e Pengambilan TUDM: Permohonan Tentera Udara Diraja Malaysia

Permohonan Tentera Udara Diraja Malaysia e Pengambilan TUDM 2023 mengikut pangkat dan gaji

e pengambilan tudm 2023

Tentera udara merupakan pasukan udara yang bertanggungjawab menjaga ruang udara sesebuah negara daripada serangan musuh luar. Mereka juga merupakan pasukan bersenjata udara yang berfungsi untuk melakukan peperangan udara apabila terdapatnya serangan daripada pihak luar.

Ia menjadi sebuah pasukan yang dipanggil sebagai pasukan sokongan darat kerana mereka juga secara tidak langsung memberi bantuan keselematan kepada pasukan tentera darat.

Tentera udara di Malaysia dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka ditugaskan untuk menjaga keamanan dan keselematan ruang udara negara Malaysia.

Mereka dilengkapkan dengan pesawat-pesawat yang canggih serta anggota pasukan yang berpengalaman. Pasukan TUDM ini ditubuhkan pada 2 Jun 1958. Jasa dan pengorbanan mereka amatlah besar dalam menjamin keselamatan negara. 

Permohonan e Pengambilan TUDM 2023 Malaysia

Individu yang yang berminat untuk menyertai pasukan tentera udara Malaysia boleh membuat permohonan untuk menyertai pasukan ini.

Permohonan tentera udara boleh dilakukan tidak kira oleh kaum lelaki atau perempuan.

Permohonan e pengambilan tudm 2023 malaysia menerusi laman sesawang https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my seperti pada Rajah di bawah ini

tentera udara diraja malaysia

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pendaftaran tentera udara Malaysia iaitu TUDM;

  1. Layari dan login tudm portal https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my.
  2. Klik pada butang “Daftar Pemohon”.
  3. Pemohon hendaklah mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul seperti pada Rajah di bawah ini
  4. Kemudian, klik pada butang “Daftar”.
  5. Pendaftaran akaun telah berjaya.
  6. Setelah itu, log masuk semula ke akaun pengguna dengan klik pada butang “Log Masuk”.
  7. Kemaskini maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  8. Akhir sekali, pemohon perlu mengisi borang permohonan untuk membuat permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pemohon yang layak akan dipanggil temu duga.
permohonan tudm 2023 malaysia

Syarat Kelayakan

Permohon yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menyertai pasukan tudm malaysia.

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan;

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun sehingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 November 2023.
  3. Pemohon calon wanita mestilah berstatus bujang.
  4. Tahap pendengaran pemohon mestilah dalam keadaan yang baik tanpa memerlukan alat bantuan pendengaran.
  5. Pemohon mestilah mempunyai tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan pemohon mestilah dalam keadaan yang baik.
  7. Kelayakan akademik pemohon yang baik.
  8. Pemohon mestilah merupakan calon yang memenuhi syarat fizikal seperti berikut;
SYARAT FIZIKAL MINIMAJANTINA
LELAKIPEREMPUAN
TINGGI (M)1.65 m1.57 m
BERAT (KG)49 kg45 kg
INDEKS JISIM BADAN (BMI)18 sehingga 25

Skop Tugas Tentera Udara Diraja Malaysia

TUDM Malaysia memainkan peranan secara menyeluruh.

Matlamat mereka adalah untuk menyediakan dan menggerakkan satu pasukan angkatan udara yang sentiasa bersedia menjaga dan memelihara keamanan negara.

Antara bidang tugas pasukan TUDM ini adalah;

  1. Mengawal ruang angkasa negara daripada diceroboh oleh musuh melibatkan operasi “offensive airstrike”, “defensive counter-air” dan “defensive suppressive“.
  2. Menangani ancaman daripada serangan musuh di ruangan angkasa.
  3. Meningkat kekuatan dengan menambahkan keupayaan melibatkan misi berkaitan misi udara seperti misi pengisian minyak di udara, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi pengawasan dan tinjauan di ruang udara.
  4. Mempertahankan pangkalan udara daripada serangan musuh.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen personel yang diperlukan untuk membuat permohonan tentera udara adalah seperti berikut;

  1. Kad pengenalan
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil Pendidikan seperti Sijil SPM, Sijil Diploma, Sijil Sarjana Muda dan sebagaimana yang berkaitan.
  4. Sijil Berhenti Sekolah
  5. Sijil Penglibatan Diri dalam Sukan dan Muzik (yang diiktiraf).
  6. Kad Pengenalan Ibu Bapa
  7. Sijil Kematian Ibu Bapa (jika perlu).
  8. Sijil Pendaftaran Perkahwinan atau Sijil Nikah bagi yang berkahwin.
  9. Gambar terkini yang berukuran passport.

Adakah Wanita Boleh Mohon TUDM

Wanita juga dibenarkan untuk membuat permohonan menyertai TUDM.

Walaubagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat fizikal yang telah ditetapkan oleh pihak TUDM.

Berapa Gaji Tentera Udara Mengikut Pangkat TUDM

Rajah di bawah ini menunjukkan tangga gaji tentera udara dan elaun yang diterima oleh pegawai TUDM mengikut pangkat seperti laksamana, laksamana madya, laksamana muda, laksamana pertama, kapten, komander, leftenan komander, pegawai kadet yang disandang oleh mereka.

pangkat tudm

Semakan Permohonan TUDM 2023

Semakan permohonan TUDM yang berjaya dipohon boleh disemak secara atas talian.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan permohonan pengambilan tentera udara 2023;

gaji tentera udara
  1. Layari laman web tudm login https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my.
  2. Klik pada butang “Log Masuk”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan kata laluan yang sah seperti pada Rajah di atas
  4. Seterusnya, klik pada butang “Log Masuk”.
  5. Pemohon yang layak akan diminta untuk menghadiri temu duga yang telah ditetapkan dan pemohon perlu muat turun borang permohonan tersebut.
  6. Akhir sekali, cetak dan bawa borang pengambilan tudm 2023 ketika sesi temu duga.
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia