Corporate Tax Rate Malaysia: Cukai Syarikat & Perniagaan

Corporate Tax rate Malaysia 2023: kadar cukai dan senarai pelepasan Cukai Perniagaan Malaysia

lhdn malaysia corporate tax rate 2022 2023

LHDN Corporate Tax atau Cukai Korporat Malaysia merupakan cukai yang dikenakan ke atas badan korporat atau syarikat yang berdaftar di Malaysia. Ianya termasuklah syarikat Sendirian Berhad dan Berhad di mana kedua-duanya memperolehi hasil pendapatan di Malaysia dan luar Malaysia.

Cukai corporate yang dikenakan ke atas syarikat adalah tertakluk pada keuntungan syarikat pada tahun taksiran. Pengiraan business tax ini boleh dikira oleh setiap syarikat menerusi sistem Skim Taksiran Cukai (SAS). 

Setiap syarikat yang berdaftar wajib membayar cukai korporat ini secara e-Filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Aapa senarai pelepasan cukai perniagaan malaysia? Semuanya ada dikongsikan seperti di bawah ini

Manakala, pihak LHDN pula bertanggungjawab dalam memastikan setiap pendapatan berkanun perniagaan yang dilaporkan adalah selaras dengan peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Malaysia Corporate Tax Rate 2023

Cukai korporat Malaysia dikenakan ke atas keuntungan bersih sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan. Berikut merupakan kadar cukai korporat bagi tahun taksiran 2023;

Berapa cukai perniagaan berapa peratus untuk modal berbayar sehingga RM2.5 juta pada awal tempoh asas

JENIS TAKSIRANCUKAI PERNIAGAAN BERAPA PERATUS
Pendapatan bercukai RM500,000 pertama17 peratus
Pendapatan bercukai selebihnya24 peratus
Modal berbayar melebihi RM2.5 juta pada awal tempoh asas24 peratus
LHDN Corporate tax rate malaysia 2023
pelepasan cukai perniagaan malaysia 2022 2023 berapa peratus

Senarai Resit Yang Perlu Disimpan Untuk Lhdn Urusan Cukai Perniagaan

Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967, setiap individu yang menjalankan perniagaan bertanggungjawab untuk menyimpan resit dan rekod perniagaan.

Ianya bertujuan untuk memudahkan urusan penyediaan akaun perniagaan, pengauditan dan memudahkan pembayar cukai mengisi borang cukai. 

Berikut merupakan senarai resit atau rekod yang perlu ada dalam simpanan peniaga bagi tujuan melaporkan cukai perniagaan;

lhdn cukai corporate malaysia rate
  1. Resit jualan dan belian yang dilakukan oleh syarikat/ perniagaan
  2. Resit perbelanjaan
  3. Resit penghutang dan pemiutang
  4. Bil tunai
  5. Cek
  6. Penyata bank
  7. Baucer bayaran
  8. Dokumen yang berkaitan dengan transaksi perniagaan.

Cara Kira Malaysia Corporate Income Tax Jika Pendapatan RM310K Setahun

Hanya keuntungan bersih daripada pendapatan berkanun syarikat yang akan dikenakan cukai oleh pihak LHDN.

Jika untung bersih bagi sesebuah syarikat ialah RM310,000 setahun, maka kadar cukai corporate 2023 yang dikenakan adalah 17 peratus daripada keuntungan tersebut.

Pengurus syarikat mestilah membuat pemfailan cukai lhdn corporate tax 2022 pada tahun 2023 menerusi laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini untuk mengetahui jumlah cukai dan kadar cukai perniagaan yang perlu dibayar oleh sesebuah syarikat.

Kiraan cukai lhdn corporate tax 2023 adalah menerusi sistem pentaksiran cukai corporate di laman sesawang dibawah.

lhdn malaysia corporate tax rate 2023 payment

Senarai Pelepasan Cukai Perniagaan 2023 Taksiran Tahun 2022

Berikut merupakan senarai pelepasan cukai perniagaan offline atau online bagi taksiran 2022;

  • Syarikat berbelanja duit corporate untuk menyediakan pusat asuhan taska kanak kanak kepada pekerja bergelar ibu bapa yang memiliki anak kecil
  • Bayar zakat perniagaan
  • Membeli aset untuk syarikat termasuk kelengkapan pejabat, komputer, mesin dan sebagainya
  • Jika mengambil pekerja golongan kurang upaya OKU

Ambil peluang untuk menggunakan segala kemudahan pelepasan cukai perniagaan yang telah ditetapkan oleh LHDN

Isi E Filing Untuk Cukai Corporate 2023 & Perniagaan Taksiran 2022

Pembayar cukai mestilah mengisytiharkan pendapatan individu atau perniagaan mereka menerusi sistem e-Filing pada setiap tahun taksiran.

Ini penting untuk memastikan setiap pembayar cukai menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pembayar cukai. Prosedur cara nak declare income tax perniagaan semakin senang sekarang ini.

Berikut merupakan cara cara untuk mengisi e-Filing bagi cukai korporat termasuk cara isi borang e-b perniagaan bagi tahun taksiran 2022;

lhdn cukai korporat malaysia 2023
  1. Layari laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my  
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pembayar cukai, kemudian klik pada butang “Hantar”.
  3. Seterusnya, masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Hantar”.
  4. Pilih perkhidmatan “e-Borang” pada bahagian Perkhidmatan.
  5. Pilih Borang “e-B” untuk pendapatan daripada syarikat dan pilih tahun taksiran semasa iaitu 2022.
  6. Semak maklumat syarikat yang telah diisi menerusi e-Daftar supaya maklumat yang dipaparkan adalah lengkap dan betul.
  7. Isi jumlah pendapatan tahunan syarikat beserta perbelanjaan syarikat pada bahagian pengecualian cukai.
  8. Pembayar cukai mestilah semak jumlah bayaran cukai yang dinyatakan.
  9. Klik pada butang “Teruskan”.
  10. Akhir sekali, klik pada butang “Tandatangan & Hantar” untuk tujuan pengesahan e-Filing bagi tahun taksiran tersebut.

Corporate Tax Payment Malaysia 2023

Bayaran corporate tax payment secara online boleh terus dilakukan melalui link pautan ini, https://byrhasil.hasil.gov.my

Semoga perkongsian artikel ini menjawab beberapa persoalan termasuk:

  • cukai perniagaan berapa peratus
  • senarai pelepasan cukai corporate dan perniagaan di Malaysia
  • berapa malaysia corporate tax rate 2023

P/S: Jangan sesekali culas buat corporate tax payment, buruk padahnya.

PP/S: Kepada sesiapa yang menerima pendapatan berkanun perniagaan, untung rugi mesti declare cukai. Jangan terlepas sebelum dikejar oleh LHDN

PPP/S: Kepada yang buat bisnes online, anda pun tidak akan terlepas dari kena bayar cukai perniagaan online.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia