Peta Lakar: Contoh Draf Geografi Pt3 (Simbol & Petunjuk)

Contoh Draf Peta Lakar Geografi Pt3 aka Peta Topografi Simbol, Petunjuk, justifikasi dan Contoh cara membuat tafsiran dan mentafsir oleh kalangan Tingkatan 3

peta lakar

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, Mypt3 boleh katakan yang mana tahun kerja kursus geografi PT3 bagi pelajar tingkatan 3 tahun ini lebih mencabar berbanding tahun-tahun yang lalu.

Ini terdapat beberapa elemen tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan kerja khusus geografi Pt3 kali ini perlukan anda lebih kreatif, berkemahiran teknikal untuk melukis draf peta lakar merujuk tajuk kajian guna tanah di kawasan pilihan anda samada di sekitar kawasan sekolah anda ataupun sekitar rumah anda.

Selepas itu anda perlu mentafsir dan membuat tafsiran untuk kajian taburan guna tanah. Jadi anda boleh dapatkan foto, gambar, fakta, carta pai, jadual, graf yang didapati di Internet bagi menguatkan lagi hasil kajian yang dilakukan. Walaubagaimanapun, pastikan setiap bahan yang diambil dan digunakan diletakkan bersama di bahagian Sumber RUJUKAN kelak.

Mypt3 sedar yang mana kerja kursus geografi pt3 kali ini tidak mudah dan tidak senang. Tetapi tidak mustahil mendapat markah penuh selagi anda tidak meniru bulat-bulat dan mengikut format dan panduan yang betul.

Senarai Simbol & Petunjuk Peta Lakar

Oleh itu, kami berbesar hati untuk berkongsi contoh draf melibatkan kawasan kajian yang boleh anda jadikan sumber rujukan utama anda bagi menyiapkan tugasan yang cukup mencabar kali ini.

Anda hendaklah pastikan draf mempunyai beberapa elemen di bawah ini:

  1. Tajuk peta
  2. Mestilah berasaskan kepada format lukisan peta topografi
  3. Peta anda mesti mempunyai latar belakang ciri pandang fizikal dan budaya sepertimana anda lihat dari ruang udara
  4. Mesti disertakan petunjuk arah utara, arah mata angin, petunjuk peta, simbol peta topografi yang tepat
  5. Lorekkan di kawasan merujuk jenis guna tanah yang dipilih untuk dimuatkan dalam kajian Kerja Kursus Geografi Pt3 Tingkatan 3
  6. Gunakan warna yang bersesuaian dengan simbol-simbol yang diletakkan
  7. Bingkai peta
  8. Selepas siap, anda perlu membuat tafsiran dan mentafsir peta

Jikalau yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya definisi bagi ciri budaya, simbol, definisi bagi ciri fizikal, definisi peta lakar. Semoga perkongsian ini membantu anda :

  • Maksud dan Justifikasi : Jikalau peta adalah satu lukisan memberikan gambaran bagaimana rupabentuk sesuatu kawasan atau muka bumi dari pandangan udara. Manakala maksud peta lakar merupakan objek objek yang ada ciri geografi iaitu ciri budaya dan ciri fizikal.
  • Dengan satu kawasan kajian yang agak besar untuk dirangkumkan dalam satu lukisan draf, ia boleh diringkas dengan memasukkan simbol-simbol yang bersesuaian. Simbol yang dipilih nanti akan mewakili objek di kawasan kajian anda.
  • Maksud ciri fizikal : Elemen semula jadi. Contoh seperti sungai, rumput, tasik, bukit, gunung dan sebagainya.
  • Maksud ciri budaya : Elemen ciptaan manusia. Contoh : kedai, rumah, tanaman pokok getah, tanaman pokok kelapa sawit, tanaman padi, masjid, jalan raya, sekolah, hospital, taman permainan

Contoh Peta Lakar Geografi Pt3

Simbol sudah ada. Bagaimana cara pula mahu menulis perkataan untuk simbol di peta? Nah…ini contoh senarai untuk anda

  • Sungai – Sg.
  • Gunung – G.
  • Bukit – Bt.
  • Pejabat Pos – P.P.
  • Sekolah – Sek.
  • Kawasan Tanah Kubur – Kb.
  • Kampung – Kg.
  • Balai Polis – B.P.
  • Pejabat Daerah – P.D.
  • Padang – Pdg.

Untuk membolehkan simbol-simbol dilihat lebih di draf, pemilihan warna pada setiap simbol juga penting bagi memaparkan ciri Geografi tersebut.

Ciri Geografi & Warna

  • Kawasan berair seperti sungai laut tasik : BIRU
  • Tanah Tinggi : PERANG
  • Kawasan Hijau : HIJAU
  • Bangunan : HITAM
  • Jalan raya : MERAH

P/S : Boleh juga semak bagaimana paparan di Google Maps Malaysia untuk rujukan tambahan berkaitan peta lakar seperti gambar-gambar di bawah :

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top