Cara daftar ssm syarat Register Perniagaan 2023 online: Senarai dokumen penting suruhanjaya syarikat Malaysia SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Check ssm) adalah merupakan agensi badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggungjawab dalam mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Semua syarikat dan perniagaan yang ditubuhkan perlulah berdaftar dengan SSM. Ianya juga terbentuk hasil daripada penggabungan antara Pejabat Pendaftar Syarikat dan Pejabat Pendaftar Perniagaan.
SSM juga akan memastikan syarikat dan perniagaan yang berdaftar dibawahnya mematuhi perundangan korporat dan tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Syarikat 2001, Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Skim Kepentingan 2016 dan banyak lagi.
Ini bertujuan untuk memastikan syarikat dan perniagaan di Malaysia mempunyai tahap tadbir urus korporat yang cemerlang dan telus.
Cara Register Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
BACA SINI >> Jabatan imigresen malaysia putrajaya: contact immigration
Terdapat beberapa cara untuk mendaftar perniagaan anda secara atas talian, antaranya;
BACA SINI >> Ssm search e info
- Pemohon atau peniaga boleh melayari laman sesawang https://ezbiz.ssm.com.my seperti pada Rajah di bawah untuk membuat permohonan pendaftaran perniagaan.

- Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pendaftaran SSM.
- Mula-mula, pemohon perlu klik pada butang “Sign Up” untuk pendaftaran kali pertama.
- Cipta akaun individu sebagai pemilik perniagaan dengan memasukkan maklumat untuk melengkapkan pendaftaran akaun.
- Setelah semua maklumat diisi dengan betul dan tepat, pemohon mestilah menekan butang “Save” dan pemohon akan menerima notifikasi melalui emel untuk tujuan pengaktifan akaun Ezbiz pemohon.
- Setelah akaun Ezbiz pemohon berjaya diaktifkan dan disahkan (setelah melalui semua proses termasuklah temujanji untuk akaun verifikasi), pemohon boleh terus “Sign In” untuk membuat pemohonan pendaftaran perniagaan bersama SSM.
- Pemohon perlu klik pada “My Business Services” pada bahagian menu dan klik pada “New Business”.
- Semua maklumat berkaitan dengan perniagaan pemohon hendaklah diisi dengan tepat dan betul seperti maklumat nama perniagaan, alamat perniagaan, cawangan, jenis perniagaan yang dijalankan, informasi pemilik dan banyak lagi berserta dengan lampiran-lampiran dokumen penting berkaitan dengan perniagaan pemohon.
- Setelah semua maklumat yang diperlukan diiisi dengan betul, pemohon mestilah membuat semakan kali kedua untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan maklumat dan seterusnya klik pada butang “Submit Payment”.
- Bayaran bagi permohonan borang pendaftaran perniagaan 2023 baru adalah seperti pada Rajah di bawah ini.

- Akhir sekali, setelah berjaya membuat pembayaran, pemohon perlu menunggu pengesahan daripada pihak SSM.
- Jika berjaya, pihak SSM akan menghantar notifikasi pengesahan dan pemohon akan mendapat Perakuan Pendaftaran Perniagaan seperti pada Rajah di bawah ini
Cara Register SSM di Pejabat

Kini, peredaran teknologi berkembang pesat menyebabkan banyak urusan boleh dibuat secara atas talian.
Namun, ada segelintir individu yang masih memilih cara manual dengan hadir ke pejabat SSM untuk membuat pendaftaran perniagaan dengan SSM.
Ini kerana tidak semua dalam kalangan masyarakat yang celik IT untuk membuat permohonan secara atas talian dan mungkin bagi mereka itu amat menyusahkan.
Walaubagaimanapun, pemohon masih boleh membuat pendaftaran permohonan perniagaan di pejabat SSM.
- Pemohon mestilah hadir ke pejabat SSM yang berhampiran dengan rumah bagi memudahkan segala urusan. Pemohon mestilah tahu nama perniagaan yang ingin digunakan pada perniagaan pemohon.
- Pertama, pemohon perlu mengambil nombor giliran dan mengisi borang pendaftaran iaitu Borang A yang boleh diambil dengan pegawai yang bertugas di SSM tersebut.
- Isi segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Kemudian, setelah siap borang tersebut diisi, pemohon perlu menunggu sehingga nombor giliran pemohon dipanggil.
- Seterusnya, borang pemohonan itu perlu diserahkan kepada pegawai bertugas dan membuat pembayaran untuk permohonan perniagaan baru.
- Akhir sekali, pemohon perlu menunggu sehingga pegawai SSM memberikan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan dan proses permohonan dikira berjaya.
- Pemohon bolehlah mula menjalankan perniagaan mereka.
Cara Isi Borang Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
Borang Pendaftaran SSM untuk daftar syarikat ssm adalah dikenali sebagai Borang A seperti pada Rajah di bawah ini.

Setiap pemohon yang ingin membuat permohonan pendaftaran peniagaan wajib mengisi borang ini.
Untuk mengisi Borang A ini, pemohon perlu mengikut garis panduan dan syarat daftar ssm yang telah pun ditetapkan.
- Pemohon perlu mengenal pasti perniagaan mereka ingin didaftarkan atas nama sendiri atau nama tred dan tanda pada kotak yang diinginkan.
- Kemudian, maklumat perniagaan mestilah diisi dengan huruf besar menggunakan pen berwarna biru atau hitam sahaja.
- Bahagian nama perniagaan mestilah diisi menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan anda, namun jika ingin menggunakan nama tred, pemohon mestilah memastikan nama tred tersebut telah diluluskan oleh pihak SSM.
- Pada bahagian tarikh perniagaan bermula ialah tarikh operasi perniagaan bermula.
- Seterusnya, pada bahagian “Perjanjian Perkongsian”, pemohon yang ada perkongsian dengan pihak lain hendaklah tanda pada kotak “Ada” dan masukkan tarikh perjanjian yang telah dibuat antara rakan kongsi.
- Namun, jika pemohon adalah pemilik tunggal, tanda pada kotak “Tiada”. Masukkan alamat dan alamat surat menyurat tempat premis perniagaan dijalankan.
- Begitu juga dengan emel dan nombor telefon, kebiasaannya, pemohon perlu mengisi emel dan nombor telefon yang digunakan untuk perniagaan jika ada. Jika tiada, pemohon hanya perlu mengisi emel dan nombor telefon peribadi.
- Pada bahagian jenis perniagaan yang dijalankan, pemohon hendaklah mengisi perniagaan yang dijalankan pada masa sekarang.
- Jika berlaku perubahan pada aktiviti perniagaan pemohon, pindaan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang B.
- Alamat cawangan perniagaan pula mestilah diisi jika pemohon mempunyai lebih daripada satu premis yang menjalankan perniagaan tersebut.
- Informasi yang paling penting ialah maklumat pemilik, pada bahagian ini, pemohon mestilah mengisi nama pemilik kepada perniagaan yang dijalankan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, kerakyatan, alamat kediaman dan nombor telefon pemilik.
Akhir sekali, pemohon mestilah membuat akuan pengesahan dengan mengisi nama dan nombor kad pengenalan serta tandatangan serta cop jari pada bahagian yang disediakan.
Tuliskan tarikh permohonan dibuat untuk memastikan pemohon tahu bila perniagaan mereka didaftarkan dengan SSM secara sah.
Borang Perubahan Maklumat Perniagaan SSM
Borang Perubahan Maklumat SSM pula dikenali sebagai Borang B.
Borang ini diisi dan dikemukakan kepada pihak SSM oleh pemohon jika terdapat perubahan pada maklumat perniagaan mereka, termasuk mahu tukar nama ssm, tambah nama dalam ssm, nak tambah jenis perniagaan ataupun tukar alamat.
Rajah di bawah ini merupakan contoh Borang B yang perlu diisi jika terdapat perubahan.

Borang B ini hanya diisi jika terdapat perubahan pada maklumat perniagaan perniaga seperti;
- Perubahan pada alamat utama perniagaan (Bahagian A)
- Perubahan pada jenis perniagaan yang dijalankan (Bahagian B)
- Perubahan pada alamat cawangan perniagaan (Bahagian C)
- Perubahan pada maklumat atau informasi pemilik perniagaan (Bahagian D)
Pemohon mestilah mengenalpasti terlebih dahulu perubahan mana yang mereka ini lakukan.
Bagi pemohon yang ingin membuat perubahan pada alamat utama perniagaan, pemohon perlu mengisi pada bahagian A.
Perubahan ini berkemungkinan disebabkan oleh premis utama peniaga telah berpindah ke lokasi lain, sebagai contoh.
Alamat yang baru harus ditulis di tempat yang disediakan bagi menggantikan alamat yang lama.
Manakala, pada bahagian B adalah bahagian perubahan jenis perniagaan yang dijalankan pada waktu tersebut. Pemohon perlu mengisi jenis perniagaan yang dijalankan sekarang.
Jika aktiviti perniagaan yang dulu masih dijalankan, maka yang dahulu juga mesti dinyatakan beserta dengan aktiviti perniagaan yang baharu.
Seterusnya, jika pemohon ingin membuat perubahan pada alamat cawangan perniagaan, pemohon boleh membuat pindaan pada bahagian C.
Pemohon hendaklah memasukkan alamat cawangan yang baru beserta dengan tarikh alamat tersebut berkuatkuasa.
Akhir sekali, pemohon yang ingin membuat perubahan pada maklumat pemilik perniagaan boleh dibuat pada bahagian D.
Maklumat pemilik yang baru hendaklah diisi jika ada perubahan.
Pemohon hendaklah menandatangani dan cop jari pada bahagian pengesahan pemilik peniagaan dan menghantar Borang B tersebut ke SSM untuk dikemaskini oleh pihak SSM dan digantikan dengan maklumat yang baru.
Soalan Lazim & FAQ
1. Senarai dokumen untuk daftar ssm
Ada dikongsikan di atas ini