Larangan Merokok di Kedai Makan: Ingkar Kena Denda RM10 Ribu

Larangan Merokok di Kedai Makan (Ingkar Kena Denda RM10 Ribu) bermula 1 januari 2020

larangan merokok

Hati-hati tiada lagi larangan merokok ditangguhkan. Akta dan undang-undang baru ini akan dikuatkuasakan dan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.

Jadi kepada perokok, sila ambil maklum berita penting ini. Anda tidak boleh sama sekali merokok sesuka hati di kawasan terbuka seperti sebelum-sebelum ini.

Jika anda ditangkap, dan didapti bersalah anda boleh kena denda RM10 ribu atau penjara 2 tahun.  Kami dimaklumkan kakitangan Kementerian kesihatan Malaysia KKM akan dikerah secara besar-besar di seluruh negara di kawasan dan premis yang sering jadi tumpuan ramai untuk menghisap rokok.

Jadi sayangilah duit anda. Jangan jadikan diri anda salah seorang yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman berat seperti di atas.

Kawasan Larangan Merokok di Kedai Makan

Boleh semak perhatikan kawasan yang mana anda dilarang merokok.

  • Seperti yang kami katakan, anda tidak boleh merokok di kedai makan.
  • Jikalau anda mahu merokok juga, pastikan anda berada 3m di luar kawasan premis kedai makan tersebut.

Larangan ini dilakukan supaya gejala dan tabiat merokok anda tidak menjejaskan kesihatan perokok pasif di sekeliling anda.

Aduan Merokok

merokok di kedai makan

Tiada gunanya anda merungut dengan orang-orang disekeliling yang masih merokok di kedai makan. Buatlah aduan.

Kalangan yang merokok di tempat awam ini biasanya tidak berguna untuk ditegur. ‘Tidak makan saman‘. Ada saluran untuk membuat aduan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menyediakan saluran untuk anda membuat aduan. Ada 2 cara :

Aduan melalui telefon hotline

  • Anda boleh terus hubungi di nombor ini : 03-8892 4530

Aduan melalui Whatapps

  1. Lagi baik anda ambil gambar sebagai bukti. Gambar kawasan larangan merokok dan juga perokok yang melanggar undang-undang dan akta larangan merokok
  2. Hantar aduan secara bergambar ke nombor ini : 10-860 8949

aduan merokok

Jangan jadikan diri anda terus-terusan sebagai ‘perokok pasif’

SUMBER: https://web.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156496078411237

P/S : Kita bukannya menganaktirikan golongan perokok, tetapi kita mahu mendidik dan memberikan pengajaran supaya merokok di tempat yang sesuai. Hormati sensitiviti dan perasan orang sekeliling ketika merokok di tempat terbuka.

PP/S : Ayuh sebarkan infografik dan maklumat penting ini dengan orang sekeliling anda. Jangan biarkan mereka terlepas pandang hak mereka dan ahli keluarga yang merokok daripada kena denda merokok sehingga RM10 ribu. Banyak tuuuu!!