Pengumuman jangkaan dan ramalan agihan dividen asb 2020 dapat berapa peratus, tarikh keluar pengeluaran dan Cara Pengiraan bonus asb untuk tahun 2021
Kami pasti ramai di sini yang melakukan simpanan di Amanah Saham Bumiputera asb.
Selain mengharapkan dan memberikan jangkaan untuk mendapatkan pulangan lumayan dan ada juga yang cuba untuk memaksimakan pulangan asb melalui teknik ASB loan.
Macam-macam cara yang ada. Sila cuba sistem asb online ini jikalau anda semak pelaburan anda secara online di portal myasnb, sangat mudah dan senang
Yang paling pentingnya semuanya mengharapkan ada kenaikan pengagihan pendapatan asb berbanding tahun sebelumnya.
Senarai Kandungan Penting:
Pengumuman Dividen ASB 2020
Boleh semak sejarah agihan pemodalan nasional berhad pnb melalui amanah saham bumiputera dividen asb setiap tahun
TAHUN | AGIHAN | JUMLAH |
---|---|---|
2021 | – | |
2020 (TERKINI) | 4.25 peratus + tambahan bonus asb 0.75 peratus untuk 30 ribu unit pertama sahaja | 5 PERATUS |
2019 | 5.0 peratus + 0.5 (bonus) | 5.5 PERATUS |
2018 | 6.5 peratus (dividen) + 0.5 (bonus) | 7 PERATUS |
2017 | 7.00 (dividen) + 1.25 peratus (bonus) | 8.25 PERATUS |
Tarikh akhir boleh keluarkan asb atau last date to withdraw asb 2020 adalah 21 Disember 2020. Ini kerana tarikh tutup akaun asb sedang bermula 22 Disember 2020 hingga ditutup pada 3 Januari 2021.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Tarikh akhir pengeluaran asb 2020 | 21 DISEMBER 2020 |
Ini pula Semak sejarah pengumuman dividen dan bonus dari tahun 1990 sehingga tahun 2017
NOTA : Semua angka pengumuman dividen dan bonus ini diletakkan dalam sen seunit
Tarikh Pengeluaran ASB 2021
Kepada yang mahu tahu bila agihan dividen asb dibayar boleh semak butiran pada jadual di bawah
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Tarikh Pengeluaran ASB 2021 | Minggu pertama Januari 2021, tarikh rasmi dikemaskinikan |
Cara Kira Bonus ASB 2021
1. Anda perlu kira purata simpanan minimum setiap bulan dari bulan januari sehingga bulan Disember yang akan didarabkan dengan kadar yang diumumkan seperti mana yang diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad, https://www.asnb.com.my/asnbv2_2funds.php#asb
2. Contoh cara kira adalah seperti berikut:
- SITUASI PERTAMA : Jamal ada simpanan ASB sejumlah RM10,000 yang mana beliau tidak pernah sekalipun mengeluar simpanan beliau sehingga hujung tahun bulan Disember. Ini bermakna simpanan minimum beliau setiap bulan adalah RM10,000. Ini sekaligus membolehkan beliau menerima pulangan. Jadi RM10,000 akan didadarabkan dengan kadar yang diumumkan
- SITUASI KEDUA : Aishah ada melakukan simpanan permulaan dengan ASB di awal tahun sebanyak RM20,000. Walaubagaimanapun, pada bulan MAC beliau mengeluar RM3,000. Dan bulan November beliau sekali lagi mengeluarkan RM5,000 daripada simpanan ASB beliau. Oleh itu baki simpanan adalah seperti berikut :
Bulan – Simpanan minimum
- Januari : RM20 ribu
- Februari : RM20 ribu
- Mac : RM17 ribu
- April : RM17 ribu
- Mei : RM17 ribu
- Jun : RM17 ribu
- Julai : RM17 ribu
- Ogos : RM17 ribu
- September : RM17 ribu
- Oktober : RM17 ribu
- November : RM12 ribu
- Disember : RM12 ribu
Daripada purata simpanan minimum setiap bulan akan didarab dengan kadar dividen asb 2020 malaysia yang diumumkan tahun ini. Jelas?
3. Cara Pengiraan dividen juga sama dengan bonus.
Nampaknya jangkaan dan anggaran dividen asb dividend 2020 diramal ramai orang akan lebih rendah daripada tahun lepas amat tepat. Bagaimana pula agaknya ramalan untuk tahun depan.
Semestinya ramai yang mahukan pulangan yang lebih tinggi. Setinggi harapan mereka kepada kerajaan Malaysia
Soalan Lazim Dividen ASB
1. Berapa had pengeluaran asb di pejabat pos 2021
Kami nasihatkan anda tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan pejabat pos, terpaksa beratur panjang. Gunakan sahaja portal myasnb untuk tujuan pengeluaran
2. Bila kaunter asb tutup
Pukul 4 petang, tidak kira di pejabat cawangan asb atau urusan di Alliance Bank, Ambank, Bank Muamalat, Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional BSN, Hong Leong Bank, Bank Islam ataupun POS Malaysia
P/S : Hukum asb adalah harus. Jadi usah ragu-ragu untuk terus meningkatkan pelaburan di dalam tabung amanah saham bumiputera anda bagi mendapatkan dividen asb yang lebih tinggi.