Berita Elaun Khas Bomba di Malaysia RM200

Berita baik bantuan khas elaun Bomba di Malaysia RM200

elaun bomba

Ramai tidak mengangka, yang mana nasib kalangan anggota bomba diangkat dalam pembentangan intipati belanjawan 2020. Mungkin inilah waktu yang tepat untuk tidak mengenepikan kebajikan kalangan anggota bomba di Malaysia. Dan kita tidak boleh ketepikan langsung faktor apa yang berlaku terhadap Muhamamad Adib baru-baru ini.

Kami boleh simpulkan Muhamamd Adib boleh diangkat sebagai ‘hero’ apabila berjaya memberikan tekanan secara tidak langsung sekaligus berjaya mengangkat nasib dan kebajikan anggota bomba di Malaysia.

Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan pelbagai kerja yang kadangkala ramai yang terfikir kerja seperti ini pun tanggungjawab anggota bomba juga ker?

Termasuklah terkunci dalam bilik air, menyelamatkan kucing yang terjatuh dalam longkang. Jikalau kerja-kerja yang sampai terpaksa bertarung nyawa jangan cakaplah, bagi kami anggota bomba adalah antara penjawat awam yang benar-benar dedikasi terhadap kerja mereka. Tiada masa untuk memulau.

Sejarah Bantuan Elaun Bomba

Dengan peruntukkan RM35 juta setahun cukup untuk berikan elaun sebanyak RM200 pada setiap bulan kepada 14 ribu anggota di seluruh Malaysia

TAHUNJUMLAH
2019RM200

Ini adalah berita baik untuk semua anggota untuk bekerja keras selama ini. Penantian mereka untuk mendapatkan elaun seperti ini pada setiap bulan sejak 2015 telah pun ditunaikan oleh pihak kerajaan Malaysia

Kami dari Mypt3 berharap, disebabkan semangat dan kerja keras pasukan bomba selama ini, berikanlah mereka bantuan yang berterusan seperti :

  • Kemudahan dan kelengkapan Balai bomba ditambahbaik di seluruh negara
  • Ditambah dana yang besar untuk memperbaiki peralatan dan aset mereka

Scroll to Top