Home » Kesihatan » Pekeliling Cuti Bersalin Kerajaan 360 Hari Bercuti

Pekeliling Cuti Bersalin Kerajaan 360 Hari Bercuti

Pekliling Cuti Bersalin Kerajaan : Kerajaan Beri 360 Hari Bercuti Mellaui Pekeliling Jabatan Perkhdimatan Awam JPA

Inilah faedah dan kebaikan kerja kerajaan. Kerajaan malaysia amat utamakan golongan wanita untuk mendapat keselesaan sewaktu bersalin sehinggalah selesai segala urusan pantang dan memberikan tumpuan di awal awal kelahiran.

cuti bersalin kerajaan

Dengan cuti yang diberikan ini memberikan ruang kepada penjawat awam wanita untuk meluangkan masa-masa emas di awal kelahiran anak masing-masing.

Kajian menunjukkan jikalau diberikan masa yang luas kepada wanita untuk meluangkan bersama anak kecil mereka, ia membantu produktiviti apabila kembali bekerja dan dalam masa yang sama anak dapat membesar dengan sangat baik.

Pautan Penting Cuti Bersalin Kerajaan

  • Borang kemudahan cuti bersalin kerajaan : KLIK SINI

pekeliling cuti bersalin

8 Perkara penting Cuti Bersalin kerajaan

1) Setiap kakitangan kerajaan wanita hak untuk menikmati peluang bercuti selama 360 hari sepanjang tempoh berkhidmat dengan kerajaan Malaysia

2) Jadi tidak kisah mahu ambil berapa hari dengan syarat ia mesti sekurang-kurangnya 60 hari hingga 90 hari maksimum untuk setiap kelahiran. Jelas?

3) Anda boleh mula bercuti 14 hari lebih awal dari jangkaan tarikh kelahiran bayi anda

4) Dalam pada anda bercuti itu pun, anda akan menerima bayaran gaji penuh sepanjang anda bercuti

5) Jikalau cuti bersalin kerajaan anda telah pun habis digunakan, anda tetap dibenarkan bercuti tetapi anda tidak diberikan sebarang bayaran gaji.

6) Anda tetap akan diberikan cuti dengan syarat anda telah mengandung sekurang-kurangnya 22 minggu lamanya

7) Andaikata anda telah bersalin dalam tempoh anda mengambil cuti belajar, sama sekali cuti bersalin kerajaan anda tidak akan terusik sama sekali.

8) Walaubagaimanapun, samada jumlah cuti bersalin kerajaan anda diluluskan seperti yang dimohon berkandung kepada keadaan semasa di tempat kerja anda.

Termasuklah ada kemungkinan kekekurangan kakitangan sepanjang ketiadaan anda.

Scroll to Top