Daftar Syarikat: Company Enterprise Perkongsian & Sdn Bhd


Cara Daftar Syarikat Enterprise Perkongsian & Company Sdn Bhd

daftar syarikat enterprise

Sesebuah perniagaan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956.

Pendaftaran perlu dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh perniagaan tersebut dimulakan.

BACA SINI: Mydata login SSM Sign Up / Register Untuk Beli Maklumat Syarikat

Di Malaysia, terdapat empat jenis perniagaan yang boleh dibina iaitu pemilikan tunggal, rakan kongsi, syarikat sendirian berhad dan perkongsian liabiliti terhad.

Maksud Syarikat Enterprise di Malaysia

Perniagaan milikan tunggal juga sering dikenali sebagai Enterprise. 

Maksud dan ciri ciri yang ada pada syarikat enterprise dalam APP 1956 ditakrifkan sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dimiliki, diurus, dan dibiayai oleh seorang individu sahaja.

Anda sama sekali tidak memerlukan Modal dibenarkan untuk daftar enterprise. Tidak perlu sama sekali modal dibenarkan syarikat enterprise (syarikat pemilikan tunggal / syarikat perkongsian).

Pendaftaran Perniagaan Enterprise Melalui Kaunter SSM

  1. Kenalpasti lokasi pejabat SSM terdekat dan kunjungi pejabat tersebut.
  2. Pastikan anda membawa bersama kad pengenalan dan wang tunai untuk pembayaran kos pendaftaran
  3. Dalam perjalanan, anda boleh memikirkan nama perniagaan agar proses pendaftaran lebih cepat dan lancar.
  4. Setibanya di pejabat, dapatkan borang pendaftaran dan nombor giliran. Sementara menunggu giliran, anda boleh mengisi borang tersebut. 
  5. Apabila giliran anda dipanggil, hadir ke kaunter dan lunaskan pembayaran pendaftaran Enterprise anda.
  6. Akhir sekali, anda perlu menunggu dalam 45 minit untuk mendapatkan sijil pendaftaran anda dan anda boleh meneruskan perniagaan anda dengan sah.

BACA SINI: Untuk daftar syarikat enterprise ssm online secara online boleh terus rujuk di sini, Cara daftar ezbiz ssm online dan login

Kelebihan Daftar Syarikat Enterprise

syarikat enterprise

i. Daftar Enterprise Yang Mudah Dan Murah

Proses penubuhan atau pendaftaran enterprise (syarikat milikan tunggal / syarikat perkongsian) adalah sangat mudah di mana peniaga itu sendiri boleh mendaftar terus di kaunter SSM.

Selain daripada itu, proses kelulusan juga hanya mengambil masa dalam 1 jam dan kos daftar enterprise di Malaysia juga sangat murah. 

ii. Diyakini Dan Ada Kredibiliti

Dengan nombor perniagaan SSM, anda akan lebih dipercayai oleh pihak bank, kerajaan dan perniagaan kerana anda telah mendaftar perniagaan anda secara sah disisi undang-undang.

iii. Pembukaan Akaun Semasa

Setelah mendaftar perniagaan enterprise dengan SSM, anda boleh membuka akaun bank semasa.

Dengan adanya akaun semasa, pengurusan operasi dan kewangan perniagaan anda akan menjadi lebih mudah dan anda tidak perlu lagi menggunakan akaun peribadi.

iv. Patuh Undang-Undang

Setelah mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, anda boleh berniaga tenang kerana perniagaan anda sah di sisi undang-undang.

Anda tidak perlu risau didenda sehingga RM50000 atau penjara 2 tahun sekiranya didapati bersalah berniaga tanpa mendaftar.

v. Satu Bentuk Motivasi

Pendaftaran perniagaan anda membuatkan anda lebih bersemangat untuk berniaga.

Anda boleh menggunakan nama perniagaan anda untuk promosi tanpa risau.

SUMBER: Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Keburukan Daftar Ssm Untuk Company Enterprise

i. Liabiliti Tidak Terhad

Dari segi perundangan, perniagaan enterprise dan pemiliknya adalah satu badan.

Bermakna, sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap perniagaan tersebut juga akan memberi impak kepada pemiliknya.

Sekiranya, perniagaan tersebut terpaksa ditutup kerana muflis, maka pemiliknya juga turut diistyiharkan muflis dan berdepan kemungkin harta benda seperti rumah, kereta dan asset lain disita.

ii. Tiada Kesinambungan

Sekiranya pemilik atau salah seorang daripada pemilik perniagaan meninggal dunia, perniagaan akan terbubar.

iii. Kurang Kredibiliti

Sebagai sejenis perniagaan yang berkos rendah, enterprise memiliki kredibiliti yang rendah.

Ini bermakna agak mustahil untuk pelabur-pelabur untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.

Tambahan lagi, perniagaan ini tidak perlu menghantar sebarang laporan kewangan dan audit kepada SSM.

Anda boleh letak berapa banyak untuk pendapatan anda melibatkan gaji pemilik syarikat enterprise

iv. Kadar Cukai Yang Tinggi

Kadar cukai sehingga 28 peratus adalah lebih tinggi berbanding cukai syarikat sendirian berhad.

v. Kos Pendaftaran Enterprise SSM

Berikut adalah antara adalah kos pendaftaran tahunan perniagaan enterprise oleh SSM:

NOURUSANKOS
1Milikan tunggal dengan menggunakan nama sendiri sebagai nama company30.00
2Milikan tunggal atau perkongsian dengan nama tred60.00
3Pendaftaran cawangan 5.00
4Cetak maklumat pernigaan10.00

Syarikat Sdn Bhd (Company Sendirian Berhad)

Ciri ciri Syarikat Sendirian Berhad adalah ia merupakan sebuah entiti yang ditubuhkan oleh lebih daripada seorang individu yang digelar sebagai pemegang saham.

Syarikat ini perlu didaftar dengan SSM di bawah Akta Syarikat 1965.

syarikat sdn bhd

Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

  1. Bagi pendaftaran Syarikat Sdn Bhd anda tidak boleh mendaftar terus dengan SSM.
  2. Anda perlu mengenalpasti setiausaha syarikat yang bertauliah dan berlesen. Setiausaha Syarikat menyediakan khidmat penubuhan syarikat yang akan membantu anda untuk daftar sendirian berhad anda.
  3. Sediakan sekurang-kurang tiga cadangan nama syarikat untuk disemak oleh pihak setiausaha syarikat untuk melihat potensi nama syarikat pilihan anda diluluskan oleh SSM.
  4. Seterusnya, sediakan satu hingga maksimum tiga cadangan aktiviti perniagaan.
  5. Langkah seterusnya adalah menyediakan maklumat bakal pengarah syarikat. Maklumat ini termasuk nama, salinan kad pengenalan, alamat tempat tinggal, e-mel dan nombor telefon. Minimum bilangan pengarah yang diperlukan adalah seorang sahaja.
  6. Selepas itu, anda perlu menunggu sehingga 3 ke 5 hari untuk setiausaha syarikat untuk melengkapkan proses daftar sendirian berhad anda di SSM. 
  7. Syarat-syarat untuk menubuhkan sebuah syarikat adalah seperti berikut:
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu langganan syer syarikat.
  • Pengurusan syarikat sdn bhd di Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah yang merupakan permastatutin tetap 
  • Memiliki seorang setiausaha syarikat yang boleh terdiri daripada: 
  • Seorang ahli badan professional yang ditentukan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; atau
  • Seorang individu yang mempunyai lesen daripada SSM

Bagaimana jelas dengan perkongsian untuk contoh syarikat sdn bhd?

Dan satu lagi tidak boleh sama sekali daftar sdn bhd online, semuanya mesti melalui syarikat setiausaha.

Kenapa Perlu Daftar Syarikat Sdn Bhd

Persoalannya sekarang ini kenapa perlu daftar sdn bhd ? Apa kelebihan yang bakal anda terima? Teruskan membaca…

i. Liabiliti Terhad

Sekiranya syarikat mengalami kerugian dan terpaksa ditutup atau muflis, pemilik syarikat hanya akan menanggung kerugian setakat modal yang dilaburkan di dalam syarikat sahaja.

Ini bermakna asset persendirian lain yang didaftar atas nama sendiri sebagai nama company tidak akan terjejas dan atau disita.

ii. Kesinambungan 

Syarikat masih boleh terus beroperasi sekiranya adal dalam kalangan pemilik yang meninggal dunia atau menarik diri.

Pegangan saham pemilik itu tadi boleh dijual kepada pemilik baru dab syarikat tidak perlu dibubar

iii. Kredibiliti Yang Tinggi

Syarikat sendirian berhad adalah satu entiti perniagaan yang kukuh.

Ini menyebabkan pihak-pihak berkaitan seperti bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih percaya untuk berurusan seterusnya memudahkan syarikat untuk mendapatkan pinjaman, sumber bekalan yang berkualiti dan mudah untuk memenangi tender dari kerajaan.

Syarikat juga wajib menyediakan laporan kewangan yang disahkan oleh juruaudit.

Perkara ini dapat menjamin kewangan syarikat diurus dengan baik dan menambahkan keyakinan pelabur untuk melabur.

iv. Kadar Cukai Yang Rendah

Kadar cukai bagi perniagaan jenis syarikat adalah lebih rendah berbanding cukai untuk perniagaan individu.

Malah pemilik syarikat boleh membuat perancangan cukai yang sah bagi mendapatkan pengurangan cukai.

v. Dividen Bebas Dari Cukai

Pemilik syarikat sendirian berhad mengaut keuntungan dengan cara mengambil dividen.

Ini kerana, dividen syarikat adalah bebas daripada cuakai dan ini dapat menjimatkan kos syarikat.

vi. Tukar Hak Milik

Seseorang individu yang ingin menjadi pemilik bersama perlu memiliki saham di dalam syarikat.

Para pemegang saham ini berhak menjual saham mereka dan apabila berbuat demikian mereka bermaksud melepaskan status pemilikan syarikat.

Pembeli yang membeli saham terbabit pula akan dikira sebagai pemilik bersma yang baru.

vii. Melantik Pasukan Professional Untuk Mengurus Syarikat

Sekiranya pemilik syarikat memiliki pengalaman dan kemahiran yang kurang dalam mentadbir dan mengurus syarikat, mereka boleh melantik golongan professional untuk memainkan peranan tersebut.

Kumpulan individu ini digelar Lembaga pengarah yang bertanggungjawab mengurus dan menjana lebih banyak keuntungan.

viii. Potensi Yang Tinggi 

Pengurusan syarikat oleh golongan profesional mampu meningkatkan potensi syarikat untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Kelemahan Syarikat Sdn Bhd

  1. Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
  2. Saham syarikat sdn bhd tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
  3. Tiada istilah untuk anda dapatkan proses daftar syarikat sdn bhd murah. Ini kerana untuk jangka masa panjang komitmen tahunan ssm sdn agak tinggi.

Kos Pendaftaran Syarikat

Untuk undang-undang syarikat sdn bhd di bawah Akta Syarikat yang baru 2016, SSM ssm daftar sdn bhd mengenakan bayaran secara pukul rata iaitu RM1000 untuk setiap permohonan dan buka syarikat sdn bhd.

Bagi kami kos daftar syarikat sdn bhd murah dan masih lagi berpatutan.

Di bawah Akta Syarikat lama 1965, setiap permohonan untuk penubuhan syarikat hendaklah disertakan dengan modal buka syarikat sdn bhd seperti jadual berikut:

MODAL SAHAM YANG DIBENARKAN (RM)YURAN (RM)
Sehingga 400,0001,000
400,001 – 500,0003,000
500,001 – 1 juta5,000
1,000,001 – 5 juta8,000
5,000,001 – 10 juta10,000
10,000,001 – 25 juta20,000
25,000,001 – 50 juta40,000
50,000,001 – 100 juta50,000
100,000,001 dan keatas70,000

YouTube video

Adakah Ada Syarikat Sdn Bhd Untuk Dijual

Kepada yang sedang cari untuk beli syarikat sdn bhd yang ingin dijual, kami ada senarai syarikat yang tersedia pada ketika ini. Kami akan kemaskinikan daripada masa ke semasa KELAK!

Pemilihan Senarai Contoh Nama Syarikat Enterprise & Sdn Bhd

Semasa membuat pendaftaran syarikat, nama syarikat enterprise baik milikan tunggal atau nama perniagaan perkongsian dan juga sdn bhd yang dicadangkan perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak SSM.

Nama syarikat sangat penting kerana ianya merupakan identiti syarikat. Nama syarikat melambangkan keeksklusifan syarikat tersebut dan akan memberi impresi pertama kepada pelanggan.

Oleh itu, pemilihan nama syarikat perlulah unik, menarik dan mudah dikenali dan diingati. Berikut merupakan panduan dan tips untuk memilih nama syarikat:

contoh nama perniagaan
  1. Pilih nama syarikat yang melambangkan jenis perniagaan anda. Hal ini akan memudahkan pelanggan untuk mengenali dan mengetahui produk anda dalam sekelip mata. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual pakaian, pilihlah contoh nama syarikat perkongsian di malaysia seperti EXCLUSIVE CLOTH Sdn. Bhd.
  2. Pilih nama syarikat yang lebih eksklusif untuk menunjukkan nilai kualiti perniagaan anda dan mampu menarik perhatian pelanggan. Syarikat-syarikat besar seperti facebook, google dan apple menggunakan nama yang sangat eksklusif dan sangat mudah diingati sebagai nama syarikat mereka kerana mereka satu-satunya syarikat yang menggunakan nama tersebut. 
  3. Hadkan nama syarikat anda kepada 3 perkataan sahaja. Jangan menamakan syarikat anda dengan nama syarikat yang terlalu panjang. Nama yang panjang bukan sahaja menyukarkan pelanggan untuk mengingati nama tersebut malah akan merumitkan urusan berkaitan pengisian borang dan sebagainya
  4. Nama syarikat yang anda daftarkan juga perlu mempunyai maksud. Pihak SSM lebih mudah menolak permohonan perniagaan anda sekiranya nama yang anda daftarkan tidak membawa apa-apa maskud dan tidak menunjukkan nilai-nilai yang positif.
  5. Jangan sesekali mencampurkan Bahasa dalam menamakan syarikat anda. Pastikan anda menggunakan satu Bahasa sahaja.
  6. Elakkan daripada menggunakan nama yang ada kaitan dengan institusi lain kerana ianya akan menimbulkan kekeliruan malah anda juga boleh dikenakan Tindakan undang-undang kerana meniru hak cipta syarikat lain.
  7. Namun anda boleh menggunakan bahasa asing yang membawa maksud yang positif. Sebagai contoh nama perniagaan perkongsian seperti HELIO Sdn Bhd. HELIO membawa maksud cantik dalam bahasa Itali. Adalah tidak digalakkan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai maksud atau bermaksud negatif.
  8. Pastikan anda tidak menggunakan perkataan yang dilarang oleh dan berkaitan undang-undang seperti “kerajaan Malaysia”, “diraja Malaysia”, “bank”, “saham”, dan lain-lain.

Pengalaman Daftar Sdn Bhd

Berdasar pengalaman kami sendiri, jika anda ada rancangan dan plan mahu bida dan dapatkan projek kerajaan yang lebih besar boleh register sdn bhd

Ataupun jika anda mahu apply loan perniagaan dengan jumlah pinjaman yang lebih besar.

Jika tidak, kami sarankan anda gunakan sahaja enterprise untuk bisnes dan perniagaan.

Ini kerana dengan company sdn bhd, anda perlu menanggung kos operasi yang lebih besar setiap bulan dan setiap tahun.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia