≡ BACK

Diskaun Saman Trafik : Saman Polis Pdrm Dikurangkan 50 peratus

Berita Tawaran Diskaun Saman Trafik atau saman polis pdrm dikurangkan sebanyak 50 peratus

Untuk tinjaun yang mypt3 lakukan, nampaknya rakyat malaysia yang ada menerima saman trafik tidak menunggu lama untuk beratur panjang di kebanyakan balai polis di kuala lumpur.

diskaun saman trafik

Ini semua gara berita terkini pengumuman Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) diskaun saman polis pdrm sebanyak 50 peratus (diskaun 50 saman trafik).

Akhirnya ramai yang berpusu pusu dan bersesak sesak di balai polis bahagian trafik yang berdekatan. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk buat rayuan. Sebaliknya saman trafik boleh dikurangkan dengan tawaran diskaun yang diberikan PDRM sekarang ini

Mypt3 sarankan anda lakukan semakan online terlebih dahulu samada melalui MYEG ataupun sistem semakan summon ini bagi mengetahui berapa sebenarnya saman yang tertunggak untuk anda terus lakukan bayaran di kaunter yang tersenarai seperti di bawah ini

Lokasi Bayar Diskaun Saman Polis Trafik

  1. Kaunter di TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru Kalang
  2. Kaunter Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur

Antara Kesalahan Trafik Yang Tak Dapat Diskaun

diskaun saman polis

  1. Saman yang telah menerima status NC (Non Compaun)
  2. Lori yang telah menerima saman
  3. Kes saman anda yang sedang dalam tempoh perbicaraan mahkamah
  4. Saman yang anda terima pada tahun ini
  5. Anda telah menerima waran untuk sama yang diterima

Cadangan Pembayaran Diskaun Saman trafik

Pengumuman summon discount ini sudah cukup bagus tetapi mekanisme perlu dipermudahkan

Ramai yang mahu penawaran tawaran diskaun saman trafik ini dipertingkatan

  1. Adakan kaunter bayaran untuk warga emas
  2. Adakan kaunter bayaran untuk wanita, golongan ibu. Takkan mereka terpaksa bersesak sesak dengan golongan lelaki yang lebih bertenaga bukan
  3. Diharap buka untuk lebih banyak hari untuk pembayaran dilakukan supaya lebih ramai dapat manfaat selain pada hari bekerja
  4. Jikalau dapat tawar sistem bayar saman online untuk tawaran diskaun saman trafik adalah lebih baik dan memudahkan. Mudah. Tidak perlu bersesak-sesak di balai polis
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Semak Saman Polis Trafik : Cara Check Saman JPJ Online Cara Check Saman JPJ dan Semak Saman Polis Trafik Secara Online oleh Polis Diraja Malaysia PDRM. Kerajaan sudah sediakan infrastruktur dan kemudahan …
Di Mana Letak Kamera dan Lokasi AES di Seluruh Malaysia Di Mana Letak Kamera dan Lokasi AES di Seluruh Malaysia Banyak persoalan hari yang timbul selepas terbentuknya Malaysia baru. iaitu kamera Aes malays…