EIS Perkeso RM600: Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan

Cara Semakan borang Pendaftaran permohonan dan cara claim EIS Perkeso RM600 Sebulan Untuk semua pekerja di malaysia Yang Hilang Kerja di malaysia melalui Sistem Insurans Pekerjaan socso dan login sekarang

cara permohonan eis perkeso rm600 hilang kerja

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) atau dikenali sebagai Employee Insurance System (perkeso eis contribution table) boleh dipohon bagi anda yang kehilangan pekerjaan bermula 1 Januari 2018.

Program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim disediakan oleh SIP. Bantuan kewangan segera (7 hari selepas disahkan kehilangan kerja) akan diberikan sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan) menerusi program ini.

Caruman SIP perkeso layak dipohon oleh semua warganegara Malaysia yang mencarum dengan pertubuhan keselamatan sosial perkeso kecuali bagi mereka yang meletakkan jawatan sukarela, salah laku (misconduct), bersara atau tamat kontrak.

Selain itu, pencarum juga turut dibantu menerusi program bantuan perkeso ini dengan mendapatkan pekerjaan baharu bagi mereka yang hilang pekerjaan melalui program penempatan semula pekerjaan dan bantuan mobiliti.

Sistem Insurans Pekerjaan Eis Perkeso RM600 Sebulan

Kerajaan bersetuju bahawa 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta bakal menikmati pelaksanaan sistem insurans pekerjaan eis portal dari perkeso dengan jangkaan bayaran faedah yang boleh dilakukan bermula dari sekarang.

Bantuan Eis dilaksanakan perkeso adalah untuk membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mencari pekerjaan baharu dan mendapat bantuan kewangan.

Terdapat dua komponen utama dalam sistem insurans pekerjaan sip iaitu Active Labour Market Policies (ALMPs) dan insurans pekerjaan (Employment Insurance).

  • Komponen pertama: Untuk menyokong diri dan keluarga mereka semasa mencari pekerjaan baharu, bantuan kewangan sementara akan diberikan kepada pekerja yang terjejas. Bantuan kewangan tambahan juga akan diberikan jika mereka ingin meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan menjalani program latihan yang diakreditasi.
  • Komponen kedua : Untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang baharu dan sesuai, sokongan dengan program perkhidmatan pekerjaan semula akan diberikan kepada pekerja yang terjejas, sebagai tambahan kepada bantuan kewangan. Kaunseling kerjaya, carian, padanan pekerjaan dan latihan adalah antara bantuan yang diberikan.

Bagi permohonan Sistem Insurans Kerajaan, tuntutan maksima hanya sebanyak tiga kali dalam tempoh itu dan permohonan boleh dilakukan sekali sahaja.

SUMBER eis perkeso login: https://eis.perkeso.gov.my

Antara faedah sistem insurans pekerjaan sip termasuklah:

  1. Perkhidmatan disediakan dan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian, Orang Berinsurans akan diberikan sokongan pekerjaan.
  2. Elaun mencari pekerjaan disediakan tertakhluk kepada syarat kelayakan caruman bagi tempoh 1-6 bulan dan kesediaan untuk bekerja semula (EMP)
  3. Sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera (EBSA) dengan menyediakan elaun bekerja semula awal.
  4. Bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan and telah hilang pekerjaan (EPB) akan turut disediakan elaun pendapatan berkurangan.
  5. Jika Orang Berinsurans menjalani latihan (EL) akan disediakan elaun latihan harian.
  6. Yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar (FL) akan dibiayai.

Sekiranya berpendapatan RM1,000 sebulan, anda dan bekas majikan perlu mencarum sebanyak RM1.90 untuk membolehkan anda membuat tuntutan sistem insurans pekerjaan sip. Manakala jika gaji melebihi RM5,000 ke atas perlu mencarum RM7.90.

Maksimum selama 6 bulan akan diberikan bantuan kewangan, dan jumlah maksimum adalah RM10,800.

Video eis Sistem Insurans Pekerjaan pertubuhan keselamatan sosial PERKESO di bawah ini boleh ditonton untuk penerangan yang lebih lengkap.

YouTube video

Maksud Elaun Mencari Pekerjaan EMP

Pembayaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) akan dilakukan kepada penganggur dalam pencarian kerja untuk tempoh 3 hingga 6 bulan.

Jumlah EMP bergantung kepada peratusan kadar bulanan menurun 80%, 50%, 40% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).

Penerima faedah EMP hendaklah mendaftar diri sebagai pencari kerja dan program penempatan semula pekerjaan secara aktif hendaklah diikuti pada masa yang sama.

Jika mengikut syarat kelayakan, seseorang penerima faedah juga layak menerima EL & EBSA sewaktu menerima EMP.

Apa itu Maksud Elaun Bekerja Semula EBSA

1. Orang yang hilang pekerjaan dapat digalakkan untuk mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh yang singkat dengan Bantuan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA). Tanpa faedah seperti ini, mereka yang menganggur akan menghabiskan waktu menganggur mereka dan bayaran EMP sehingga 6 bulan dinikmati tanpa inisiatif untuk mencari kerja dengan segera.

Jadi Bantuan elaun cari kerja seperti ini sangat-sangat membantu

2. Bantuan kewangan sementara EBSA diberikan sehingga pekerja menerima gaji bagi bulan tersebut kerana pekerja kebiasaannya akan menerima gaji pada akhir bulan pertama setelah kembali bekerja semula.

3. Penganggur digalakkan kembali bekerja secepat mungkin dengan adanya EBSA, yang secara tidak langsung akan menggalakkan produktiviti penganggur, mengelakkan penganguran jangka masa panjang iaitu lebih daripada 6 bulan serta menjimatkan dana.

BACA SINI: Jika and mc atau cuti sekolah boleh mohon bantuan ini dengan perkeso, semak cara claim mc socso dengan mudah dan senang

Berapa Bantuan Elaun Latihan EL

1. Berdasarkan permohonan dan keperluan pekerja, bantuan Elaun Latihan (EL) akan dibayar kepada beliau. 25% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD0 adalah EL. Ianya dibayar secara bulanan dengan kadar minimum sehari RM10 dan maksium RM20 mengikut bilangan hari latihan yang dihadiri.

2. Modul dan jenis latihan adalah mengikut pasaran kerja yang ditentukan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau agensi-agensi lain. Pada masa akan datang, jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional.

Bagaimana Cara Bayaran FI LATIHAN FL

1. Berdasarkan kehadiran OB ke program latihan yang telah dijalankan, Fi Latihan (TF) akan dibayar terus kepada penyelia latihan. Penyedia latihan mestilah berdaftar dengan PERKESO terlebih dahulu sebagai penyedia latihan bertauliah untuk memberi latihan kepada OB. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan memantau secara teliti standard dan kualiti penyedia latihan. Sementara itu, Kementerian akan menentukan modul dan jenis kursus latihan dan mestilah selari dengan program pasaran buruh yang aktif.

2. Pada masa akan datang, jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional.

Maksud Bantuan Elaun Pendapatan Berkurang EPB

  1. Kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi majikan yang pekerjaannya telah ditamatkan tetapi masih bekerja dengan majikan lain, pembayaran secara sekaligus (lump sum) untuk tuntutan bantuan Elaun Pendapatan Berkurang (EPB) dari perkeso memandangkan sumber pendapatannya telah berkurangan sejak kehilangan kerja
  2. Dengan peratusan kaedah menurun 80%, 50%, 40%, 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD) adalah kaedah EPB dikira iaitu sama seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Permohonan Bantuan Elaun Kembali Bekerja Awal (era)

Sedang dikemaskinikan

Bagaimana Cara Claim Eis Socso

Cara pembayaran dan bayaran eis perkeso mengikut turutan seperti di bawah ini

  1. Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO boleh dipohon secara atas talian (online) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah / surat pengesahan termasuklah diri didaftarkan diri sebagai pencari kerja.
  2. Cara memohon, apply, permohonan bantuan eis perkeso rm600 yang lengkap akan diproses dan kelayakan disemak berdasarkan syarat permohonan tuntutan eis dan kelayakan caruman am.
  3. Kemudian, bagi menentu sahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku, permohonan tersebut akan disalurkan kepada JTK/JPP/PERKESO.
  4. Penyediaan baucar dan pemidahan wang akan terus dibuat ke dalam akaun setelah kelulusan dibuat.

Kadar Bayaran Caruman EIS di Perkeso

semakan bantuan perkeso hilang pekerjaan eis

Kadar caruman bagi eis contribution table dari perkeso adalah campuran 0.2% syer pekerja dan 0.2% syer majikan daripada gaji bulanan pekerja.

Contohnya seperti ini, jika gaji pekerja berjumlah RM4,000, maka SIP bernilai:

  • 0.2% x 3,000 = RM 6.10 (syer majikan)
  • 0.2% x 3,000 = RM 6.10 (syer pekerja)
  • Jumlah = RM 12.20

Nota : RM6.10 daipada syer pekerja adalah jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM 6.10 daripada syer pekerja sahaja.

Kadar caruman eis adalah tertakhluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 Perkeso

Jika peraturan eis Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO dilanggar oleh pekerja dan didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara hingga 2 tahun dan didenda maksimum RM10,000.

Sila tonton video berikut untuk tatacara pembayaran :

YouTube video

Statistik Kena Berhenti Kerja di Malaysia

Untuk 3 tahun kebelakangan, statistik pemberhentian ialah 44,343, 37,699 dan 17,798 (sehingga Jun).

Namun begitu, jumlah sebenar pekerja yang kehilangan pekerjaan lebih tinggi daripada kadar yang dilaporkan kepada JTK, berdasarkan kajian oleh ILO. Jadi bantuan perkeso hilang pekerjaan 2021 sangat membantu.

Kadar pengangguran sebanyak 3.5% atau 450,000 penganggur, 70% (314,000) digunakan untuk pernah bekerja sebelum menjadi penganggur, yang pada asasnya berpotensi untuk menuntut faedah SIP, berdasarkan kajian tenaga buruh tahun 2015.

Bilangan pekerja tempatan yang diberhentikan adalah 121,222 ketika kegawatan ekonomi tahun 1997/1998. Manakala seramai 154,000 pekerja tempatan pula diberhentikan semasa krisis subprima USA ketika 2007/2009.

Diharapkan bantuan RM600 untuk semua pekerja di Malaysia membantu anda di situasi genting sekarang ini.

Sila layari portal rasmi eis login di perkeso.gov.my/sip/ untuk maklumat lanjut mengenai eis pertubuhan keselamatan perkeso.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia