≡ BACK

Berita Terkini Cukai Baru di Malaysia Pada Bajet 2019

Berita Terkini Cukai Baru di Malaysia Pada Bajet 2019

Nampaknya pada sesi pembentangan bajet 2019 Malaysia kali ini akan ada pengumumkan cukai baru kepada sesetengah kategori dalam usaha memperlbagaikan sumber pendapatan kepada Malaysia sekaligus dapat mengurangkan masalah hutang kerajaan Malaysia hari ini.

cukai baru

Disebabkan kerajaan telah pun memansuhkan cukai GST sebelum ini, kerajaan telah pun hilang pendapatan sejumlah Rm17 bilion banyaknya. Oleh sebab itu, kerajaan perlu memikirkan beberapa cadangan supaya kehilangan pendapatan kerajaan dapat ditampung dengan pengenalan beberapa cukai terbaru selain daripada perolehan cukai pendapatan individu dan cukai korporat.

Kemungkinan Senarai Cukai Baru di Malaysia

Antara cukai baru yang bakal diperkenalkan di Malaysia besar kemungkinan adalah :

1) Cukai Transit Asing (FTT)

Cukai ini dikatakan mampu mengawal spekulasi matawang ringgit Malaysia. Mungkin boleh mulakan dengan 0.5 peratus sahaja terlebih dahulu untuk sebarang aktiviti perdagangan dan penukaran matawang asing

2) Tambah kategori Khas Cukai Pendapatan

Ramai orang kaya di Malaysia. Mereka sepatutnya berkorban sedikit sebanyak kepada kerajaan. Apa yang boleh kerajaan boleh lakukan adalah menaikkan cukai pendapatan untuk kalangan yang berpendapatan RM1 juta sebulan.

Ini kerana begitu ramai yang meraih pendapatan sejuta ringgit setahun di Malaysia. Tetapi mereka tetap dikenakan cukai 26 peratus sahaja. Sepatutnya mereka bayar lebih daripada itu.

3) Cukai Digital

Disebabkan pasaran bisnes digital semakin berkembang pesat, sudah pastinya kerajaan Malaysia perkenalkan cukai baru atas nama cukai digital

4) Cukai Diabetes

Mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada produk yang mengandungi asas gula yang tinggi. Jikalau syarikat tidak mahu bayar cukai yang tinggi perlu mengikut paras gula yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia

5) Cukai Keuntungan Modal

Tiada lagi cukai untuk kalangan kaya yang menjual bon, saham selepas mendapati pelaburan yang mereka lakukan memperolehi keuntungan yang cukup lumayan. Inilah masa untuk kerajaan perkenalkan cukai ini di Malaysia

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Pelepasan Cukai Pendapatan 2018 Individu Untuk Efiling 2019 Senarai 22 Pelepasan Cukai Pendapatan 2018 untuk individu bagi Bayaran Efiling 2019 Disebabkan kita bergelar rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggung…
Ucapan Bajet 2019 : Senarai Ringkasan Teks oleh Tun Mahathir Senarai ringkasan Bajet 2019, rumusan dan kesimpulan berdasarkan Teks Ucapan Bajet 2019 Sudah pastilah ramai yang ternanti-nanti apa perancangan kera…
Apa itu SST : Berita Senarai Barangan Yang Dikenakan Cukai Berita Apa itu SST Malaysia dan Senarai Barangan Yang Dikenakan SST Selepas selama ini, rakyat Malaysia dihadapkan dengan cukai GST sebelum ini sehin…