ELDP KKM Malaysia: Semakan Keputusan Kursus Lanjutan MOH

ELDP KKM Malaysia: Semakan Keputusan Kursus Lanjutan kkm / MOH dan keputusan pos basik / post basic tahun 2023

semakan eldp kkm malaysia

ELDP KKM merupakan suatu sistem Latihan Dalam Perkhidmatan bagi program pengkhususan atau diploma lanjutan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ianya berbentuk latihan khusus lanjutan yang dikhususkan kepada Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juruterapi Pergigian, dan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB). Latihan dalam perkhidmatan ini dijalankan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Latihan dalam perkhidmatan ini terbuka kepada pegawai kesihatan yang berkhidmat dalam perkhidmatan swasta, Badan Berkanun dan Kerajaan.

Latihan ini dijalankan secara sepenuh masa dalam tempoh 6 bulan sehingga 12 bulan. Pengambilan bagi pelatih baru dalam latihan ini adalah sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada sesi Mac dan September.

Cara Daftar Eldp KKM Malaysia

Latihan Dalam Perkhidmatan KKM ini akan mula dibuka untuk pendaftaran pada Mei dan November untuk membolehkan pegawai kesihatan yang berminat membuat permohonan.

Pegawai yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membuat permohonan LDP ini. 

Pendaftaran ELDP hendaklah dibuat terlebih dahulu untuk membolehkan pegawai membuat permohonan pendaftaran Latihan Dalam Perkhidmatan KKM.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pendaftaran ELDP;

  1. Layari laman sesawang http://eldp.moh.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
  2. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki di ruangan yang disediakan dan klik pada butang “Daftar”.
  3. Akhir sekali, pemohon akan menerima notifikasi pendaftaran ELDP pemohon berjaya.
keputusan senarai kursus pos basik kkm

Cara Log Masuk ELDP Login

Pegawai yang berjaya membuat pendaftaran, boleh log masuk ke akaun ELDP mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan. Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun ELDP;

  1. Layari laman sesawang http://eldp.moh.gov.my/login.
  2. Klik pada bahagian “Daftar Masuk”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pemohon yang sah.
  4. Klik pada butang “Log Masuk”.
  5. Akhir sekali, menu utama akan dipaparkan kepada pemohon.

Bagaimana Untuk Login Semula Selepas Lupa Password

Kata laluan sangat penting apabila sesuatu pendaftaran secara atas talian telah dibuat.

Untuk membolehkan pengguna untuk mengakses akaun pengguna, kata laluan mestilah sah dan betul sepertimana yang telah disetkan ketika pendaftaran.

Walaubagaimanapun, pengguna yang lupa kata laluan tetap boleh mengakses akaun mereka dengan menukar kata laluan yang lain.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun pengguna yang telah terlupa kata laluan mereka;

  1. Layari laman sesawang http://eldp.moh.gov.my
  2. Klik pada bahagian “Lupa Katalaluan”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pengguna dan kata laluan yang baharu.
  4. Pengguna juga perlu mengulang kata laluan tersebut untuk pengesahan kata laluan.
  5. Klik pada butang “Set Semula”.
  6. Akhir sekali, kata laluan pengguna yang baharu telah disetkan dan log masuk boleh dilakukan semula.

Permohonan Tawaran Pos Basik KKM Online

Pegawai yang mempunyai akaun ELDP boleh membuat permohonan secara atas talian di portal rasmi ELDP KKM.

Permohonan senarai kursus pos basik kkm ini hanya dibuka dua (2) kali setahun iaitu pada Mei dan November bagi sesi kemasukan Mac dan September.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan ELDP secara atas talian;

semakan keputusan post basic kkm 2023
  1. Layari laman sesawang http://eldp.moh.gov.my.
  2. Log masuk ke akaun pemohon dengan klik pada bahagian “Daftar Masuk”.
  3. Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang san serta klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Kemudian, paparan menu utama akan dipaparkan seperti Rajah di atas ini
  5. Pemohon mestilah klik pada bahagian “Profil Diri” untuk melengkapkan butiran maklumat peribadi pemohon sebelum membuat permohonan.
  6. Setelah bahagian “Profil Diri” telah lengkap, klik pada bahagian “Permohonan Kursus” untuk membuat permohonan LDP.
  7. Seterusnya, klik pada “Mohon Baru”.
  8. Maklumat permohonan mestilah diisi dengan lengkap dan klik pada butang “Simpan”.
  9. Akhir sekali, setelah maklumat permohonan telah lengkap, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan yang telah dibuat seperti pada Rajah di bawah ini.
semakan permohonan pos basik 2023 kursus kkm online

Cara Semakan Keputusan Kursus Lanjutan KKM Malaysia

Semakan permohonan pos basik boleh dibuat dari semasa ke semasa di portal rasmi ELDP.

Pemohon perlu daftar masuk ke akaun mereka untuk menyemak status permohonan mereka sama ada diterima atau ditolak.

Semakan status permohonan boleh dibuat menerusi papan pemuka permohonan seperti pada Rajah di bawah ini

semakan keputusan kursus lanjutan kkm malaysia

Senarai Kelebihan Kursus KKM Online

Banyak kelebihan yang ditawarkan apabila pegawai kesihatan melakukan Latihan Dalam Perkhidmatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk menjadikan seseorang pegawai kesihatan tersebut professional dalam bidang mereka, banyak pendedahan latihan dalam perkhidmatan yang perlu diterapkan.

Maka, sistem ELDP diwujudkan untuk memudahkan para pegawai kesihatan membuat permohonan ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

  1. Antara kelebihan yang disediakan apabila menggunakan sistem ELDP adalah permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja secara atas talian tanpa perlu membuat permohonan secara bertulis. Hal ini dapat menjimatkan masa pemohon dengan adanya teknologi digital pada masa kini.
  2. Bukan itu sahaja, segala informasi berkenaan LDP akan dimaklumkan menerusi sistem ini. Hal ini adalah untuk memastikan pemohon sentiasa mengambil maklum tentang tawaran semasa.
  3. Rekod dan keputusan permohonan juga dikemaskini dari semasa ke semasa membolehkan pengguna membuat semakan tanpa perlu melibatkan mana-mana jabatan kesihatan yang lain.
  4. Secara tuntasnya, kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menguruskan LDP sangat cekap dan efisien.
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia