Deko Dapur Masak Moden Bajet & Murah: Buat Sendiri

Cara buat sendiri dan secara diy untuk design dan deko dapur masak moden yang simple tapi cantik untuk kos bajet & harga murah, boleh tiru idea ini pengubahsuaian tahun 2023

cara deko dapur masak bajet dan moden 2023

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezekinya dapat saya siap deko dapur masak yang moden acah kayangan buat sang isteri tercinta tetapi masih lagi bajet murah. Dapur umpama jantung bagi sesebuah rumah dan merupakan ofis bagi sang isteri. Saya mengambil masa hampir 3 bulan untuk renovate dan deko dapur masak sendiri secara diy sehingga siap sepenuhnya.

Asalnya nak siapkan sebelum 17 september sempena hadiah hari lahir isteri. Tetapi apakan daya kita hanya merancang. Hampir 90 peratus proses design dan deko dapur termasuk pasang kabinet dapur ini adalah dibuat sendiri dan secara diy. Daripada pemasangan table top, pasang jubin, plaster siling, kabinet, plumbing & wiring semua dibuat sendiri dan secara diy.

Dengan keadaan harga barang sekarang yang naik berkali-kali ganda. Cara yang paling mudah dan senang untuk cut cost dan menjimatkan adalah dengan buat sendiri.

Hanya upah orang pasang sliding glass door, quartz stone & tukar pintu besi belakang. Ternyata buat dapur secara solo dan diy amat-amat memenatkan.

Cara Deko Dapur Masak 2023

Saya suka ingin kongsikan cara buat kabinet secara keseluruhan proses design dan renovate dapur rumah kecil saya bersama keluarga tersayang. Butiran lebih lanjut boleh semak turutan gambar yang dikongsikan seperti di bawah ini. Teruskan membaca….

1) Pasang Partition Glass Door

cara buat partition glass door

Kalau dah namanya ofis untuk isteri tersayang, kena ada bilik. Acah-acah bilik manager.

Pasang partiton glass door ini buat dari kontraktor Partition GLASS pilihan sendiri, kualiti terbaik dan harga murah dan berbaloi.

2) Warna Dapur & Kitchen Kabinet

Apabila dapur sudah lawa dan cantik, baru la sang isteri rasa semangat nak memasak. Bila masak tidak akan ada bau asap sampai ke ruang tamu.

pasang kitchen kabinet

Tema warna dapur yang jadi pilihan saya adalah black gold. Nak cuba kelainan sedikit dalam pemilihan warna hitam sebab kebanyakan dapur rumah lain warna putih.

contoh kabinet daput terkini

Apabila dapur warna hitam, lampu memainkan peranan penting untuk menerangi bibit-bibit penjuru dapur tersebut.

Lampu led dipasang di bawah kabinet dapur bagi menerangi kawasan sinki dan lampu dinding dipasang untuk menaikkan mood romantik.

3) Diy Shiplap Wall

dinding dapur rumah

Dinding belah kanan ni namanya shiplap wall. Rancangan asal sebenarnya nak cat shiplap ini warna hitam.

Tapi nanti rasa akan gelap sangat pula dapur rumah sebab kitchen cabinet semua dah hitam. seminggu lebih juga bincang dengan isteri fikir nak cat warna apa shiplap ini.

Itu belum lg nk fikir tentang warna backsplash, flooring lagi.

shiplap wall dapur

Ini pula contoh gambar kabinet dapur & ruangan dapur dari sudut dalam. Rekabentuk dapur ini memanjang sebab asalnya kawasan ini adalah bahagian luar rumah dan telah disambung. Akhirnya jadilah satu ruang dapur dimana itulah wet kitchen dan itulah dry kitchen.

Ditambah pula dengan partiton glass door jadilah macam satu bilik asing yang tidak bercampur orang.

4) Pintu Bilik Air Dapur (Bifold)

contoh pintu bilik air dapur

Pintu bifold itu adalah pintu bilik air. Beli di shopee dan pasang sendiri. Pemasangannya mudah cuma kita kena bagi ukuran rangka pintu yang tepat pada seller.

Ditambah pula dengan shiplap warna putih dan dihiasi lampu dinding ala vintage membuatkan saya rasa jatuh cinta.

Paip Dapur Masak

Bila dapur tema gold hitam, faucet pun kita cari cari warna gold.

Kegunaan potfiller ini sebenarnya untuk memudahkan isi air dalam periuk tanpa perlu angkat periuk tersebut ke sinki. Senang kata tak perlu ulang alik ke sinki semasa masak.

Tetapi jika dapur kecil dan sempit antara sinki dengan burner tetapi nak juga pasang potfiller ni itu namanya mengada-ngada. Huhu.

Cuma apabila benda cantik dia datang pakej dengan risiko sekali. Jikalau potfiller ini leaking dekat backsplash wall, memang masalah.

Power point plug ini pula namanya rail socket. Socket itu kita boleh cabut dan pasang ikut suka. ada jual macam-macam warna dan ukuran.

Adapter boleh tukar samada socket 3pin atau usb mengikut kegunaan.

paip sinki dapur

Pull Out Drawer

pull out drawer

Antara kitchen hood dengan kabinet dapur ada ruang dalam 150mm. Bagi mengelakkan tiada pembaziran ruang, saya memanfaatkan ruang tersebut dengan membuat pull out drawer untuk mengisi kicap, sos dan sebagainya.

Drawer pull out belah kiri ini adalah untuk letak spice. Manakal drawer belah kanan buat untuk gantung kuali. Selain nampak tersusun ianya memudahkan untuk diambil sebab terletak dekat dengan stove.

Pasang Meja Lipa di Dapur

meja dapur

Meja ini boleh buka dan lipat apabila tidak digunakan. Meja lipat ini berfungsi membentuk ruang kerja yang terhad antara kawasan dapur masak.

Kawasan persiapan memasak, kawasan buat kek, sekaligus menyelesaikan masalah ruang dapur yang sempit.

Contoh Gambar Dapur Lama (Kerja Bermula)

contoh gambar dapur lama

Inilah keadaan dapur asal sebelum renovate. Table top asal agak rendah sedikit. Kena tunduk sedikit apabila nak basuh pinggan.

Pasang Paster Siling Dapur

pasang plaster siling dapur

Sebelum pasang plaster siling kena buat rangka terlebih dahulu. Kerja pasang plaster siling ini boleh buat sendiri dan ada cara dengan menggunakan kayu alas untuk ampu siling.

Masa nak pasang siling ini pun minta tolong isteri pegang kayu ampu itu sebelum nak skru siling itu ke rangka.

Cara buat dan pasang plaster siling boleh belajar secara sendiri dan diy di youtube.

Hacking Dinding Dapur Rumah

hacking dinding dapur

Ini lagi satu gambar yang menggamit sengal-sengal otot. Kerja-kerja hacking buang jubin lama, pecahkan table top, hacking laluan paip wiring semua dibuat dengan penuh kerakusan.4 hingga 5 hari juga mengadap kerja-kerja ni.

Habuk habis sampai ke ruang tamu walaupun dah tutup dengan kanvas di kawasan dapur ini. Lega apabila sudah selesai kerja-kerja paling berat untuk renovation dapur ini.

Wiring Dapur Rumah

wiring dapur rumah

Dapur merupakan kawasan yang menggunakan beban yang paling tinggi sekali sebab dekat dapur ada peti ais, penapis air, oven, kitchen hood dan sebagainya. Justeru itu seeloknya wiring bagi soket hendaklah ditarik terus dari DB utama dan untuk satu litar tidak berkongsi banyak soket.

Jika ada modal lebih gunakan kabel bersaiz 4mm utk soket yg menggunakan beban besar seperti oven, peti ais & penapis air. Semakin besar saiz kabel semakin banyak kelegaan arus yang mengalir dalam kabel tersebut.

Bagi wiring baru di laluan atas siling boleh gunakan trunking pvc untuk memudahkan kerja tarik kabel sekaligus memudahkan kerja penambahan wiring di masa akan datang.

Pasang Lampu Dapur

lampu dapur

Ini pada masa pasang semula jubin baru. Semestinya tidak sempurna keadaannya bagi orang yang pertama kali bekerja. Ada senget sikit dan tidak sekata. Tetapi bahagian itu tutup dengan kabinet dapur dan sticker.

Cara Gantung Kabinet Dapur

cara pasang siap kabinet dapur

Untuk tutup jubin lama, saya guna wallpaper wallpaper corak marble beli di shopee. Gam wallpaper ini sangat kuat bila lekat dijubin. Kalau lekat senget dan nak cabut semula memang sudah tidak cantik.

Cara gantung kabinet dapur sendiri, saya pakai pakai L braket heavy duty pasang 8 batang untuk support dari bawah dan pasang dalam kitchen cabinet untuk support bahagian atas.

Cara buat dan gantung kabinet dapur sendiri yang betul sepatutnya guna kaedah cleat iaitu ada papan melintang di belakang kabinet dan di dinding yang akan slot masuk bersama.

Tetapi kabinet dapur ini, saya first time buat dan dah buat tanpa pasang papan cleat tersebut. Jadi kita guna kaedah gantung cara lain asalkan boleh gantung dan kukuh.

Deko Dapur Dengan Pasang Shiplap

deko dapur dengan shiplap

Ini semasa proses pasang shiplap untuk tujuan deko dapur. Acah-acah nak nampak macam rumah kampung. Shiplap ini pun ambil masa seminggu lebih juga untuk disiapkan disebabkan buat lepas waktu kerja.

Pasang Kabinet Dapur Masak

pasang kabinet dapur masak

Ini pula masa sudah siap rangka kabinet dapur masak. Tunggu hendak masuk quartz stone sahaja untuk di bahagian atas.

Alas tabletop sebelum letak quartz stone itu pakai simen board size 12mm dan dikukuhkan dengan besi c-channel di bawah dia.

Nak pasang quartz stone itu pun pelbagai dugaan sebab orang itu 2, 3 kali datang sebab salah ukuran. Nasib baik, kilang dia dekat sahaja dengan rumah.

Lantai itu pula tampal pakai vinyl.

Pasang Laci

dapur simple tapi cantik

Projek melamine board ini, saya terus beli dari kilang. Beli banyak dia hantar terus sampai ke rumah tanpa cas.

Dan disebabkan terikat dengan kekangan kerja, laci dan pintu kabinet dibuat sikit-sikit ikut pada masa kelapangan.

Rak Dapur Moden

rak moden

Rak untuk oven dan microvawe ini buat kotak siap-siap sebelum slot masuk ke dalam.

Jubin di kabinet ini saya tampal guna gam x-bond sahaja. Selepas itu letak grout seperti biasa. Jika mahu lebih kemas penyambungan jubin terakhir di dinding disambung ke kabinet mengikut lebihan ukuran jubin pada sudut 90darjah.

Baru sekata dan kemas penyambungan tersebut.

Siap! Deko Dapur Masak Moden Dan Simple Tapi Cantik

gambar deko dapur masak

Beginilah dapur yang sudah kemas dan dapat sentuhan deko.

P/S: Sumber perkongsian dari Encik Dauz Zeze

Semoga dengan perkongsian ini membantu anda design dan deko dapur masak kecil yang nampak moden, simple tetapi masih lagi cantik pada bajet kos yang lebh murah.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia