EMIS Online: Portal Data Online KPM

Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS

portal emis online

KPM baru lagi memperkenalkan satu sistem dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah iaitu Sistem Pengurusan Sekolah atau EMISOnline. Sistem emis online ini terbahagi kepada 3 iaitu :

  • Modul Pengurusan Guru (eoperasi kpm login)
  • Modul Pengurusan Guru (EMISS)
  • Modul Pengurusan Murid (APDM)

KLIK SINI: eSPKWS Online KPM Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

Melalui SSO KPM atau Single-Sign-On Kementerian Pendidikan Malaysia, semuanya boleh di log masuk.

Sistem ini bukan untuk semua guru mengakses atau log masuk ke sistem pengurusan sekolah online ini tetapi khas untuk pengurusan sekolah sahaja.

Login EMIS Online

Pautan rasmi emis online anda boleh login seperti yang dikongsikan pada jadual di bawah ini:

BACA SINI: Apdm kpm & login semakan kehadiran murid online 2023

PERKARA BUTIRANNYA
Link Pautan Rasmi Emis Online https://spkws.moe.gov.my

Perlanjutan Tempoh Pengesahan LPMS

1. Untuk makluman, masalah teknikal sedang dialami oleh aplikasi ini. Bagi mengatasi masalah ini, tindakan penyelesaian sedang dilaksanakan oleh Pusat Data Enstek (PDE). Sehubungan itu, lanjutan sehingga 5 April 2018 (Khamis) bagi pengesahan data sekolah. Pengesahan data sekolah hendaklah dilakukan sebelum atau pada 31 Mac 2018 bagi pengguna yang tidak mengalami gangguan capaian ke aplikasi ini.

2. Sebarang kesulitan sangatlah dikesali. Sekian, terima kasih.

PENGEMASKINIAN BERFOKUS : TANDAS

1. Kemaskini Berfokus Minggu Ini. Semua maklumat berkaitan tandas hendaklah dipastikan berdasarkan jenis tandas, jumlah, pengguna dan boleh guna

  • i. Tandas Guru/ Staf
  • ii. Tandas Murid
  • iii. Tandas Guru/Staf (Asrama)
  • iv. Tandas Murid (Asrama)

(Pengguna Tandas: Gunasama merujuk tandas yang dikongsi murid dan staf termasuklah guru.

2. Selamat melakukan pengemaskinian data emis. Sekian, terima kasih.

Sebarang persoalan boleh hubungi di sini:

Alamat : Sektor Data Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Aras 1-4, Blok E8, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya Malaysia.

Cara Aduan Teknikal dan Borang Aduan Teknikal

  • Pada menu Fungsi Lain, anda boleh memuat turun tatacara dan borang aduan
  • Maklumat yang diperlukan perlulah diisi oleh pengguna secara jelas dan mudah difahami.
  • Borang yang telah siap dan lengkap diisi hendaklah diserahkan semula ke [email protected].
  • Pengadu akan dihubungi pihak BPPDP melalui emel yang sah sahaja (emel rasmi sekolah)
  • Helpdesk EMIS online boleh dihubungi jika ada sebarang pertanyaan (03-8884 6532)

Kegunaan Data Emis Online KPM

Seperti yang telah diterangkan di atas, sistem emis online kpm ini sangatlah penting dan sebenarnya pelbagai maklumat yang berguna diberikan. Pengisian data pada sistem ini bukan sistem mengarut atau membazir bahkan sangat diperlukan dalam dunia pendidikan sekarang.

Kegunaan data pada sistem emis online ini adalah untuk kegunaan seperti di bawah

  • Semakan Data Guru oleh SPR
  • Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM)
  • Latihan Dalam Perkhidmatan
  • Semakan data guru oleh Bahagian Tajaan
  • Kajian Sikap Kakitangan Awam oleh SPR
  • Jawatankuasa pengambilam GSTT
  • Semakan gred urusan kenaikan pangkat oleh SPP
  • Audit Fizikal YB Timb. Menteri Pelajaran (Jabatan Perdana Menteri)
  • Perancangan Pembangunan Lima Tahun (Rancangan Malaysia)
  • Unjuran Guru
  • Pemberian Elaun Pedalaman
  • Pemantauan Peralatan
  • Semakan data guru oleh PTPTN
  • Jawatankuasa Pelaksana Kemasukan Murid Berumur 5 Tahun ke Tahun 1
  • Semakan Status Hak Milik Tanah (BPPA)
  • Pasukan Kerja Analisis Data Penyandang / Pengisian di KPM (BPSM/JPA)

UPDATE : Sistem Pengurusan Latihan Guru atau eSPLG masih ditangguhkan lagi (iaitu mengenai dasar kursus wajib 7 hari) mengikut tarikh post entri ini dikemaskini. Post di bawah menyatakan sebab utama penangguhan ini dilakukan.

Mungkin juga dasar ini akan diguna pakai kembali pada masa akan datang. Namun begitu, masih tiada perkembangan terbaru atau berita mengenai isu ini.

Apa-apa pun, untuk memudahkan pengurusan sekolah sekarang, diharapkan portal emis online Sistem Pengurusan Sekolah SPS akan tetap berjalan seperti biasa.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia