Cuti Umum 2023 Malaysia: Raya Tahun Baru Cina

Tarikh cuti Cuti Umum 2023 Malaysia termasuk tahun baru cina CNY raya cina dan chinese new year secara tahunan 2023

tarikh cuti cuti umum malaysia 2023

Tarikh Cuti merupakan hari perlepasan am bagi semua rakyat Malaysia sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Hari Perlepasan Am 1951.

Cuti umum ini terdiri daripada cuti Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Hari Wesak, Hari Nuzul Al-Quran, Hari Pekerja, Hari Raya aidilfitri 2023, Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, Hari Kebangsaan, Awal Muharram, Hari Raya Aidiladha, Hari Malaysia, Maulidur Rasul dan Hari Natal Hari Krismas serta hari cuti cuti malaysia bagi setiap negeri secara tahunan untuk tahun 2023.

Cuti ini dibahagikan kepada dua (2) jenis cuti iaitu cuti pada peringkat kebangsaan dan peringkat negeri.

Pada peringkat kebangsaan, cuti ini wajib diambil oleh semua rakyat, manakala cuti pada peringkat negeri, hanya individu yang menetap di negeri tersebut akan bercuti. 

Tarikh Cuti Umum 2023 Malaysia

SENARAI CUTINEGERI TERLIBATTARIKH CUTIHARI CUTI
Cuti tahun Baru  Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.1 Januari 2023Ahad
Cuti Hari Yang di Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan14 Januari 2023Sabtu
Cuti tahun baru cinaSemua negeri22 dan 23 Januari 2023Ahad dan Isnin
Cuti Hari wilayah persekutuan Kuala Lumpur KL Labuan dan PutrajayaKuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.1 Februari 2023Rabu
Cuti hari thaipusamJohor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor.4 Februari 2023Sabtu
Cuti israk & MikrajKelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu18 Februari 2023Sabtu
Cuti Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu4 Mac 2023Sabtu
Cuti Awal RamadhanJohor, Kedah dan Melaka23 Mac 2023Khamis
Cuti Hari Sultan JohorJohor23 Mac 2023Khamis
Cuti Good FridaySabah dan Sarawak7 April 2023Jumaat
Cuti Nuzul QuranSemua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.8 April 2023Sabtu
Cuti Hari Perisytiharan Negeri Melaka Bandaraya BersejarahMelaka15 April 2023Sabtu
Cuti raya Aidilfitri 2023 kpmSemua negeri22 dan 23 April 2023Sabtu dan Ahad
Cuti Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu26 April 2023Rabu
Cuti Hari PekerjaSemua negeri1 Mei 2023Isnin
Cuti Hari WesakSemua negeri4 Mei 2023Khamis
Cuti Hari Raja PerlisPerlis17 Mei 2023Rabu
Cuti Hari Sultan PahangPahang22 Mei 2023Isnin
Cuti Pesta KeamatanLabuan dan Sabah 30 dan 31 Mei 2023Selasa dan Rabu
Cuti Hari GawaiSarawak1 dan 2 Jun 2023Khamis dan Jumaat
Cuti Hari Yang di Pertuan Agong MalaysiaSemua negeri5 Jun 2023Isnin
Cuti Hari Sultan KedahKedah18 Jun 2023Ahad
Cuti Hari ArafahTerengganu27 Jun 2023Selasa
Cuti Hari Raya HajiSemua negeri29 dan 30 Jun 2023Khamis dan Jumaat
Cuti Hari Warisan Dunia Georgetown Pulau PinangPulau Pinang7 Julai 2023Jumaat
Cuti Hari Tuan Yang Terutama PenangPulau Pinang8 Julai 2023Sabtu
Cuti Awal MuharramSemua negeri19 Julai 2023Rabu
Cuti Hari SarawakSarawak22 Julai 2023Sabtu
Cuti Hari Sultan PahangPahang30 Julai 2023Ahad
Cuti Hari Almarhum Sultan Iskandar JohorJohor 23 Ogos 2023Rabu
Cuti Hari Tuan Yang Terutama MelakaMelaka24 Ogos 2023Khamis
Cuti Hari KebangsaanSemua negeri31 Ogos 2023Khamis
Cuti Hari MalaysiaSemua negeri16 September 2023Sabtu
Cuti Maulidur RasulSemua negeri28 September 2023Khamis
Cuti Hari Tuan Yang Terutama SabahSabah7 Oktober 2023Sabtu
Cuti Hari Tuan Yang Terutama SarawakSarawak14 Oktober 2023Sabtu
Cuti Hari Sultan KelantanKelantan11 dan 12 November 2023Sabtu dan Ahad
Cuti DeepavaliSemua negeri kecuali Sarawak12 November 2023Ahad
Cuti Hari Sultan SelangorSelangor11 Disember 2023Isnin
Cuti Hari Natal / Cuti Hari KrismasSemua negeri25 Disember 2023Isnin
SUMBER: https://www.kabinet.gov.my

Senarai Tarikh Cuti 2023 Malaysia

Cuti Tahun Baru 2023

Setiap tahun rakyat Malaysia akan menyambut sambutan tahun baru sebagai pembuka bagi tahun tersebut. Cuti Tahun 2023 pada setiap tahun adalah pada 1 Januari.

cuti tahun baru 2023

Cuti Tahun Baru bagi tahun 2023 adalah pada 1 Januari 2023. Ia merupakan cuti pertama bagi semua rakyat Malaysia pada tahun tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa negeri yang tidak mengambil cuti awal tahun ini. Antaranya ialah negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Cuti Raya Cina

Cuti Tahun Baru Cina 2023 di Malaysia diperuntukkan sebanyak dua (2) hari setiap tahun. Cuti cny merupakan perayaan bagi kaum Cina di Malaysia.

cuti tahun baru raya cina cny chinese new year 2023

Perayaan ini disambut dengan meriah dengan adanya pertunjukkan naga, pemberian buah oren dan angpow kepada tetamu.

Pada tahun 2023, cuti hari raya Cina adalah pada 22 dan 23 Januari 2023 iaitu pada hari Ahad dan Isnin.

Cuti chinese new year cny merupakan cuti bagi seluruh negeri.

Cuti Hari Thaipusam

cuti hari thaipusam

Hari Thaipusam merupakan hari perayaan bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia.

Malaysia sebagai negara perpaduan memperuntukkan cuti pada Hari Thaipusam kerana ianya hari bagi penganut agama Hindu menunaikan nazar dan membuat pengampunan dosa-dosa yang dilakukan selama ini.

Ianya juga merupakan perayaan yang disambut untuk menghormati dewa Hindu iaitu Dewa Murugan dan Dewa Subramaniam.

Pada tahun 2023, cuti Hari Thaipusam adalah pada 4 Februari 2023.

Cuti Israk Mikraj

Israk Mikraj merupakan hari memperingati peristiwa perjalanan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Ia merupakan peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia.

Peristiwa berlaku pada 27 Rejab tahun ke 12 Hijrah.

Cuti Israk Mikraj ini diperuntukkan bagi memperingati perjuangan baginda Rasulullah SAW.

Pada tahun 2023, cuti Israk Mikraj ini adalah pada 18 Februari 2023 yang hanya diambil oleh negeri Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu.

Cuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan

cuti wilayah persekutuan labuan putrajaya kuala lumpur

Hari Wilayah Persekutuan adalah hari sambutan bagi tiga (3) wilayah yang terdapat di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ia merupakan hari cuti khas untuk wilayah putrajaya kuala lumpur dan labuan ini.

Ianya disambut pada 1 Februari pada setiap tahun bersempena dengan pembetukan wilayah Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia yang dibentuk pada 1 Februari 1974.

Cuti Awal Ramadhan

Setiap tahun, umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan di mana semua umat Islam diwajibkan menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Ia merupakan hari cuti umum di peringkat negeri di mana hanya negeri-negeri tertentu sahaja yang mengambil cuti pada 1 Ramadhan, sebagai contoh negeri Johor, Kedah dan Melaka tahun 2023.

Pada tahun 2023, cuti awal Ramadhan adalah pada 23 Mac 2023.

Cuti Good Friday

cuti good friday

Good Friday merupakan hari keagamaan bagi penganut agama Kristian.

Sambutan ini adalah bertujuan untuk memperingati kematian Yesus Kristus.

Peristiwa penyaliban Yesus ini dikenali sebagai Good Friday.

Cuti Good Friday ini diperuntukkan di Malaysia hanya bagi rakyat Negeri Sabah dan Sarawak.

Cuti Good Friday ini adalah pada 7 April 2023 pada tahun ini. 

Cuti Nuzul Quran

cuti nuzul quran

Nuzul Al-Quran merupakan hari keagamaan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 41 di mana berlakunya penurunan Al-Quran buat kali pertama pada Nabi Muhammad SAW.

Ia merupakan mukjizat terbesar bagi Baginda Rasulullah SAW yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia pada hari ini.

Cuti Nuzul Al-Quran bagi tahun 2023 adalah 8 April 2023 dan ianya tersenarai sebagai cuti di peringkat negeri.

Cuti Raya 2023

cuti hari raya aidilfitri 2023

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari perayaan bagi seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa di seluruh dunia.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah pada 1 dan 2 Syawal pada setiap tahun. Kerajaan Malaysia memperuntukkan cuti umum selama dua (2) hari bagi sambutan perayaan tahun 2023 ini.

Ini kerana Malaysia merupakan negara majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan cukup meriah di Malaysia sebagai tanda berakhirnya ibadat puasa di bulan Ramadhan selama 30 hari.

Cuti bagi sambutan perayaan Aidilfitri pada tahun ini adalah pada 23 dan 24 April 2023.

Cuti Hari Pekerja

cuti hari pekerja

Hari Pekerja merupakan hari memperingati jasa pekerja-pekerja di Malaysia yang telah berkorban untuk negara dan bangsa demi melahirkan negara yang maju. Ia juga dikenali sebagai Hari Buruh.

Hari Pekerja ini disambut pada 1 Mei pada setiap tahun. Ia merupakan cuti di peringkat kebangsaan bagi setiap negeri.

Cuti ini dianggap memperingati jasa pekerja yang bertungkus lumus membangunkan ekonomi dan sosial negara Malaysia.

Cuti Hari Wesak

cuti hari wesak

Hari Wesak merupakan hari keagamaan bagi penganut agama Buddha bertujuan memperingati ketua agama mereka iaitu Siddharta Gautama Buddha.

Kebiasaannya, penganut agama Buddha ini akan mengujungi kuil, mempersembahkan lilin, bunga dan colok pada patung-patung Buddha dan pembacaan kitab Sutra oleh sami.

Hari Wesak dikategorikan sebagai hari cuti umum di peringkat kebangsaan di mana ianya jatuh pada 4 Mei 2023 pada tahun ini. 

Cuti Pesta Keamatan

cuti pesta keamatan

Pesta Keamatan merupakan pesta menuai padi yang disambut oleh masyarakat di Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Ia merupakan perayaan yang memperingati adat dan tradisi kaum dahulu dalam acara penuaian padi.

Cuti Hari Pesta Keamatan ini disambut oleh rakyat di Sabah dan Labuan sahaja.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti peringkat negeri.

Bagi tahun 2023, cuti Pesta Keamatan ini adalah pada 30 dan 31 Mei 2023.

Cuti Hari Gawai

cuti hari gawai

Hari Gawai merupakan hari pesta tahunan yang disambut oleh penduduk di Negeri Sarawak. Ia merupakan perayaan bagi masyarakat Sarawak.

Kerajaan Malaysia memperuntukkan dua (2) hari cuti di peringkat negeri bagi negeri Sarawak iaitu pada 1 dan 2 Jun 2023 bagi sambutan pesta ini.

Cuti ini hanya dikhususkan kepada masyarakat Sarawak sahaja.

Cuti Yang Dipertuan Agong Malaysia

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan hari sambutan Keputeraan Raja Malaysia yang menunjukkan Malaysia mempraktikkan sistem Raja Berpelembagaan.

Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ini disambut pada 5 Jun 2023 pada tahun ini.

Sambutan ini akan dilakukan di Istana Negeri secara penuh protokol.

Hari Keputeraan ini merupakan hari cuti peringkat kebangsaan bagi setiap negeri di Malaysia.

Cuti Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari wukuf bagi seluruh umat Islam yang menjalani ibadah Haji. Hari Arafah ini merupakan hari sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Seluruh umat Islam digalakkan untuk menunaikan puasa sunat pada Hari Arafah ini.

Cuti Hari Arafah ini hanya diambil oleh rakyat Negeri Terengganu dan dikategorikan sebagai hari cuti peringkat negeri. Ianya jatuh pada 27 Jun 2023 pada tahun ini.

Cuti Raya Haji

cuti hari raya haji aidiladha

Hari Raya Haji atau lebih dikenali dengan Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Korban.

Ia merupakan hari perayaan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Perayaan ini adalah bertujuan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang taat akan suruhan Allah SWT untuk mengorbankan anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail.

Cuti Hari Raya Haji ini diperuntukkan kepada umum sebanyak dua (2) hari iaitu 29 dan 30 Jun bagi tahun 2023. Ia merupakan cuti bagi seluruh negeri di Malaysia pada setiap tahun.

Cuti Awal Muharram 2023

cuti awal muharram

Awal Muharram merupakan hari pertama bagi umat Islam mengikut kalendar Hijrah.

Ia juga dikenali sebagai Maal Hijrah. Awal Muharram dianggap sebagai bulan yang suci selain daripada Bulan Ramadhan kerana ianya merupakan bulan pertama bagi umat Islam.

Cuti Awal Muharram ini dikategorikan sebagai cuti kelepasan am peringkat kebangsaan.

Setiap negeri akan dapat cuti umum pada hari Awal Muharram bagi tahun 2023.

Bagi tahun 2023, cuti Awal Muharram adalah pada 19 Julai 2023.

Cuti Umum Sarawak 2023

cuti umum sarawak 2023

Hari Sarawak atau Hari Kemerdekaan Sarawak merupakan hari pembebasan pemerintahan Negeri Sarawak.

Ianya disambut pada 22 Julai pada setiap tahun.

Cuti ini merupakan cuti di peringkat negeri di mana hanya masyarakat Negeri Sarawak sahaja yang akan mengambilnya.

Ianya juga dianggap sebagai hari kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. 

Cuti Hari Kebangsaan / Hari Kemerdekaan 31 Ogos

cuti hari kebangsaan kemerdekaan

Hari Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan merupakan hari bersejarah bagi Tanah Melayu.

Peristiwa pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah menjadi sejarah sehingga ke hari ini.

Hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos pada setiap tahun menjadikan ianya cuti peringkat kebangsaan.

Sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka bagi memperingati peristiwa bersejarah ini serta memperingati tokoh-tokoh yang berjuang untuk negara Malaysia.

Cuti Hari Malaysia

Hari Malaysia merupakan hari pembentukkan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Peristiwa ini mengukir sejarah negara Malaysia.

Cuti Hari Malaysia diperuntukkan pada 16 September pada setiap tahun. 

Cuti Maulidur Rasul

cuti maulidur rasul

Maulidur Rasul merupakan hari kelahiran agung Baginda Rasulullah SAW iaitu pada 12 Rabi ‘ul-Awwal tahun Hijrah.

Maulidur Rasul merupakan hari keagamaan bagi seluruh umat Islam untuk memperingati Rasul Muhammad serta menyelusuri sirah-sirah Baginda.

Cuti Maulidur Rasul ini merupakan cuti kelepasan am peringkat kebangsaan yang jatuh pada 28 September 2023 bagi semua negeri di Malaysia.

Cuti Deepavali Bulan November

cuti deepavali diwali

Hari Deepavali merupakan hari perayaan bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia. Hari Deepavali merupakan hari memperingati dewa dewi Hindu.

Tarikh Hari Deepavali ini adalah berdasarkan calendar lunar Hindu yang jatuh pada 12 November 2023 yang disambut di seluruh Malaysia.

Namun, cuti Hari Deepavali ini adalah secara menyeluruh kecuali bagi negeri Sarawak sahaja.

Cuti Krismas / Hari Natal (25 Disember)

cuti krismas hari natal 25 disember

Hari Natal atau Hari Krismas merupakan hari perayaan bagi penganut agama Kristian yang meraikan kelahiran tuhannya, Jesus.

Hari Natal ini disambut pada 25 Disember pada setiap tahun di mana ianya merupakan hari cuti peringkat kebangsaan yang terakhir menurut kalendar Masihi.

Setiap negeri wajib cuti pada Hari Natal ini.

Cuti Selangor (Keputeraan Sultan Negeri Selangor)

Hari Keputeraan Sultan Selangor merupakan hari kelahiran Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Cuti Sultan Selangor ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Selangor sahaja. Ianya jatuh pada 11 Disember pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Selangor sahaja.

Cuti TYT negeri Sarawak

Hari Tuan Yang Terutama Sarawak merupakan hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak iaitu Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Cuti TYT Sarawak ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Sarawak sahaja.

Ianya jatuh pada 14 Oktober 2023. Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Sarawak sahaja. 

Cuti TYT negeri Sabah

Hari Tuan Yang Terutama Sabah merupakan hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah iaitu Juhar Mahiruddin.

Cuti TYT Sabah ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Sabah sahaja.

Ianya jatuh pada 7 Oktober 2023. Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Sabah sahaja.

Cuti Kelantan (Keputeraan Sultan negeri Kelantan)

Hari Keputeraan Sultan Kelantan merupakan hari kelahiran Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V.

Cuti Sultan Kelantan ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Kelantan sahaja. Ianya jatuh pada 11 dan 12 November pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Kelantan sahaja.

Cuti TYt Negeri Melaka

Hari Tuan Yang Terutama Melaka merupakan hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka  iaitu Dr Mohd Khalil Bin Yaakob.

Cuti TYT Melaka ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Melaka sahaja. Ianya jatuh pada 24 Ogos pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Melaka sahaja.

Cuti Almarhum Sultan Iskandar Johor

Hari Kemangkatan Sultan Iskandar sebagai Sultan Negeri Johor dikenali sebagai Hari Hol. Ianya bermula pada tahun 1896.

Adat ini diteruskan bagi memperingati jasa Sultan Johor dan acara keagamaan seperti berdoa memohon keampunan kepada Allah ke atas dosa-dosanya.

Cuti Hari Hol ini diperuntukkan sebagai cuti khas Negeri Johor pada 23 Ogos 2023.

Cuti TYT Penang

Hari Tuan Yang Terutama Penang merupakan hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang  iaitu Datuk Abdul Rahman Abbas.

Cuti TYT Pulau Pinang ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Penang sahaja. Ianya jatuh pada 8 Julai pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Penang sahaja. 

Cuti Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang

Hari Perisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia merupakan hari sambutan bagi masyarakat Negeri Pulau Pinang untuk memperingati sejarah Goergetown sebagai tapak warisan dunia di Malaysia.

Kerajaan telah membenarkan cuti pada hari tersebut khusus kepada rakyat Negeri Pulau Pinang pada 7 Julai pada setiap tahun.

Ianya merupakan hari cuti khas negeri bertujuan memberi peluang kepada masyarakat Negeri Pulau Pinang mengunjungi tapak warisan ini.

Cuti Kedah (Keputeraan Sultan Negeri Kedah)

Hari Keputeraan Sultan Kedah merupakan hari kelahiran Sultan Kedah iaitu Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Cuti Sultan Kedah ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Kedah sahaja.

Ianya jatuh pada 18 Jun pada setiap tahun. Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Kedah sahaja.

Cuti Pahang (Keputeraan Sultan Negeri Pahang)

Hari Keputeraan Sultan Pahang merupakan hari kelahiran Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Cuti Sultan Pahang ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Pahang sahaja.

Ianya jatuh pada 30 Julai pada setiap tahun. Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Pahang sahaja.

Cuti Perlis (Keputeraan Sultan Negeri Perlis)

Hari Keputeraan Raja Perlis merupakan hari kelahiran Raja Perlis iaitu Tunku Syed Sirajuddin. Cuti Raja Perlis ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Perlis sahaja.

Ianya jatuh pada 17 Mei pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Perlis sahaja.

Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah

Hari Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan hari terbentuknya Melaka sebagai Bandar Bersejarah.

Pada 15 April pada setiap tahun, rakyat Negeri Melaka akan menyambut Hari Perisytiharaan ini dengan sambutan yang meriah.

Cuti diperuntukkan pada 15 April setiap tahun untuk memperingati peristiwa bersejarah ini. Walaubagaimanapun, cuti ini hanya terpakai kepada rakyat Negeri Melaka sahaja.

Cuti Johor (Keputeraan Sultan Negeri Johor)

Hari Keputeraan Sultan Johor merupakan hari kelahiran Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim.

Cuti Sultan Johor ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Johor sahaja. Ianya jatuh pada 23 Mac pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas negeri kepada rakyat Negeri Johor sahaja.

Cuti Terengganu (Keputeraan Sultan Negeri Terengganu)

Hari Keputeraan Sultan Terengganu merupakan hari kelahiran Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Cuti Sultan Terengganu ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Terengganu sahaja.

Ianya jatuh pada 26 April pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Terengganu sahaja.

Cuti Negeri Sembilan (Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan)

Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan merupakan hari kelahiran YDPB Negeri Sembila iaitu Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Cuti YDPB Negeri Sembilan ini hanya dikhususkan pada rakyat Negeri Sembilan sahaja.

Ianya jatuh pada 14 Januari pada setiap tahun.

Cuti ini dikategorikan sebagai cuti khas kepada rakyat Negeri Sembilan sahaja.

Majikan Wajib Bagi Gaji Pada Cuti Cuti Umum Malaysia 2023

Tertakluk pada Akta Pekerja 1955, setiap majikan wajib memberi kebenaran kepada pekerjanya bercuti pada hari cuti kelepasan am.

Walaubagaimanapun, jika majikan mengarahkan pekerjanya bekerja pada hari cuti malaysia 2023, maka majikan wajib membayar upah sebagaimana yang dinyatakan di dalam Akta Pekerja 1955 berdasarkan Seksyen 60D (3)(a)(i) dan (ii).

Adakah di Malaysia Ada Cuti Umum PRU

cuti pru pilihan raya

Keluar mengundi merupakan tanggungjawab semua individu yang layak untuk mengundi.

Ini penting kerana ianya penentu masa hadapan negara.

Oleh itu, kerajaan Malaysia memperuntukkan satu (1) hari cuti semasa mengundi pru pilihan raya kepada seluruh negeri sebagai hari perlepasan am bagi menggalakkan masyarakat untuk keluar mengundi.

Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada majikan jika tiada cuti pilihanraya dan memaksa pekerja mereka bekerja pada hari mengundi.

Hari cuti umum PRU 15 bagi tahun 2022 adalah pada 18 november 2022 dan 19 November 2022.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia