Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Pekerja

Contoh Surat Pengesahan Majikan swasta atau kerajaan Untuk Jawatan Pekerja atau contoh surat confirmation letter untuk tahun 2022 ini

contoh surat pengesahan majikan yang simple ringkas

Jika anda sedang mencari cara menulis contoh surat pengesahan majikan yang simple dan ringkas untuk pekerja, ini adalah contoh terbaik yang boleh dapatkan di sini.

Surat pengesahan majikan cukup penting bagi seseorang pekerja, ia dijadikan sebagai bukti seseorang pekerja itu sudah pun diterima bekerja selepas tempoh percubaan bekerja.

Dalam surat akaun pengesahan ini akan mengandungi beberapa butiran penting termasuk berapa gaji dan pendapatan bulanan, jawatan yang diberikan kepada anda dan lain-lain lagi dari majikan anda. Ini pula contoh surat berhenti kerja sebulan dalam bahasa melayu

Kegunaan dan kelebihan surat lantikkan kerja dan jawatan ini untuk pekerja sangat banyak. Banyak yang boleh digunakan untuk memohon pinjaman perumahan (housing loan), pinjaman peribadi (personal loan), kad kredit (card credit), akaun bank, tujuan rasmi dengan agensi kerajaan dan tidak lupa apabila anda ingin sambung belajar.

Contoh Format Surat Pengesahan Majikan 2022

Surat yang baik dan bagus untuk tujuan seperti di atas memerlukan beberapa butiran dan penting seperti di bawah ini

BACA SINI >> Eplks: Permohonan Lanjutan Pas Kerja Sementara Plks Online

  1. Letakkan Kepala Surat atau Letter Head Syarikat
  2. Letakkan nombor rujukan surat
  3. Letakkan Tarikh surat
  4. Letakkan Nama dan alamat penerima
  5. Letakkan tajuk dan tujuan surat
  6. Letakkan Nama Pekerja
  7. Letakkan Nombor Pengenalan IC pekerja
  8. Letakkan tarikh pekerja mula bekerja
  9. Letakkan tempoh pekerja bekerja
  10. Letakkan status bekerja samada pekerja tetap atau pekerja kontrak
  11. Letakkan nombor gaji pekerja
  12. Letakkan gaji dan pendapatan kasar termasuk elaun setiap bulan
  13. Letakkan gaji dan pendapatan BERSIH setiap bulan
  14. Letakkan nama pegawai atau pengarah syarikat yang mengesahkan surat
  15. Letakkan jawatan
  16. Letakkan nama syarikat
  17. Letakkan cop syarikat
  18. Letakkan Nombor Telefon Pejabat

Koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan

Kami berikan beberapa contoh surat sokongan dari majikan yang terbaik tapi masih lagi simple dan ringkas yang boleh anda rujuk yang boleh anda gunakan dalam format word ataupun dalam format pdf

Contoh Untuk Pekerja Kerajaan

KEPALA SURAT AGENSI KERAJAAN

No Rujukan:
Tarikh

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
No11, Tingkat 7 (podium)
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 Putrajaya
(u.p: Pengarah Bahagian Penguatkuasa)

Yang Berbahagia Dato

PENGESAHAN MAJIKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG TANPA IZIN (PATI)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

  1. Dengan ini disahkan bahawa penama di awah adalah pekerja sedia ada di syarikat ini. Berikut butir perkhidmatan penama

(i) Nama penuh:
(ii) Nombor passport:
(iii) Jawatan
(iv) Pendapatan
(v) Tarikh mula berkhidmat

  1. Surat pengesahan ini hanya bagi tujuan permohonan penyertai program pengajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Sekian, terima kasih.

(Tandatangan Pengarah Syarikat)
(Nama Pengarah Syarikat)
Jawatan
No Telefon
No Faks
Cop Syarikat

Boleh terus download sini, http://www.mpma.org.my/Documents.pdf

Contoh Untuk Pekerja Swasta

KEPALA SURAT SYARIKAT SWASTA

No Rujukan:
Tarikh

ABCDE SDN BHD
50000 Mont Kiara
Kuala Lumpur

Tuan
AKAUN PENGESAHAN LANTIKKAN JAWATAN TETAP

Merujuk kepada perkara di atas, seperti nama di bawah ini

  • NAMA PENUH: ALI BIN ABU
  • JAWATAN: PEGAWAI PEMASARAN
  • NO KAD PENGENALAN: XXXXXX-XX-XXXX

Seperti penama dan butiran di atas, pihak syarikat bersetuju dan mengesahkan telah membuat lantikkan jawatan tetap sebagai pegawai pemasaran syarikat dan menjadi sebahagian kakitangan syarikat. Bersama-sama ini pihak syarikat memperakuankan dan mengesahkan butiran seperti di bawah ini.

  • TARIKH LANTIKKAN JAWATAN:
  • TEMPOH PERKHIDMATAN:
  • TARAF JAWATAN
  • GAJI DAN PENDAPATAN KASAR:
  • GAJI DAN PENDAPATAN BERSIH:

Pihak syarikat ingin mengesahkan di sini, yang mana penama di atas tidak bankrap atau muflis dan tidak ada sebarang tindakan disiplin dan tatatertib daripada pihak syarikat. Dan pihak syarikat juga mengesahkan penama di atas yang masih merupakan kakitangan syarikat kami tidak pernah atau sedang berhadapan dengan mana-mana kes perbicaraan mahkamah

NAMA MAJIKAN
JAWATAN
TARIKH
COP SYARIKAT

Boleh Ubahsuai

Daripada contoh pengesahan majikan yang diberikan ini, anda boleh ubahsuai dan olah ikut kegunaan semasa anda samada mahu tunjukkan kepada pihak bank untuk pinjaman perumahan kerajaan, pihak sekolah melibatkan pasangan anda untuk tujuan pertukaran sekolah ataupun untuk permohonan upu anda anda ataupun permohonan bantuan semasa pkp dan pkpb.

Anda juga boleh copy dan convert surat pengesahan jawatan dalam format word atau PDF seperti yang anda inginkan. Dipersilakan.

Ia boleh juga diolah untuk pengesahan pendapatan untuk anda yang bekerja sendiri atau boleh dijadikan contoh surat pemberhentian pekerja dari majikan

Jika anda merasakan contoh surat pengesahan majikan ini sangat membantu anda, boleh SHARE di FACEBOOK dan Whatapps andasekarang. Dipersilakan!

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia