Renew Driving License Malaysia renewal: Cara Buat International driving License jpj online
Ramai yang bertanya kami bagaimana cara untuk renew driving license di malaysia. Ada juga yang bertanya bagaimana pula untuk cara buat international driving license malaysia?
BACA SINI >> Keputusan JpjeBid Result: Cara Bid No Plate Online
Ia sangat mudah dan senang. Ia boleh dilakukan secara fizikal dan juga melalui kaedah jpj driving license online. Perkongsian seperti di bawah ini. Teruskan membaca…
BACA SINI >> Myjpj App: e-LKM e-LMM Digital Road Tax Online Malaysia
Cara Renew Driving License Malaysia Online Tempoh 10 Tahun
Seperti di bawah ini kami kongsikan cara buat jpj online renew license. Tidak perlu lagi renew driving license di kaunter tempat anda samada di Putrajaya Melaka Sabah Sarawak Kedah Perak Terengganu Kelantan Pahang Pupau Pinang Penang Johor Negeri Sembilan Selangor Kuala Lumpur KL.
Pemegang lesen memandu Malaysia dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu mereka untuk tempoh 10 tahun.
Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM270 untuk tempoh dan jangka masa 10 tahun tersebut.
Pembaharuan dan cara renew driving license online Malaysia dan berikut adalah cara-caranya;
- Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my
- Log masuk ke akaun pengguna dengan memasukkan ID Pengguna, kata laluan dan kod sekuriti serta klik pada butang “Log Masuk”.
- Pada paparan menu utama, klik pada bahagian “Lesen Memandu”.
- Seterusnya, pilih bahagian “Pembaharuan Lesen Memandu”.
- Kemudian, pada bahagian jenis lesen, pengguna perlu pilih “Lesen Memandu Kompeten”.
- Pilih tempoh pembaharuan lesen memandu iaitu 10 tahun.
- Klik pada butang “Cari”.
- Pilih kaedah pembayaran dan klik pada butang “Bayar”.
- Akhir sekali, cetak lesen memandu pemandu secara digital.
Renew Driving License di Post Office Malaysia 2023
Urusan pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan di Pejabat Pos Malaysia bermula pada tahun 2016.
Antara lesen yang boleh diperbaharui di Pejabat Pos Malaysia ialah lesen LDL dan CDL.
Pemohon perlu membawa dokumen-dokumen seperti kad pengenalan dan lesen memandu asal bagi tujuan pembaharuan untuk tempoh masa setahun sehingga lima (5) tahun.
Cara Buat International Driving License Malaysia
Permohonan permit memandu antarabangsa perlu dipohon menerusi mana-mana cawangan JPJ dan juga boleh dipohon secara atas talian menerusi aplikasi MySikap.
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti mempunyai license kompeten (CDL) yang sah dan pemilik yang tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana agensi sahaja boleh memohon permit memandu antarabangsa (IDP).
Dokumen yang lengkap seperti kad pengenalan diri, lesen memandu kompeten (CDL) dan gambar berukuran passport perlu dibawa ketika ingin membuat permohonan IDP atau dimuat naik apabila melakukan permohonan atas talian.
Bayaran perlu dilakukan untuk mendapatkan permit tersebut. Permit tersebut hanya sah laku untuk tempoh 1 tahun sahaja.
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan IDP secara atas talian;
- Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my
- Log masuk ke akaun pengguna.
- Klik pada bahagian “Drivingg License” pada paparan menu utama.
- Pilih transaksi “Permit Memandu Antarabangsa (IDP)”.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat lesen dengan betul.
- Kemudian, klik pada butang “Bayar”.
- Seterusnya, pilih kaedah pembayaran dan klik pada butang “Bayar” sekali lagi.
- Klik pada butang “Teruskan” untuk meneruskan transaksi pembayaran.
- Akhir sekali, pembayaran dan permohonan IDP berjaya dilakukan.
Semakan Pengesahan Lesen Memandu
Aplikasi MySikap juga menawarkan perkhidmatan semakan untuk pengesahan lesen memandu pengguna.
Berikut adalah cara cara untuk membuat semakan pengesahan lesen memandu JPJ;
- Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my
- Log masuk ke akaun pengguna.
- Pada paparan menu utama, klik pada bahagian “License”.
- Kemudian, klik pada bahagian “Cabutan maklumat license”.
- Pilih transaksi “Pengesahan” dan klik pada butang “Cari”.
- Akhir sekali, maklumat berkenaan pemilik akan dipaparkan seperti pada Rajah di bawah ini

Cara Renew My P License Online
Pembaharuan lesen memandu P mestilah dilakukan di mana-mana cawangan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pembaharuan lesen memandu P ini tidak boleh diperbaharui secara atas talian.
Hanya lesen memandu kompeten sahaja yang boleh diperbaharui secara atas talian.
Kesan Tak Bawa Driving License di Malaysia
Kegagalan untuk membawa lesen memandu ketika memandu di jalan raya adalah merupakan sebuah kesalahan di sisi undang-undang.
Pemandu boleh disaman kerana ianya merupakan salah satu kesalahan mengikut undang-undang pengangkutan jalan raya.
Pemandu juga boleh dihadapkan dengan tindakan mahkamah dan didenda sehingga RM300.
Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap pemandu memandu mengikut undang-undang yang sah.
Walaubagaimanapun, kerajaan telah memberi kelonggaran dengan membenarkan pengguna jalan raya untuk tidak membawa lesen memandu secara fizikal.
Lesen memandu digital boleh dikemukakan jika berlaku sekatan jalan raya.
Lesen memandu ini boleh dipaparkan menerusi aplikasi MyJPJ.

Denda Penalti Jika Hilang P License
Lesen memandu P merupakan lesen yang dikeluarkan bagi tempoh 2 tahun bagi tujuan percubaan.
Setelah 2 tahun, pemandu perlu hadir ke JPJ untuk membuat pembaharuan lesen tanpa P.
Namun, jika lesen memandu P pemandu telah hilang, pemandu perlu hadir ke pejabat JPJ untuk membuat aduan atas sebab kehilangan.
Denda perlu dibayar sebagai tanda kecuaian.