Epayslip Janm Malaysia: Download Contoh Payslip Gaji Online

Epayslip Janm Malaysia: Surat Pekeliling Contoh Payslip Gaji online, www.janm.epayslip.gov.com.my

epayslip janm malaysia

Akauntan Negara Malaysia (ANM payslip) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara. Ianya ditubuhkan dan dikawal selia di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Segala perkhidmatan yang dijalankan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ini adalah tertakluk pada Akta Akauntan 1967.

BACA SINI >> Login EPSA KPM 2023: Cara Daftar Kursus Online Percuma

Jabatan ini berperanan dalam menjalankan perkhidmatan seperti menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, memberikan khidmat nasihat berkenaan kewangan dan akaun, mewujudkan sistem perakaunan kewangan dan pengurusan, menguruskan aliran tunai kerajaan, membangunkan modal insan yang pakar dalam bidang perakaunan dan menguatkuasa perkhidmatan berdasarkan undang-undang.

Cara Semak ePayslip JANM Online

ePayslip gaji merupakan satu portal atas talian yang diwujudkan di bawah pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk membantu penjawat awam untuk membuat semakan penyata gaji mereka secara atas talian.

Berikut merupakan cara- cara untuk menyemak penyata gaji secara atas talian;

portal gaji
  1. Layari laman sesawang https://www.anm.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada bahagian “e-Payslip”.
  3. Pengguna hendaklah memasukkan nombor pengenalan dan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Daftar Masuk” seperti pada Rajah di bawah ini
  4. Bagi daftar masuk kali pertama, pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
  5. Pilih bahagian “Sendiri” di submenu untuk memuat naik penyata gaji.
  6. Pengguna boleh klik pada tahun dan bulan pada bahagian penyata gaji untuk membuat semakan dan klik pada butang “Cari”.
  7. Akhir sekali, maklumat penyata gaji akan dipaparkan.
laman web gaji

Cara Download ePayslip JANM Gaji

Pengguna juga boleh memilih untuk memuat turun penyata gaji mereka untuk rekod simpanan persendirian.

Berikut merupakan cara-cara untuk memuat turun janm gaji secara atas talian;

  1. Pengguna perlu log masuk ke akaun ePayslip pengguna di https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sah.
  3. Kemudian, klik pada butang “Daftar Masuk”.
  4. Pada bahagian submenu “Sendiri”, klik pada bahagian penyata gaji.
  5. Pilih tahun dan bulan penyata gaji yang ingin dimuat turun.
  6. Penyata gaji pengguna akan dipaparkan.
  7. Akhir sekali, klik pada bahagian muat turun untuk memuat turun penyata gaji tersebut.

Senarai Maklumat Penting di Contoh Payslip Online JANM Malaysia

Maklumat-maklumat penting yang terdapat pada contoh payslip online JANM malaysia ialah nama penjawat awam, nombor gaji penjawat awam, jumlah gaji bulanan, tarikh, butiran berkenaan gaji pada bulan tersebut, maklumat insurans, maklumat pinjaman, maklumat potongan cukai berjadual (PCB) dan kod QR untuk membolehkan penjawat awam melakukan sebarang urusan melibatkan bank dan agensi kerajaan.

contoh payslip janm gaji online

Cara Semak Pekeliling Surat JANM Online

Surat pekeliling payslip malaysia yang dikeluarkan oleh pihak JANM ini boleh disemak secara atas talian oleh semua pengguna.

Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak surat pekeliling JANM;

pekeliling surat epayslip janm online
  1. Layari laman sesawang https://www.anm.gov.my/utama  seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada bahagian “Pekeliling”.
  3. Senarai surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JANM berkenaan pengurusan kewangan akan dipaparkan untuk semakan pengguna.
  4. Pengguna juga boleh memilih untuk memuat turun surat pekeliling tersebut dengan klik pada ikon “Muat Turun”.

Senarai Unit ANM Payslip Gaji

Terdapat sepuluh (10) bahagian di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang terdiri daripada Institut Perakaunan Negara (IPN), Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP), Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA), Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF), Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM).

Kesemua bahagian-bahagian yang terdapat di JANM ini melaksanakan perkhidmatan secara efektif dan efisien.

No Telefon Anm Payslip Malaysia

Segala urusan yang melibatkan kewangan bagi penjawat awam dan kerajaan Persekutuan, masyarakat boleh menghubungi dan contact nombor telefon Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang terdapat di setiap negeri di Malaysia.

Berikut merupakan senarai no telefon JANM di seluruh Malaysia;

NEGERINOMBOR TELEFON
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Ibu Pejabat)03-8882 1000
Negeri Perlis04-976 2766
Negeri Kedah04-700 1000
Negeri Pulau Pinang04-2555 500 / 501 / 502 / 503 / 504/ 505/ 506/ 507
Negeri Perak05-246 2100
Negeri Selangor03-5520 5200
Negeri Sembilan06-768 6800
Negeri Melaka06-289 5000
Negeri Johor07-224 9244
Negeri Pahang09-591 5000
Negeri Terengganu09-627 8200
Negeri Kelantan09-746 0200
Negeri Sabah088-324 800
Negeri Sarawak082-524 524

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia