EPF Online: Jadual Caruman kwsp & Contribution Table 2022
Jika anda berada dalam sektor swasta, tidak kira anda pekerja mahupun majikan anda sama sekali tidak boleh lari dari buat bayaran caruman epf samada secara online ataupun di kaunter melalui semakan jadual contribution table.
Semakin tinggi anda, semakin tinggi bayaran caruman yang perlu anda sumbangkan setiap bulan mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
BACA SINI: Login Kwsp Online untuk Daftar i Akaun Ahli Kwsp Majikan & Pekerja 2022
Di bawah ini, kami akan kongsikan contoh jadual caruman kwsp untuk tahun 2022, cara pengiraan potongan (deducation) epf mengikut contribution table yang telah ditetapkan Kumpukan Wang Simpanan Pekerja.
Senarai Kandungan Penting:
Jadual Caruman Kwsp EPF Contribution Online
Jika anda menerima gaji dan pendapatan termasuk yang cuti sambung belajar ataupun cuti bersalin, bonus, elaun, bayaran elaun setiap bulan, bonus, komisyen, insentif, gaji kerja kontrak, bayaran cuti tahunan yang tidak anda gunakan anda WAJIB buat caruman kwsp samada di portal epf online atau secara manual.
Cara bayaran caruman kwsp secara manual yang kami maksudkan boleh dibuat di kaunter bank simpanan nasional bsn, maybank, rhb, public bank, melalui pos atau di pejabat epf.
- Jika umur anda 60 tahun dan ke bawah, anda menerima potongan gaji untuk sumbangan kepada kwsp sebanyak 9 peratus (anda boleh juga pilih kepada kadar asal 11 peratus) manakala majikan perlu buat caruman kwsp sebanyak 13 peratus bagi pekerja yang terima gaji RM5000 dan ke bawah.
- Atas RM5000, majikan hanya perlu sumbang 12 peratus
BACA SINI: EPF Withdrawal 10K 2022: KWSP RM10000 One Off Dibenarkan
Adakah Jadual Caruman Kwsp Jadi 9 Peratus
- Ya benar. Walaubagaimanapun jadual caruman kwsp 9 peratus hanya tertakluk antara tempoh gaji anda dari bulan Januari 2021 (caruman Februari) hingga Jun (caruman Julai 2022).
- Selepas daripada tempoh tersebut, ia akan kembali kepada kadar asal
Cara Pengiraan Potongan Kwsp
Kami akan berikan beberapa contoh pengiraan potongan gaji untuk caruman kwsp berdasar rujukan epf contribution table 2022 melibatkan contoh pendapatan RM1000, RM1200, RM1500, RM2000, RM2500, RM3000, RM4000, RM5000 dan RM6000.
GAJI | CARUMAN MAJIKAN 12 PERATUS | CARUMAN PEKERJA 9 PERATUS | JUMLAH SEBULAN |
---|---|---|---|
RM1000 | RM130 | RM90 | RM220 |
RM1200 | RM156 | RM108 | RM264 |
RM1500 | RM195 | RM135 | RM330 |
RM2000 | RM260 | RM180 | RM440 |
RM2500 | RM325 | RM225 | RM550 |
RM3000 | RM390 | RM270 | RM660 |
RM3500 | RM455 | RM315 | RM770 |
RM4000 | RM520 | RM360 | RM880 |
RM4500 | RM585 | RM405 | RM990 |
RM5000 | RM650 | RM450 | RM1100 |
RM6000 | RM720 | RM540 | RM1260 |
SUMBER epf contribution table pdf: https://www.kwsp.gov.my

Soalan Lazim & FAQ EPF Online
1) Siapa yang tidak wajib mencarum?
Pekerja warga asing, Umur anda sudah lebih 75 tahun, bekerja sendiri
2) Bila tarikh akhir buat caruman untuk setiap bulan?
Mesti dijelaskan sebelum 15 hari dari bulan berikutnya. Jika gagal, anda akan dikenakan denda
3) Berapa denda akan dikenakan?
Kadar caj dan denda penalti yang dikenakan adalah sebanyak 6 peratus setahun
4) Pembayaran yang anda perolehi dari majikan, tetapi tidak perlu buat caruman JIKA…
Anda terima bayaran kerja OT (overtime / lebih masa), elaun bulanan, bayaran saguhati raya
Kami galakkan anda buat caruman kwsp menggunakan sistem epf online, lebih mudah dan senang untuk diuruskan pada setiap bulan dan setiap urusan.