Check Epf Login Contribution Table rate untuk Employee & Employer tahun 2022
Employee Pension Fund atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan badan berkanun yang berperanan dalam menyediakan faedah persaraan bagi individu yang berkhidmat dalam sektor swasta dan sektor kerajaan yang tidak berpencen.
Ianya ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Tertakluk pada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) mewajibkan majikan dan pekerja membuat caruman sebagai dana simpanan untuk hari tua.
Epf contribution merupakan dana sumbangan daripada hasil gaji yang diperolehi oleh majikan dan pekerja secara bulanan kepada Badan Berkanun.
Dana sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan ahli untuk pengeluaran masa hadapan. Pihak KWSP akan memastikan sumbangan ahli-ahli selamat dan digunakan bagi pelaburan untuk menjana ekonomi negara.
Cara Log Masuk Epf Login Employee & Employer
Majikan dan pekerja mestilah mempunyai akaun KWSP yang dikenali dengan i-Akaun.
Terdapat dua (2) jenis i-Akaun iaitu i-Akaun (Majikan) dan i-Akaun (Ahli).
- BACA SINI >> Kwsp 2.0 terkini: tuntutan sign petition pengeluaran & borang aduan
- BACA SINI >> i saraan kwsp 2022: apply & cara daftar permohonan online
- BACA SINI >> Borang kwsp: senarai download & cara isi
- BACA SINI >> Semak kwsp berita terkini
I-Akaun (Majikan) berperanan memaparkan maklumat majikan dan pekerja serta memudahkan para majikan membuat caruman bagi pekerja-pekerja mereka, manakala i-Akaun (Ahli) berperanan dalam membolehkan ahli melihat caruman bulanan mereka serta membuat pengeluaran daripada jumlah caruman yang dibenarkan.
Setelah berjaya mendaftar akaun i-Akaun ini, majikan (employer) dan pekerja (employee), kedua-duanya boleh log masuk epf login ke akaun mereka dengan mudah secara atas talian.
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun i-Akaun (Majikan);

- Layari laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
- Masukkan ID Pengguna dan klik pada butang “Teruskan”.
- Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Paparan menu utama akan dipaparkan.
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun i-Akaun (Ahli);

- Layari laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my
- Masukkan ID Pengguna dan klik pada butang “Teruskan”.
- Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Paparan menu utama akan dipaparkan
Epf Rate 2022 Employee & Employer
Menurut Akta KWSP 1991 Seksyen 43(1), setiap majikan dan pekerja wajib membuat carumann bulanan mengikut kadar upah yang diterima.
Caruman ini mestilah dibuat oleh majikan sebelum 15 haribulan pada bulan seterusnya. Kadar dan rate peratusan contribution epf bagi tahun 2022 oleh employer dan employee adalah seperti berikut;
- Caruman pekerja adalah sebanyak 11 peratus daripada pendapatan bulanan.
- Caruman majikan adalah sebanyak 13 peratus bagi pendapatan RM5000 dan kebawah.
- Caruman majikan adalah sebanyak 12 peratus bagi pendapatan RM5000 keatas.
Check Epf Contribution Table 2022 (Employee)
Pekerja boleh menyemak kadar sumbangan atau caruman mereka pada tahun 2022 menerusi laman sesawang https://www.kwspp.gov.my dan klik pada bahagian “Kadar caruman bulanan (Jadual Ketiga)” seperti pada Rajah di bawah ini.
Senarai sumbangan akan dipaparkan mengikut tangga gaji pekerja.

Selain itu, pekerja boleh juga log masuk ke akaun i-Akaun (Ahli) untuk mengetahui kadar caruman bulanan mereka sebagai ahli.
Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak kadar caruman pekerja;
- Log masuk ke i-Akaun (Ahli).
- Klik pada bahagian “Akaun Peribadi”.
- Kemudian, klik pada bahagian “Caruman Semasa” untuk mengetahui kadar caruman bulanan pekerja.
- Akhir sekali, paparan senarai caruman dipaparkan.
Check Epf Contribution Table 2022 (Employer)
Majikan boleh membuat semakan kadar caruman mereka bagi tahun 2022 mengikut tangga gaji mereka.
Kadar sumbangan bulanan boleh disemak di laman sesawang https://www.kwspp.gov.my pada bahagian “Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga)” seperti pada Rajah di bawah ini.

Majikan juga boleh menyemak sumbangan KWSP bulanan mereka di portal rasmi i-Akaun (Majikan).
Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak kadar caruman majikan;
- Log masuk ke akaun i-Akaun (Majikan).
- Klik pada bahagian “Penyata Caruman”.
- Pilih bulan caruman yang dikehendaki dan klik pada butang “Cari”.
- Akhir sekali, senarai caruman akan dipaparkan untuk semakan kadar caruman bulanan.
Office Epf Malaysia Yang Terdekat
Bagi individu yang ingin membuat contribution epf malaysia sebagai employer (majikan) atau employee (pekerja), mereka boleh menyemak senarai lokasi pejabat yang terdekat.
Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak senarai pejabat KWSP yang terdapat di Malaysia;

- Layari laman sesawang https://www.kwsp.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
- Pilih “Negeri” dan “Jenis”, kemudian klik pada butang “Carian”.
- Akhir sekali, senarai pejabat KWSP yang berdekatan dengan anda akan dipaparkan.