan kenderaan anda
  • Sebarang bentuk kerugian dan kerosakan akibat daripada bencana alam
  • Susut nilai harga kenderaan akibat berlaku kerosakan 
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan alat ganti atau aksesori motosikal anda 
  • Kerosakan fungsi pada sebarang sistem motosikal
  • Tayar yang rosak tetapi bahagian lain berada dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik.
  • Amaun ekses yang perlu anda tanggung sendiri
  • Sebarang masalah atau kerugian yang berlaku akibat masalah data elektronik
  • Sebarang kerosakan atau kerugian akibat daripada perbuatan jenayah.
MOTOR TAKAFULMOTOR INSURANCE
Dokumen kontrak perjanjian takafut disebut sijil
Dokumen kontrak perjanjian insuran disebut polisi
Menggunapakai konsep – konsep shariah iaitu Wakalah dan Tabarru’. Melalui skim takaful ini, setiap bayaran yang dibuat oleh pelanggan dianggap sebagai derma ataupun sumbangan (Tabarru’). Pihak syarikat bertindak sebagai wakil (wakalah) untuk menguruskan dana tersebut. Derma dan sumbangan ini akan digunakan sebagai dana untuk membantu para peserta yang lain yang memerlukan hasil persetujuan awal semua pihak.
Tidak menggunapakai sebarang konsep shariah

Bantuan Penjagaan Kenderaan Etiqa Towing

Bantuan Kenderaan yang disediakan syarikat insurance inimembantu anda sepanjang masa tidak kira siang atau malam sepanjang keberadaan anda di Malaysia, Tahiland, Singapura atau Brunei

Bantuan Towing Etiqa 24 Jam

  • Bantuan Kenderaan ditawarkan sepanjang masa untuk sebarang masalah yang melibatkan bateri kenderaan anda. Pihak syarikat insurance juga membantu anda untuk menukar tayar yang rosak dan juga mengisi minyak sekiranya anda kehabisan minyak

Penundaan 24 jam

  • Kereta anda yang rosak akibat kemalangan akan ditunda ke bengkel premier atau francais yang tersekat. Tiada caj dikenakan untuk jarak 200km pertama dan untuk kilometer yang sterusnya akan dikenakan caj serendah RM1.50 per kilometer.
  • Anda bolah dapatkan jarak penundaan tanpa had dengan melanggani perlindungan tambahan Oto 360.

Khidmat Bantuan Perjalanan

  • Sekiranya anda terdampar akibat berlakunya kemalangan, etica akan membantu untuk menguruskan pengangkutan untuk anda kembali ke destinasi yang anda tuju. Sekiranya perlu, etika juga boleh membantu anda untuk menempah hotel untuk anda menginap. 

Penghantaran Kereta Dari Luar Negara

  • Etiqa takaful boleh membantu membawa pulang kereta anda yang rosak atau kemalangan dan terdampar di Thailand, Singapura dan Brunei.

Bantuan Kecemasan

  • Etiqa takaful claim boleh membantu mengurus penghantaran anda ke hospital sekiranya anda sudah tidak mampu untuk bertindak sendiri akibat kemalangan.

Makluman Kepada Keluarga

  • Keluarga anda akan dimaklumkan oleh pihak insuran etika sekiranya anda ditimpa kemalangan.

Keluarga dan rakan juga dibantu

  • Dengan kehadiran anda dan bayaran, ahli keluarga dan kawan anda juga boleh dilindungi dan menikmati bantuan seperti di atas.

Panduan Cara Buat Tuntutan Etiqa Takaful Insurance Claim

Apabila anda terlibat dalam kemalangan, sila ikuti Langkah cara claim insuran berikut untuk membuat tuntutan:

BERTENANG

  • Jangan panik, alihkan kendaraan anda agar tidak mengganggu lalu lintas
  • Hubungi talian khidmat pelanggan syarikat insuran anda untuk memaklumkan tentang kemalangan tersebut.
  • Sekiranya kenderaan anda tidak dapat dipandu lagi, hubungi talian bantuan Etiqa Auto Assist (EAA) atau hantar SOS menerusi aplikasi EAA untuk meohon khidmat bantuan penundaan kenderaan. 
  • Jangan sesekali menerima tawaran daripada syarikat penundaan yang lain atau bersetuju untuk menerima sebarang jalan penyelesaian yang lain. Ini akan menjejaskan tuntutan anda nanti.

KUMPUL BUKTI

  • Catat atau ambil gambar nombor kenderaan, kad pengenalan, lesen dan juga nama syarikat kenderaan yang terlibat kemalangan.
  • Ambil juga gambar keadaan kerosakan kenderaan yang terlibat.
  • Jangan lupa untuk mencatat masa dan lokasi kemalangan.
  • Dokumen tersebut boleh dihantar melalui aplikasi whatsapp kepada pihak Etica insurance.

LAPORAN POLIS

  • Laporan polis perlu dibuat 24 jam selepas kemalangan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda didenda.

PILIH BENGKEL PREMIER

  • Buat tuntutan dalam tempoh masa seminggu dengan bengkel premier. Mereka akan berhubung terus dengan pihak Etica insuran untuk menguruskan tuntuan anda. Mohon beri Kerjasama kepada adjuster yang dilantik untuk memeriksa kerosakan kenderaan anda
  • Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, lessen memandu, polisi insuran/sijil takaful, kad pendaftaran kereta dan salinan asal laporan polis.

SEMAKAN TUNTUTAN ETIQA CLAIM STATUS

  • Semak tuntutan anda melalui talian khas Etiqa takaful, laman web atau melalui aplikasi Whatsapp.

Sepanjang tempoh proses permohonan tuntutan, anda akan menerima tiga SMS berkenaan akuan terima tuntutan, perlantikan penyelia dan kelulusan tuntutan.

YouTube video

Cara Contact Etiqa Customer Service

Talian Bantuan Dan Sokongan 24 jam

  • Bantuan Kenderaan (1-800-88-6491)
  • Penjagaan Kesihatan (1-800-88-9998)
  • Bantuan Kecemasan di Luar Negara (1603-2785-6565)

Pertanyaan

  • Sila hubungi 1-300-13-8888 untuk sebarang pertanyaan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin hingga hari Jumaat.
  • E-melkan pertanyaan ke info@etiqa.com.my
  • E-melkan aduan anda ke unit aduan di complaint_cmn@etiqa.com.my 
  • Isi borang pertanyaan secara dalam talian

Panduan Tuntutan

  • Menyediakan panduan berkenaan cara-cara membuat tuntutan dan juga menyediakan kaedah tuntutan dalam talian.

Perkhidmatan Maya

  • Pelanggan boleh membuat panggilan video dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang pada hari Isnin hingga Jumaat
  • Perlu membuat temujanji 2 jam sebelum masa dan tarikh yang dikehendaki.

Apa respon anda dengan sistem etiqa online samada car insurance atau motor insurance?

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia