eOperasi : Sistem Keberadaan Guru Online KPM

eOperasi Keberadaan Guru Online KPM

Sekarang dunia tanpa sempadan. Guru-guru pun tidak terkecuali. Kementerian Pendidikan malaysia KPM menyedari trend teknologi maklumat ICT yang bergerak cepat hari ini.

eoperasi

Oleh sebab itu satu demi satu pengkalan data dan maklumat hari lebih banyak banyak beralih daripada sistem fail iaitu manual kepada sistem online.

Terbaru, Sistem Pengoperasian data eoperasi dibangunkan untuk kalangan guru.

Semestinya tujuan pembangunan portal online bertujuan memudahkan tugas perguruan secara online termasuk untuk tugasan kemaskini data, semakan status mereka apabila melakukan pertukaran lokasi dan tempat (semakan penempatan guru) melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain lagi.

Dan yang menyebabkan sistem online ini cukup penting adalah, setiap data guru perlu melalui proses verifikasi menggunakan sistem online ini

Fungsi yang disediakan oleh eoperasi?

Maklumat Staf

  • maklumat pasangan
  • maklumat subjek ajar
  • maklumat akademik
  • maklumat ikhtisas
  • maklumat sejarah perkhidmatan
  • maklumat peribadi
  • maklumat perkhidmatan
  • maklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru

Maklumat Staf

  • enrolmen ikut kelas
  • enrolmen ikut subjek
  • enrolmen ikut elektif

Maklumat Staf

  • kehadiran guru ikut hari

Panduan Guna Sistem E Operasi

Untuk anda yang menghadapi kesulitan, Mypt3 berbesar hati untuk berkongsi secara ringkas sistem online ini. Semestinya anda perlu register dengan maklumat yang tepat dan terkini.

e operasi

Dan kemudian selepas itu anda boleh login seperti biasa tanpa sebarang masalah.

  1. Selepas berjaya login, anda boleh semak maklumat dan info yang terpapar samada ada kesilapan atau tidak. Jika ada maklumat yang tidak tepat, anda boleh membuat aduan terus kepada PK1 atau PK2 atau PK3
  2. Walaubagaimanapun, jika masih ada sebarang persoalan atau masalah sepanjang menggunakan sistem online ini, boleh terus hubungi melalui email mereka, helpdesk_smg[at]moe.gov.my
  3. Gantikan [at] dengan @
  4. Dalam pada masa yang sama sistem eoperasi ini disediakan modul panduan untuk anad semak

P/S : Nantikan perkongsian seterusnya untuk portal SSO, APDM, HRMIS yang disediakan KPM

PP/S : Diharapkan perkongsian kali ini membantu anda.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...