Escape Penang: Promotion Ticket & Harga Tiket Murah 2023

Promotion Escape Penang ticket price & Harga Tiket Murah 2023

escape penang theme park ticket price 2023

Secara umumnya, Malaysia mempunyai hampir 47 taman tema yang menjadi kunjungan masyarakat terutamanya pada hujung minggu dan pada hari cuti persekolahan. Escape Penang merupakan salah satu taman tema yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. 

Sebanyak 35 aktiviti yang disediakan kepada pengunjung di mana aktivitinya lebih tertumpu kepada aktiviti fizikal, taman tema air dan juga aktiviti yang lebih dekat dengan alam sekitar. Ianya dibahagikan kepada tiga (3) zon utama iaitu Adventure Play, Gravity Play dan Water Play.

Kesemua aktiviti yang ditawarkan adalah mesra pengunjung dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak sehingga warga emas. Antaranya ialah AK Splash, Airbag, Atan’s Jump, Banana Flip, Chairlift, Family Twister dan banyak lagi. Ini menjadikan waktu bersama keluarga lebih berharga di sini. 

Taman Tema Escape Penang sangat terkenal dengan adanya World’s Longest Zip Coaster sepanjang 1,135 meter. Hal ini telah menarik minat para pengunjung untuk hadir dan rasai sendiri keseronokkan menaiki zip coaster yang terpanjang di dunia itu.

Senarai Harga Tiket Escape Penang 2023

Setiap taman tema di Malaysia akan mengenakan bayaran tiket masuk untuk merasai keunikan dan keseronokan aktiviti yang disediakan oleh taman tema air tersebut.

Escape juga mengenakan bayaran tiket bagi kemasukan ke taman tema ini.

Senarai harga tiket bagi Escape Penang adalah seperti berikut;

INDIVIDUHARGA TIKET (RM)
BayiPercuma
Kanak-kanak (1 – 12 tahun)RM97
Dewasa (13 – 60 tahun)RM147
Warga emas (60 tahun ke atas)RM97

Pembelian tiket boleh dibeli menerusi kaunter tiket di Escape Penang atau menerusi atas talian di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

penang escape theme park review

Cara Dapatkan Tiket Escape Penang Murah di Klook

Pembelian tiket Ecape Penang bukan hanya boleh dibeli di kaunter dan menerusi laman portal rasmi Escape Penang.

Pembelian tiket ini juga boleh dibuat menerusi aplikasi pihak ketiga iaitu KLOOK.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan tiket Escape yang murah di KLOOK;

ticket2u escape penang ticket price 2023
  1. Muat turun aplikasi KLOOK di telefon bimbit pengguna atau layari laman sesawang https://www.klook.com seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada bahagian “Search Destination” dan taip “Escape Penang Theme Park Ticket” di ruangan yang disediakan.
  3. Klik pada butang “Search”.
  4. Paparan tiket Escape Penang akan dipaparkan seperti pada Rajah di bawah ini
  5. Klik pada butang “Select Option”.
  6. Senarai pakej tiket akan dipaparkan.
  7. Pengguna hendaklah memilih mana-mana pakej yang diinginkan dan klik pada butang “Select Option”.
  8. Kemudian, pilih tarikh dan bilangan orang yang memasuki taman tema ini.
  9. Klik pada butang “Book Now”.
  10. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan klik pada butang “Continue to Payment”.
  11. Akhir sekali, bayaran mestilah dibuat dengan memilih mana-mana kaedah pembayaran dan tiket tersebut akan diemelkan menunjukkan tiket berjaya dibeli.

Ticket Promotion Escape Penang Promo Code 2023

Promosi promosi yang ditawarkan merupakan salah satu mekanisme langkah pemasaran untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung ke Escape Penang.

Segala promosi yang ditawarkan akan dipaparkan di laman portal rasmi Escape Penang.

Antara promosi yang ditawarkan adalah potongan harga tiket sehingga 30 peratus dengan pembelian menerusi portal rasmi Escape Penang seperti pada Rajah di bawah ini.

ticket promotion escape penang promo code 2023

Pengalaman Escape Penang Theme Park Review Best Tak

YouTube video

Pengalaman mengunjungi Escape Penang sangatlah menarik dan menyeronokkan. Ia merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ini kerana dengan adanya 35 aktiviti yang sangat menyeronokkan membuatkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan lebih berharga.

Taman tema ini dibahagikan kepada aktiviti basah dan aktiviti kering. Boleh dikatakan masa yang diperuntukkan di Escape mestilah sehari untuk merasai semua aktiviti yang disediakan.

Yang lebih menarik apabila pengunjung dapat merasai gelongsor terpanjang di Asia dengan kepanjangan 1 meter lebih. Gelongsor ini hanya ada di sini sahaja.

Ini memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang tidak dapat dirasai di mana-mana taman tema di Malaysia. 

Bagi pengunjung yang meminati aktiviti lasak dan ekstrem, theme park ini juga menawarkan aktiviti seperti flying fox, jumping jack, kite flying dan banyak lagi untuk pengalaman yang lebih mencabar.

Permainan ini juga boleh dimainkan oleh pengunjung lebih daripada satu kali. Ini bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang ke Escape Pulau Pinang.

Akhir sekali, harga tiket yang dikenakan sangat berbaloi dengan semua aktiviti yang disediakan. Semua aktiviti boleh diakses tanpa had.

Pengunjung juga tidak perlu beratur panjang untuk bermain aktiviti-aktiviti tersebut. Ianya juga sesuai untuk semua lapisan pengunjung. Tuntasnya, taman tema ini sesuai untuk dijadikan tempat tarikan pelalancong yang paling menarik.

Hotel Best Dekat Escape Penang

Shangri-La, Park Royal Penang dan Hard Rock Penang merupakan antara hotel 5 bintang yang terletak paling dekat dengan taman tema Escape Penang.

Berikut merupakan info ringkas berkenaan 3 hotel ini yang wajib menjadi pilihan pengunjung sebagai penginapan jika ingin ke Escape;

1. Shangri-La Rasa Sayang Hotel

shangri la rasa sayang hotel penang

Shangri-la merupakan tempat percutian yang berkonsepkan tropika. Kediamannya dikelilingi flora yang sangat menenangkan. Bukan itu sahaja, ia juga terletak berdekatan dengan pantai.

Permandangan laut dan kawasan taman hijau ini boleh dilihat menerusi bilik hotel, Terdapat 5 restoran dan bar di Shangri-La.

  • Bilik hotel yang ditawarkan juga sangat selesa dan luas sesuai untuk penginapan keluarga dan pasangan baru berkahwin.
  • Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan dengan pemandangan menerusi bilik yang berbeza. Kadar harga bagi semalaman penginapan bermula daripada harga RM500.
  • Ia terletak 13 minit perjalanan daripada Penang Escape Park. Info lanjut berkenaan hotel ini boleh dilayari di laman sesawang https://www.shangri-la.com.

2. Park Royal Hotel Penang

park royal hotel penang

Park Royal Penang terletak di kawasan Batu Feringgi. Ia menawarkan pengalaman penginapan yang menakjubkan dengan suasana tropika dan laut yang menenangkan.

  • Pelancong disediakan 4 jenis bilik yang mewah iaitu superior room, deluxe room, deluxe sea-facing room dan lanai suite.
  • Park Royal merupakan resort mewah yang terletak di Penang. Harga semalaman penginapan ialah bermula dengan harga RM400.
  • Ianya terletak 17 minit perjalanan daripada Escape theme park.
  • Info lanjut berkaitan dengan resort ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang https://www.panpacific.com

3. Hard Rock Hotel Penang

hotel hard rock penang pulau pinang

Hard Rock Penang sangat terkenal dalam kalangan pelancong asing. Hotelnya yang terletak betul-betul di persisiran pantai Batu Feringgi menjadikan ia tarikan utama pelancong.

  • Hotel ini merupakan hotel 5 bintang. 
  • Bilik yang disediakan adalah berhadapan dengan kolam renang. Ia memudahkan penginap untuk bermandi-manda di kolam pada bila-bila masa sahaja.
  • Banyak lagi fasiliti yang canggih dan mewah disediakan sesuai dengan harga penginapan semalaman yang bermula dengan kadar harga RM500.
  • Ianya terletak 9 minit perjalanan ke Escape Park.
  • Info lanjut berkaitan dengan hotel ini boleh dilayari di laman sesawang https://www.hardrockhotels.com

Waktu Operasi Escape Penang

Eaktu Escape Penang mula buka dan boleh dikunjungi pada setiap Selasa sehingga Ahad dan tutup pada setiap hari Isnin atas tujuan penyelenggaraan keselamatan bagi taman tema (theme park) tersebut.

Waktu operasi Escape Penang adalah pada jam 10 pagi sehingga 6 petang. 

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa anugerah yang pernah diterima oleh kerajaan malaysia

Disebabkan oleh keunikannya, taman tema ini pernah dinobatkan sebagai “Winner of Malaysia Tourism Award Best Attraction/ Theme Park 2016/2017” oleh Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya Malaysia. 

2. Apakah antara pencapaian lain yang diterima Escape Pulau Pinang

Escape Penang juga memegang rekod “Guinness World Records Longest Tube Water Slide” di mana ianya 1,111 meter panjangnya.

3. Bila Escape Pulau Pulang beroperasi di Malaysia

Escape Penang mula beroperasi pada tahun 2012.

 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia