Senarai Koleksi Contoh Soalan PTD : Pegawai Tadbir Diplomatik

Senarai Koleksi Contoh Soalan PTD : Pegawai Tadbir Diplomatik

Setiap tahun hampir 100,000 calon yang berminat untuk hantar permohonan bagi bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik.

contoh soalan ptd

Persoalannya, bolehkah mereka-mereka ini melepasi deretan soalan getir yang bakal mereka hadapi bagi melepasi halangan untuk bergelar Pegawai tadbir Diplomatik.

Berdasarkan pengalaman luas kami, di sini kami kongsikan deretan contoh soalan PTD sebagai sebahagian latihan sebelum anda menghadapi ujian sebenar kelak,

7 Contoh Soalan PTD Semasa Sesi Temuduga

1. Anda akan disuruhkan untuk memperkenalkan diri anda kepada penemuduga

2. Apa sebab dan kenapa anda berminat untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik

3. Apa yang anda faham dengan konsep TN50 yang sedang diwarwarkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak

4. Boleh ceritakan susunatur dan proses bagaimana pembentangan Bajet dilakukan dan siapa yang luluskan bajet tersebut?

5. Apa faedah dan kelebihan pembayaran bantuan sara hidup rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan malaysia kepada rakyat Malaysia?

6. Mereka akan tanya anda, mahu bekerja di kementerian mana? Mengapa?

7. Mereka juga akan provok anda kenapa tidak teruskan profesion

Ini pula Contoh Soalan PTD untuk Peperiksaan

1. Program kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) merupakan bantuan yang diagihkan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada :

I. kanak-kanak
II. balu askar dan polis
III. orang kelainan upaya
IV. mangsa bencana alam

2. Setiap bulan, haji Daud membelanjakan 20 peratus daripada gaji dan pendapatan untuk membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50 peratus, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil uitilinya?

3. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa

A. YA
B. TIDAK

4. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada

A. YA
B. TIDAK

5. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang

A. YA
B. TIDAK

6. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran

A. YA
B. TIDAK

7. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri

A. YA
B. TIDAK

NOTA : Contoh soalan PTD nombor 3, 4, 5, 6, 7, 8 ini adalah merupakan dari ujian Psikometrik yang boleh anda temui pada Seksyen C

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...