Ctos: Login Credit Score Report (Free Promo Code)

Ctos Login Untuk Semakan Credit Score Report dengan claim free promo code

download ctos login free promo code online

Semakan CTOS perlu dibuat terlebih dahulu apabila anda mahu melakukan apa-apa pinjaman bank seperti urusan pembelian rumah.

Tahukah anda ianya percuma sahaja dan semakan boleh dibuat secara online.

SEMAK SINI: Check Ccris Online Percuma

Bagaimana cara membuat semakan dan info lanjut untuk mengetahui laporan kredit anda akan diterangkan dengan mendalam lagi pada entri kali ini.

Cara Semakan MyCTOS Dengan Free Promo Code

Laporan kredit peribadi anda adalah laporan MyCTOS.
Kini boleh didapati secara ONLINE dan PERCUMA sahaja bagi Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS dan Skor).

PERKARABUTIRANNYA
Semakan Ctos Loginhttps://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new

Sila ikuti langkah berikut, untuk memulakan semakan:

1. Daftar Akaun

Kita perlu mendaftar sebuah akaun di laman web mereka untuk mendapatkan laporan secara online.

Laman web rasmi dilayari di link pautan https://ctoscredit.com.my dan “Daftar Sekarang” perlu ditekan.

Nombor kad pengenalan (IC No.) dan alamat e-mel hendaklah diisi dan nyatakan pilihan bahasa anda (Melayu, Inggeris dan Cina)

semakan ctos login check

2. Isi Maklumat Peribadi

Seterusnya, maklumat peribadi diisi dan imej depan dan belakang MyKad anda perlu dilampirkan untuk mengesahkan butiran anda.

Pastikan nombor telefon bimbit yang diberikan betul dan tepat. Ini sangatlah penting kerana bagi melengkapkan proses pendaftaran, kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda.

3. Pengesahan

Satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda selepas anda selesai mengisikan maklumat untuk memaklumkan bahawa pendaftaran sedang disahkan.

Kebiasaannya, pada hari yang sama, pengesahan akan dilakukan dan satu lagi emel akan diterima untuk memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran pun selesai.

Untuk melengkapkan proses pendaftaran, sila masukkan kod TAC yang diterima di telefon bimbit ke ruang yang disediakan.

4. Aktifkan ID

3 jam waktu bekerja diperlukan untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS.

Melalui e-mel yang anda berikan, anda akan menerima e-mel dari mereka mengenai butiran ID pengguna anda.

Log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk menyelesaikan proses pendaftaran.

Untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain sila pilih soalan keselamatan.

5. Akses Laporan Kredit

Sekarang akses penuh untuk melihat laporansudahpun diperolehi.

Laporan MyCTOS pertama ini diemelkan kepada kita secara percuma sahaja, dan semakan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja di laman web CTOS menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan tadi.

Paparan Maklumat Dalam Laporan CTOS

Maklumat berikut akan dipaparkan pada Laporan CTOS:

  1. Pengesahan identiti
  2. Butir-butir tindakan undang, maklumat muflis, status kes
  3. Informasi pengarah, perniagaan dan pemilikan perniagaan
  4. Sejarah Kewangan – Terdiri dari 3 bahagian iaitu

o Rekod cek tidak sah
o Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
o Komen anda

Bahagian ini akan dilihat dengan teliti oleh bank untuk menentukan sama ada anda adalah seorang pembayar yang baik dan masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.

Apa Itu CTOS

Maksud CTOS report merupakan ringkasan kepada Credit Tip Off Service, iaitu Agensi Pelaporan Kredit, lebih kurang seperti CCRIS.

Laporan kredit (untuk individu dan syarikat) boleh diketahui dengan melakukan semakan MyCTOS yang akan memaparkan rekod kredit untuk sepanjang tempoh 24 bulan terakhir, semakan samada anda ada memiliki mana-mana syarikat atau bergelar pengarah di mana-mana syarikat di Malaysia, semakan samada anda terlibat dengan tindakan undang-undang dan juga testimoni syarikat-syarikat yang nada pernah berurusan sebelum ini.

Kenapa Semakan CTOS Itu Perlu?

Kemungkinan pinjaman bank untuk diluluskan adalah tinggi jika laporan MyCTOS kita baik. Dan begitulah jika sebaliknya.

Jadi, bagi mengelakkan permohonan ditolak, kita boleh mengetahui apa yang kurang baik dengan kredit kita serta cara untuk memperbaikinya dengan membuat semakan MyCTOS.

Apa Beza CTOS dan CCRIS?

Walaupun ia mempunyai fungsi yang hampir sama tetapi sebenarnya dua sistem ini adalah berbeza.

CTOS merupakan agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) manakala CCRIS pula di bawah seliaan BNM.

Walaupun laporan kredit yang kurang baik boleh menyebabkan pinjaman bank tidak dapat diluluskan, tapi kedua-dua badan ini tidak mengeluarkan senarai hitam (blacklist) yang menghalang mana-mana individu untuk membuat pinjaman.

Cara Dapat Credit Score CTOS Baik

laporan ctos credit score report

Anda boleh memperbaikinya dengan melakukan langkah berikut jika skor CTOS credit score anda kurang baik.

  1. Bil-bil anda dibayar tepat pada masanya. Langsaikan bayaran tertunggak.
  2. Pastikan jumlah yang anda berhutang rendah dan bayaran bulanan dilakukan secara berdisiplin sehingga amaunnya semakin berkurang.
  3. Jika anda pernah menghadapi masalah, perbaiki rekod kredit anda. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor kredit, penasihat atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat sekiranya anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda.
  4. Laporan MyCTOS boleh disemak secara berkala agar kesihatan kredit anda boleh dipantau oleh anda sendiri. Dengan ini, jika anda mempunyai sebarang isu atau masalah kewangan, langkah awal boleh diambil secara awal.

Maklumat Lanjut

Info lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi atau melalui saluran berikut:

CTTOS Data Systems Sdn Bhd
Unit 01-12, Level 9
Tower A, Vertical Business Suite,
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200, Kuala Lumpur.

contact number: 03-2722 8833

CTOS Free Promo Code

Mereka acapkali tawar promosi dan diskaun utuk anda download credit score report dari CTOS samada secara FREE dan percuma atau potongan harga yang cukup cukup menarik. Contohnya seperti di bawah ini

PROMOSICTOS PROMO CODE
Free Ctos Promo Code Semasa PKP & PKPD atau CMCOFREEMCO20
Promosi Semasa 12.12CTOS1212FS
Promosi Semasa 9.9CTOS99FS

Soalan Lazim

1. Boleh semak ctos di bank negara bnm

Tidak boleh. Bank Negara hanya tawar semakan ccris sahaja

Jom claim free ctos promo code dan semak berapa credit score anda sekarang ini

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia