Elaun Kritikal Dimansuhkan: Pemansuhan BIPK Tahun 2020

Elaun Kritikal Dimansuhkan atau critical allowance : Pemansuhan BIPK Tahun 2020

elaun kritikal

Dahulu ramai yang mahu bergelar kakitangan awam dek kerana beberapa keistimewaan yang ditawarkan dalam sektor awam.

Dalam pada masa yang sama terdapat elaun yang mana ditawarkan bagi menghargai pengorbanan mereka berkhidmat sehingga kadang-kadang terlebih masa.

Jadi itu sebablah lahirnya, elaun bipk kakitangan awam ini. Masalahnya elaun penjawat awam seperti ini mahu ditarik balik!

Tiada lagi bermula 1 Januari 2020 untuk kakitangan awam yang baru. Adakah ini Hadiah Krismas dari tindakan Kerajaan Malaysia tamatkan pembayaran elaun ini melalui pengumuman pekeliling elaun kritikal Jabatan Perkhidmatan Awam JPA.

Rombakan Elaun Penjawat Awam

1) Elaun penjawat awam seperti elaun bipk pada kumpulan yang terlibat akan dihapuskan bermula pengambilan 1 Januari 2020

2) Selain tiada lagi elaun kritikal penjawat awam, di bawah ini adalah lain-lain elaun yang terlibat dengan pemansuhan elaun 2020:

  1. Bayaran insentif angkatan najis
  2. Bayaran insentif menaip jawi
  3. Elaun keraian kepada setiausaha sulit dan setiausaha sulit kanan
  4. Elaun khas penolong pemungut hasil tanah
  5. Elaun operator generator eletrik
  6. Elaun penyelia bilik taip
  7. Elaun tilikan trigonometrik observation
  8. Insentif profesiensi Bahasa Inggeris

elaun bipk

85,000 Tolak Pemansuhan Elaun Kritikal 2020

Kepada anda, mari kita sama-sama memberikan sokongan melalui petisyen di change.org seperti di bawah ini:

KLIK SINI : https://www.change.org/p/rakyat-malaysia-kami-mendesak-jpa-kembalikan-semula-elaun-kritikal-kepada-ke-semua-33-skim-perkhidmatan

Kesan Elaun Perkhidmatan Kritikal Dihapuskan

1) Kakitangan awam 2020 yang baru akan menerima gaji 15 peratus lebih rendah

2) Profesion seperti ini jururawat, ahli farmasi, doktor akan kurang bermotivasi dek kerana kebanyakan mereka terpaksa bekerja lebih masa tetapi hak elaun yang sepatutnya diterima mereka telah ditarik balik

3) Ada kemungkinan besar negara akan terus mengalami masalah penghijrahan dan brain drain melibatkan profesion penting ke luar negara termasuk ke negara jiran kita Malaysia dengan tindakan kerajaan mansuh dan potong elaun kritikal doktor dimansuhkan

4 Cadangan Untuk JPA & Kerajaan Malaysia

1) Bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan, adalah lebih baik mengurangkan elaun BERLEBIHAN ahli parlimen, ADUN dan juga Menteri kabinet

2) Mengembalikan semula elaun kritikal kkm ini

3) Kerajaan sepatutnya memberikan pencen kepada ahli parlimen yang sudah 2 penggal bukannya baru 1 penggal terus dapat pencen seperti yang dinikmati sekarang. Ini tidak adil namanya. Sedangkan, penjawat awam berkhidmat 30 tahun lamanya, baru dapat keistimewaan pencen.

4) Sepatutnya potong gaji menteri dan elaun menteri dirombak semula. Bukannya potong elaun kakitangan kerajaan. Contohnya elaun parking menteri sahaja sangat-sangat lumayan, beribu-ribu sebulan. Patutkah? Servis mereka bagus, gaji dinaikkan. Tetapi jikalau servis teruk adakah patut dikekalkan?

Berita Baik!

Nampaknya, Mypt3 difahamkan akan ada perdebatan di Dewan Rakyat untuk membincangkan perkara serius ini awal Januari 2020 dengan harapan ia ditarik balik. Jadi nantikan kemaskini daripada kami. Dalam pada masa yang sama beberapa pemimpin kanan seperti Anwar Ibrahim mendesak supaya pemansuhan bipk dibatalkan dengan kadar segera!

Jika lebih ramai yang memberikan tekanan yang HEBAT terhadapan dasar kerajaan, kami PASTI dan YAKIN kerajaan akan tunduk pada desakan anda semua!

SHAREKAN artikel penghapusan elaun kritikal penjawat awam. Viralkan isu ini kepada kenalan, dan faamily anda.

Hari ini nasib mereka, esok-esok kita tidak tahu nasib kita dan anak-anak kita bagaimana. Sama-samalah kita tolong menolong.