Cara Daftar Foodpanda Rider 2023 (Register online untuk kedai makan restoran dan peniaga dari rumah anda untuk jana pendapatan, Tawaran income dan gaji besar)
Kita selalu tertanya-tanya, benarkah boleh buat duit dengan Foodpanda lagi-lagi apabila kita lihat semakin banyak beg yang dipasang pada motorsikal? Bagaimana cara daftar? Bagaimanakah dengan hanya bermodalkan motorsikal, rider Foodpanda boleh tambah pendapatan? Semak juga bantuan e hailing
Anda perlu mengharungi kesesakan di jalan raya untuk keluar dari pejabat atau pergi ke destinasi untuk mendapatkan makanan yang anda mahukan. Hal ini kebiasaannya berlaku bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor. Ibarat pepatah yang acapkali kita dengar dalam drama di televisyen, “Mahu selesaikan satu masalah, kena hadap pula lagi satu masalah”. Ya, agak leceh bukan? Kadangkala, kita tiba-tiba rasa lapar ketika berada di rumah. Anda malas untuk keluar dari rumah, namun ingin makan makanan yang mungkin berat untuk memuaskan nafsu lapar anda.
Mungkin anda kepenatan untuk keluar dan mungkin hari tersebut adalah hari bekerja anda. Anda berasa lapar walaupun ingin tidur namun tidak berasa ngantuk. Jadi, bagaimanakah masalah anda boleh diselesaikan? Senang sahaja solusinya. Pesanlah makanan sekarang secara online delivery.
BACA SINI: https://mypt3.com/daftar-grabfood-rider
Apa itu FoodPanda Malaysia?
Servis penghantaran makanan / online delivery ini berasal dari Jerman yang mempunyai ibu pejabat di Berlin, Jerman dan kini beroperasi di 40 buah negara dan wilayah.
Menerusi servis ini, pengguna dibenarkan untuk membuat pesanan dari aplikasi di telefon pintar selain daripada di laman web rasmi dan boleh memilih makanan dari mana-mana restoran tempatan di dalam negara.
Kemudian, makanan anda akan dihantar rider ke destinasi di mana anda berada dengan menggunakan krew penunggang penghantaran (delivery riders).
Boleh baca cara order Foodpanda terlebih dahulu jika mahu buat pesanaan.
Cara Daftar FoodPanda Rider Register Online 2023
Secara terperinci dan ringkasannya, pesanan akan diproses dan dihantar terus kepada restoran yang menjadi “rakan” mereka, kemudian makanan tersebut akan disediakan secara bungkus dan makanan tersebut akan dihantar ke destinasi anda oleh rider milik Foodpanda.
Servis ini terdapat pada aplikasi di telefon bimbit dan juga di laman web rasmi syarikat ini. Secara kronologinya, berikut adalah cara order makanan sebagai para pelanggan :
- Masuk ke aplikasi mereka di telefon bimbit atau ke website Foodpanda
- Masukkan poskod lokasi di mana anda berada
- Daripada senarai restoran yang terpapar pada hasil carian anda, sila browse pada makanan yang anda inginkan. Menu daripada setiap restoran yang anda mahukan dan kemudian, pilih makanan anda.
- Isi dan masukkan alamat di mana anda ingin makanan itu dihantarkan.
- Teruskan ke checkout.
Segala jenis pesanan daripada aplikasi telefon bimbit dan daripada laman web mereka diterima mereka. Pelanggan disambungkan oleh Foodpanda dengan restoran yang menyediakan servis penghantaran makanan di kawasan di mana pelanggan tersebut berada, serta pelanggan diberi peluang untuk memilih, memesan dan membayar secara online.
- BACA SINI: Lalamove driver malaysia dan daftar Rider
Ruangan pandangan (review section) juga disediakan Foodpanda, di mana komen boleh diberikan oleh pelanggan mengenai proses jualan daripada pesanan, hinggalah proses penghantaran, penampilan restoran itu sendiri dan rasa makanan yang dipesan.
Mudah sahaja bukan cara daftar?
Hanya perlu motorsikal, telefon bimbit atau komputer dan Internet yang mencukupi.
Cara Daftar Food Panda Rider 2023
Mahukah anda jadikan rider sebagai karier anda?
Jika anda mahu, anda juga boleh menjadi krew Foodpanda dan anda mestilah tertanya-tanya bagaimana mahu jadikan Foodpanda sebagai satu kerjaya, caranya adalah anda perlu mendaftarkan diri dengan buat akaun yang baru di website Foodpanda. Cara cipta dan daftar akaun baru Food panda rider adalah :
Cara daftar foodpanda rider malaysia :
- Google Foodpanda Malaysia
- Atau boleh terus pergi ke laman web https://www.foodpanda.my/
- Di ruangan “Join our delivery team”, skrol tetikus (mouse) anda ke butang APPLY NOW. Butang tersebut ditekan.
- Bandar yang anda sedang menetap dan mudah untuk menjalankan servis anda sebagai rider hendaklah dipilih di ruangan Pilih bandar anda, pada laman seterusnya.
- Pilih jenis penghantaran anda sama ada mahu berjalan kaki atau menggunakan motorsikal di ruangan Your vehicle.
- Butang MOHON SEKARANG ditekan.
- Akan keluar sebuah kotak maklumat yang mengandungi ruangan untuk mengisi maklumat peribadi anda.
- Masukkan nama pertama anda di bahagian Nama.
- Bagi yang bukan beragama Islam, nama keluarga anda dimasukkan di bahagian Nama Bapa.
- Dua perkataan terawal boleh dimasukkan dalam nama anda bagi yang beragama Islam. Contohnya seperti, Muhammad Hakim, jadi Muhammad dimasukkan di ruangan Nama, manakala Hakim di ruangan Nama bapa.
- Di ruangan Telefon Bimbit masukkan nombor telefon anda.
- Di ruangan Emel masukkan emel anda.
- Pada soalan untuk berumur 18 tahun ke atas jika mengikut kad pengenalan anda, sila tandakan ya. Sekiranya umur anda kurang daripada 18 tahun, anda tidak dibenarkan menjadi rider.
- Di ruangan yang manakah bahasa pilihan anda, sila pilih bahasa pilihan anda.
- Untuk soalan adakah anda warganegara Malaysia, sila pilih Ya. Untuk menjadi rider Foodpanda, hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan.
- Untuk soalan berkenaan jika anda mempunyai lesen motor yang sah , pilih Ya. Anda tidak boleh menjadi rider jika masih mempunyai lesen L, hanya untuk lesen P ke atas.
- Butang Hantar ditekan.
Foodpanda akan menghantar SMS kepada anda untuk meminta anda hadir ke pejabat mereka untuk mendengar taklimat ringkas. Sesi praktikal bersama pekerja senior juga turut dijalankan untuk mengenal bagaimana menguruskan pesanan dan penghantaran.
Anda boleh menjadi rider Foodpanda, sekiranya tiada masalah. Anda boleh mendaftarkan diri dan mendapatkan ID dan kata laluan untuk aplikasi Foodpanda pada hujung sesi praktikal. Peralatan juga boleh anda dapatkan seperti baju rasmi, beg Foodpanda dan beg Thermos. Anda sudah berjaya!
Apa Kebaikan Jadi Rider?

- Jadual bekerja anda boleh pilih untuk satu hari, sama ada mungkin syif pada tengah hari atau tengah malam untuk satu hari, jadi, fleksibiliti masa diperolehi.
- Pengalaman baru diperolehi (hantar makanan ke pelbagai jenis lokasi berbeza, dari kondo mewah sehinggalah ke kawasan flat)
- Bonding yang kuat antara rider
- Wujud program khas bersama komuniti seperti Ride Amal
- Banyak program dianjur khas untuk rider
Berapa Gaji Rider Foodpanda?
Gaji dibayar setiap hari Selasa, secara mingguan. Pada awalnya, gaji seorang rider hanyalah sebanyak RM5 sehingga RM6 sejam.
Gaji foodpanda akan meningkat naik dari RM6 ke RM7 sejam cukup 3 bulan bekerja. Gaji foodpanda anda akan bertambah meningkat dari RM7.50 ke RM8.50 cukup 6 bulan bekerja. Terdapat juga tips sebanyak RM3 dalam setiap delivery.
Jika anda rajin, income foodpanda ini akan bertambah.
You can earn more by working hard.
Lokasi rider Foodpanda yang banyak permintaan
Benar, bukan semua tempat sesuai untuk mencari rezeki. Di bawah adalah senarai lokasi permintaan tinggi.
Cubalah kerja di kawasan ini jika anda mahu jadi rider Foodpanda :
- Kuala Lumpur
- Shah Alam
- Johor Bahru
- Penang
- Melaka
- Ipoh
Kerja menjadi rider Foodpanda bukanlah pekerjaan yang mudah, ia sangat memenatkan, tetapi akan jadi lebih seronok kerana dapat memperolehi banyak pengalaman, lebih-lebih berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.
Kami telah kongsikan cara daftar food panda rider. Langkah seterusnya adalah terpulang kepada diri anda sendiri.
Tambahan lagi, menjadi rider sangat sesuai untuk mencari duit poket lebih dan mencari pengalaman bekerja.
Yang terakhir, anda boleh cuba menghantar barang seperti Lazada Express, Shopee Express dan Lalamove jika anda tidak mahu menghantar makanan.
Cara Daftar Foodpanda Untuk Kedai Makan
Bagaimana cara daftar foodpanda untuk kedai makan, restoran, gerai, dan peniaga dari rumah yang anda jual masakan?
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Cara register dan daftar kedai makan restoran peniaga dari rumah anda di foodpanda malaysia secara online | https://www.restaurant.foodpanda.my |

Semoga bermanfaat kepada anda di luar sana dengan perkongsian cara daftar foodpanda rider ini. Semoga anda dapat buat duit dengan kerjaya baru ini