Kumpulan Pelaksana Dapat Elaun Cola RM250 Sebulan

Sejarah Pembayaran Elaun Cola Penjawat Awam Sehingga 2019 Kumpulan Pelaksana Dapat RM250 Sebulan

elaun cola

Cuepacs sangat mengambil berat beban kos sara hidup yang dialami kalangan 1.7 juta kakitangan kerajaan di Malaysia terutamanya kumpulan pelaksana.

Oleh itu pelbagai tuntutan dicampakkan oleh kalangan Cuepacs dengan harapan ia membantu kehidupan kumpulan pelaksana penjawat awam terus terbela.

Antaranya Cuepacs mahukan cukai pendapatan mereka diturunkan, bayaran bonus kakitangan kerajaan ditambahbaik, memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya, elaun wilayah dinaikkan dan lain-lain lagi.

Akhirnya, kerajaan telah meluluskan dan mengumuman pada pembentangan bajet Belanjawan 2020 supaya elaun cola penjawat awam dinaikkan untuk kumpulan pelaksana penjawat awam. Walaubagaimanapun kumpulan profesional masih lagi ditakuk lama. Tiada perubahan.

Sejarah Bayaran Elaun Cola Penjawat Awam

Berdasarkan rekod Cuepacs telah beberapa kali menuntut elaun ini dinaikkan selama beberapa tahun, akhirnya berjaya diluluskan pada tahun ini dengan kenaikan sebanyak RM50 sebulan.

TAHUNJUMLAH
2019RM250
2018RM200

 

Selain itu kerajaan telah meluluskan beberapa penambaikan kemudahan untuk kakitangan awam seperti :

  1. Elaun khas bomba diperkenalkan sebanyak RM200 bulan
  2. Sesiapa yang ada cuti yang terkumpul boleh tebus dengan duit tunai, maksimum yang boleh ditebus adalah sejumlah 75 hari. Dengan syarat, anda mesti telah pun berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas
  3. Kenaikan gaji tahunan telah diawalkan
  4. Memberikan insuran perlindungan sehingga RM100 ribu dengan syarat untuk tempoh 2 tahun, anda ada ambil pinjaman perumahan LPPSA selepas ini
  5. Jikalau anda sebagai penjawat awam meninggal dunia ketika bertugas, waris terdekat anda akan diberikan pampasan sehingga RM150 ribu sebagai tanda ex gratia untuk tujuan kelangsungan hidup selepas itu

elaun cola penjawat awam

Dalam pada yang sama, kerajaan tidak berhenti setakat di sini sahaja.

Harapan Cuepacs kepada kerajaan Malaysia terus menjalankan pelbagai usaha dalam membantu kalangan penjawat awam di Malaysia.

Cuepacs mengatakan yang kakitangan kerajaan mahu terus dibantu.

Ini kerana pelbagai tuntutan yang dibuat sebelum masih lagi belum mendapat pertimbangan kerajaan Malaysia untuk dimuatkan dalam belanjawan 2020 kali ini.

Scroll to Top