Deko Balkoni Rumah teres 2 Tingkat Bertukar Cantik Dengan Barangan Preloved
Sekarang jikalau diperhatikan sudah jadi trend kalangan pemaju dan developer apabila membina rumah teres dua tingkat dibuatnya ‘balkoni’ setengah jalan.
Kita boleh lihat sendiri daripada berpuluh unit untuk setiap taman yang dibangunkan, ada satu dua sahaja pemilih rumah yang melakukan dekorasi atau renovasi di bahagian balkoni masing-masing.
Samada diluaskan balkoni, dipanjangkan bilik tidur utama ataupun dekorasi rumah teres 2 tingkat untuk ruang balkoni masing-masing.
Ini yang dilakukan wanita ini terhadap ruang balkoni yang ada di rumah teres dua tingkat miliknya. Beliau telah ada idea tersendiri bagaimana cara beliau melakukan hiasan balkoni rumah teres miliknya. Yang menarik beliau berjaya melakukannya pada kos yang minimal dengan menggunakan banyak barang-barang preloved semata. Nah….ini hasilnya….
Deko Balkoni Untuk Mudah Anak Anak Bermain
Disebabkan halaman rumahnya tidak besar, jadi wanita ini gunakan ruang balkoni yang ada di tingkat atas untuk melakukan proses dekorasi.
- BACA SINI >> Cara menghapuskan anak-anai di rumah
- BACA SINI >> Cara Buat Kabinet Dapur Sendiri
Dengan harapan boleh menjadi tempat yang paling meriah dan seronok bermain di ruang balkoni sampai diperhati beliau dan suami sambil minum kopi di waktu petang.
Kos Buat Balkoni Yang Cantik
Disebabkan banyak menggunakan barang-barang preloved, jadi ia tidak menggunakan kos yang besar untuk melakukan dekorasi untuk balkoni bagi rumah anda.
Tetapi dek kerana barang-barang ini diletakkan di bahagian luar, jenama seperti little tikes menjadi pilihan untuk pembelian produk preloved. Ada barangan seperti playhouse dibeli preloved dan dicat semula.
Di situ sahaja banyak dapat dijimatkan berbanding beli yang baru.
BACA SINI: Sunway Belfield: Invest Dekat Property Menara merdeka 118
- Beli Artificial grass & playmat hitam di online shopping shopee dengan set harga 20pcs RM159 berukuran 1 pc 62cm x 62cm
- Gunakan double tap sahaja untuk buat line roadway. Sila pilih double tap yang menggunakan gam yang kuat
- Gunakan cloth tape untuk buat line permaianan teng teng
- Beli pic table di ikea
- Barang-barang playhouse diperolehi melalui pembelian di shopee
- Pokok depan playhouse dari ecoshop
- Pokok hiasan disekeliling dibeli dengan kos RM150 sahaja bagi mengelakkan anak-anak melanggar cermin
Pasang Bumbung
Buat masa sekarang di sebahagian ruang permainan anak -anak beliau telah dibuat bumbung. Jadi dibahagian playhouse jikalau hujan tidak terkena tempias.
Ia tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Akan ditambahbaik daripada masa ke semasa.
Walaubagaimanapun dibahagian anak-anak bermain pasir masih lagi boleh ditimpa hujan.
Mungkin boleh anda boleh cedok idea ini untuk melakukan hiasan balkoni flat kondominimum (kondo) atau rumah banglo anda.
Sharekan idea menarik di Facebook atau Whatapps pasangan anda! Jom kita deko.
P/S: Wanita ini sempat mengatakan sebelum ‘DITEMBAK’ oleh netizan, yang beliau memang sentiasa kunci pintu sliding dan hanya dibuka apabila ada beliau atau suami di ruang balkoni.
.