Semak Duit Dalam Ic: Cara Keluarkan Wang Mykad

Cara cek dan Semak Duit Dalam Ic, berapa baki ada: Cara topup dan Keluarkan Wang dalam Mykad / kad pengenalan

semak duit dalam ic

Kad pengenalan warganegara Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilengkapi dengan ciri-ciri Tounch N Go. Kad pengenalan juga berfungsi sebagai kad Touch N Go yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran tol.

Bukan itu sahaja, pengguna yang menggunakan kad pengenalan untuk membayar tol, mereka perlu menambah nilai ke dalam kad pengenalan tersebut.

BACA SINI >> Mykad: Semakan Bantuan RM100 www.jpn.gov.my

Oleh itu, kad pengenalan pengguna akan mempunyai duit di dalamnya apabila mykad tersebut ditambah nilai. 

Cara Cek Duit Dalam IC Mykad, Semak Berapa Baki?

Pengguna mestilah sentiasa memastikan wang yang terdapat dalam kad pengenalan mereka mencukupi jika mereka menggunakan kad pengenalan sebagai salah satu medium pembayaran tol.

Cara semak baki wang dan duit di dalam MyKad pengguna boleh dilakukan menerusi aplikasi Touch N Go e-Wallet.

Berikut merupakan cara cara untuk semak duit yang terdapat di dalam MyKad pengguna;

cara cek duit dalam mykad
  1. Muat turun dan buka aplikasi Touch N Go pengguna seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada ikon “TNG Card”.
  3. Kemudian, klik pada butang “Add New Card”.
  4. Masukkan nombor siri kad pengenalan (Nombor MFG)  dan nama pengguna dengan betul.
  5. Klik pada butang “Submit”.
  6. Akhir sekali, semak baki duit tak dituntut dalam ic / dalam MyKad pengguna akan dipaparkan.

Mudah sahaja bukan, cara cek duit dalam mykad. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Cara Keluarkan Tuntutan Duit Dalam IC

Pengguna boleh membuat tuntutan pada duit yang terdapat di dalam MyKad pengguna jika ianya sudah lama tidak digunakan.

Pengguna akan menerima pulangan wang mereka di mana ianya akan dikreditkan ke dalam akaun bank pengguna.

Tuntutan atau pengeluaran refund duit dalam ic boleh dilakukan secara online.

Berikut merupakan cara untuk membuat tuntutan wang di dalam kad pengenalan;

  1. Layari laman sesawang https://egumis.anm.gov.my
  2. Klik pada bahagian “Pendaftaran”.
  3. Isi maklumat peribadi pengguna dengan betul dan lengkap.
  4. Kemudian, klik pada butang “Daftar”.
  5. Seterusnya, log masuk semula ke akaun pengguna.
  6. Halaman utama akan dipaparkan kepada pengguna dan pengguna hendaklah klik pada bahagian “Semakan”.
  7. Klik pada bahagian “KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT”.
  8. Selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan pengguna.
  9. Senarai rekod carian akan dipaparkan kepada pengguna.
  10. Klik pada butang “Teruskan dengan Permohonan”.
  11. Pengguna dikehendaki mengisi maklumat peribadi diri pengguna dan info berkaitan bank akaun pengguna dengan lengkap dan klik pada butang “Simpan”.
  12. Klik pada butang “Seterusnya”.
  13. Pengguna hendaklah memuat naik dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan tuntutan wang di dalam kad pengguna.
  14. Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan tuntutan dan permohonan tersebut akan diproses serta dikreditkan ke dalam akaun pengguna.

Cara Topup Duit Dalam IC

Tambah nilai ke dalam kad ini boleh dilakukan dengan dua (2) cara.

Tambah nilai ini boleh dilakukan di mana-mana kedai serbaneka yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai seperti 7Eleven atau mana-mana stesen minyak.

Bukan itu sahaja, tambah nilai ini juga boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi Touch N Go e-Wallet.

Pengguna hanya perlu klik pada butang “Reload” untuk menambah nilai.

Adakah Ada Tarikh Expired Untuk Keluar Duit Dalam IC

Pengguna yang mempunyai wang di dalam kad mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja.

Tiada tarikh luput bagi pengguna untuk mengeluarkan wang yang terdapat dalam kad pengguna. Jadi anda sama sekali tidak perlu risau dengan sebarang isu kad pengenalan touch n go tamat tempoh. 

Jadi anda boleh tuntut duit dalam ic jika masih ada balance / baki.

NOTA: Semoga perkongsian ‘how to check mykad touch n go balance’ memudahkan anda membuat semakan nanti. 

Senarai Fungsi IC

Kad ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan kad identiti diri rakyat negara ini.

Bukan itu sahaja, banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan kad ini.

Antara senarai kegunaan kad pengenalan adalah seperti berikut;

1. Bayar Tol

Ada banyak cara guna duit dalam ic. Antaranya ialah kad pengenalan rakyat Malaysia boleh digunakan di mana-mana plaza tol untuk membuat pembayaran tol.

Pengguna hanya perlu menambah nilai ke dalam kad pengenalan tersebut agar ianya boleh digunakan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan wang di dalam kad.

Ini kerana kad pengenalan Malaysia mempunyai ciri-ciri seperti Touch N Go. Pengguna boleh menggunakan mykad sahaja tanpa perlu ada kad fizikal TNG untuk membuat pembayaran tol melalui touch n go.

Hal ini juga dapat memudahkan pengguna tanpa perlu mempunyai banyak kad TNG.

2. Mohon Bantuan Kerajaan

Kad pengenalan adalah merupakan identiti pengguna. Untuk membuat apa-apa sahaja permohonan bantuan kerajaan, pengguna mestilah pemegang kad pengenalan Malaysia yang sah.

Permohonan bantuan kerajaan tanpa kad pengenalan yang sah akan ditolak kerana ia merupakan syarat kelayakan yang pertama yang wajib dipenuhi.

Antara bantuan kerajaan yang memerlukan kad pengenalan adalah seperti Sumbangan Tunai Rahmah 2023 dan banyak lagi.

3. Urusan Rasmi Dengan Agensi Kerajaan

Kad pengenalan juga diperlukan apabila berurusan dengan urusan rasmi dengan mana-mana agensi kerajaan.

Pengguna akan dikehendaki untuk menunjukkan kad pengenalan mereka jika ingin berurusan dengan agensi kerajaan.

Ianya adalah untuk memastikan setiap urusan yang dijalankan adalah tertakluk pada undang-undang.

Rakyat Malaysia yang gagal mengemukakan kad pengenalan apabila terlibat dengan urusan rasmi dengan agensi kerajaan akan dianggap sebagai warga asing.

4. Keluar Negara

Kad pengenalan dan passport Malaysia, kedua-duanya merupakan dokumen identiti yang wajib dikemukan apabila ingin keluar negara.

Passport Malaysia akan menggantikan kad pengenalan dan berfungsi sama seperti kad pengenalan apabila rakyat Malaysia ke luar negara.

Ianya penting untuk memastikan masyarakat hari ini menyalahgunakan identiti mereka untuk melakukan urusan yang melanggar undanng-undang negara.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia