eTesting JPJ: Pengalaman denga sistem online baru Ujian Memandu Test Online Kereta & Motosikal
Selepas sekian lama menggunakan sistem lama, akhirnya Jabatan pengangkutan Jalan telah melakukan rombakan dan mengubah bagaimana sistem ujian memandu dilakukan samada melibatkan motor da kereta.
BACA SINI: Bayaran Harga Denda Lesen Hilang & Cara Ganti Baru Dengan JPJ
Berdasar pengumuman baru baru, Jabatan Pengakutan Jalan mahukan satu sistem baru e-testing JPj akan dimulakan bulan April dan akan melibatkan kalangan yang ambil lesen selepas ini.
BACA SINI: Renew Lesen Memandu Online 2022 & Perbaharui di Pejabat Pos
eTesting JPJ
BACA SINI >> Ujian memandu percuma: kerajaan tanggung belanjawan 2023
Sistem ini akan bermula bulan April 2022 ini. Nantikan butirannya yang lebih lanjut.
BACA SINI >> Myjpj app: aplikasi e-LKM e-LMM digital road tax malaysia
- Yang pastinya walaupun dengan sistem e-testing jpj system yang baru, anda tetap perlu melalui 6 fasa ujian termasuk perlu hadir dalam kelas memandu, latihan praktikal di litar dan di jalan raya yang sebenar
Kelemahan Ujian Memandu & JPJ test Sebelum ini
Berdasar pengalaman kami jpj test sebelum ini, agak melucukan. Ini kerana ujian memandu tersebut yang dikendalikan oleh pegawai jpj di sebelah petang.
Yang mana di pertengahan perjalanan semasa ujian, pegawai tersebut boleh pula tertidur. Kepenatan agaknya.
Masakan tidak seharian memantau kemahiran pemandu dikalangan budak-budak yang baru nak berjinak-jinak memandu di atas jalan raya yang ‘sebenar’.
Test pula di jalan yang sama, berulang-ulang kali dengan calon yang berbeza. Sudah pasti produktiviti pegawai JPJ yang bertugas untuk melakukan pemantauan berkemungkinan menurun.

Ditambah pula apabila ujian memandu kereta samada manual atau auto dilakukan melalui sistem lama, akan menyebabkan kelewatan dalam menerima keputusan test jpj.
Jadi apabila Jabatan Pengangkutan Jalan memilih untuk merombak ke sistem yang baru, kami sangat alu-alukan.

SUMBER: https://www.jpj.gov.my/
Kelebihan E-Testing JPJ
- Untuk setiap ujian e-testing jpj system, tidak memerlukan jumlah kakitangan jabatan pengangkutan jalan yang ramai
- Sistem keputusan ujian dan test jpj lebih dipercayai dan ada nilai integriti di situ baik untuk kereta ataupun motosikal
- Malah anda boleh dapat keputusan ujian memandu online baik kereta atau motor lebih cepat daripada biasa.
- Borang markah test jpj kereta akan diisi dengan lebih sistematik dan profesional
Yang pastinya, dengan siste online etesting JPJ matlamatnya adalah satu bagi melahirkan pengguna jalan raya yang lebih bertanggungjawab dan mengikut undang-undang yang telah pun ditetapkan.