Contoh Payment Voucher: Sample Baucar Pembayaran

Contoh Payment Voucher Templete Baucar tunai Pembayaran secara online

sample contoh payment voucher

Payment voucher sample merupakan baucer bayaran atau penyata bayaran yang dikeluarkan oleh organisasi atau syarikat kepada individu atau organisasi lain apabila melakukan transaksi pembayaran.

Ia merupakan satu bentuk penyata bayaran yang dijadikan sebagai rekod organisasi apabila melakukan pembayaran kepada pihak lain.

Dengan adanya payment voucher ini, ianya dapat memudahkan organisasi untuk merekod dan mengawal keluar masuk tunai. 

Bukan itu sahaja, payment voucher ini boleh menjadi satu bukti transaksi yang dilakukan di dalam sesebuah organisasi. Semakan pembayaran juga boleh dijejaki dengan adanya payment voucher ini.

Cara Buat Payment Voucher Online di Canva

Setiap syarikat atau organisasi yang menjalankan perniagaan perlu mempunyai contoh payment voucher templete ini.

Payment voucher ini mestilah disediakan kepada pihak pembekal, pembeli, klien atau seumpamanya dengan sebagai rekod pembayaran.

Payment voucher ini boleh dibeli di kedai alat tulis, namun ianya juga boleh direka mengikut kreativiti syarikat menerusi laman Words, Excel, Canva dan banyak lagi.

Berikut merupakan cara-cara untuk menghasilkan payment voucher menerusi aplikasi Canva secara atas talian tanpa perlu membuat bayaran mengikut kreativiti dan logo organisasi;

contoh baucar pembayaran
  1. Layari laman sesawang https://www.canva.com seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada bahagian “Search” dan taip “Payment Voucher”.
  3. Senarai template yang menarik berkenaan payment voucher akan dipaparkan untuk pilihan pengguna.
  4. Klik pada template yang diinginkan seperti pada Rajah di bawah ini
  5. Klik pada butang “Use this template” jika ingin membuat pindaan template baucer yang dipilih mengikut kreativiti dan citarasa pengguna.
  6. Setelah edit template voucher tersebut, klik pada butang “Share”.
  7. Kemudian, klik pada bahagian “Download”.
  8. Akhir sekali, payment voucher pengguna boleh digunakan untuk transaksi pembayaran.
contoh baucer bayaran

Contoh Format Payment Voucher Templete

Setiap payment voucher yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh sesebuah organisasi atau syarikat mestilah mengikut format yang betul.

Butiran maklumat yang perlu ada pada payment voucher mestilah lengkap dan betul untuk dijadikan rekod pembayaran agar ianya tidak memberi impak kepada organisasi jika berlaku masalah pada masa hadapan. 

Berikut merupakan format yang betul yang perlu ada pada payment voucher;

baucar tunai payment voucher templete
  1. Informasi berkenaan syarikat seperti logo, nama, alamat, emel, nombor pendaftaran dan nombr telefon syarikat/ organisasi mestilah terdapat pada payment voucher tersebut.
  2. Setiap payment voucher mestilah mempunyai nombor siri supaya ianya mudah untuk direkodkan dan disemak.
  3. Pada baucar tunai wajib mempunyai butiran berkenaan yang dibuat bayaran kepadanya seperti bayar kepada siapa, jumlah pembayaran, tarikh pembayaran dibuat dan tujuan pembayaran.
  4. Pada payment voucher juga mestilah mengandungi maklumat pembayaran dan kaedah pembayaran sama ada tunai atau menerusi perbankan atas talian.
  5. Akhir sekali, payment voucher mestilah mengandungi bahagian tandatangan pihak berkuasa seperti majikan, pengurus, ketua pentadbir, ketua kewangan dan seumpama dengannya. Ianya penting untuk memastikan payment voucher yang dikeluarkan kepada pihak lain mendapat kelulusan pihak atasan bagi mengelakkan berlakunya pecah amanah, kehilangan wang syarikat dan sebagainya.

Contoh Baucar Pembayaran

Contoh baucar pembayaran ini merupakan dokumen yang penting dan perlu ada dalam setiap organisasi yang menjalankan transaksi perniagaan tidak kira ianya melibatkan perniagaan  kecil atau besar.

Banyak kelebihan yang boleh didapati oleh sesebuah organisasi jika memiliki payment voucher yang lengkap dan detail.

Adanya baucer bayaran ini, ianya dapat memudahkan urusan organisasi untuk merekod segala transaksi dan pembayaran kepada pihak luar. Ia boleh dijadikan sebagai bukti aliran wang keluar bagi kegunaan aktiviti yang melibatkan syarikat atau organisasi.

Hal ini dapat  memudahakan banyak pihak seperti pihak LHDN, auditor dan akauntan untuk menyediakan laporan kewangan tahunan syarikat.

Segala transaksi pembayaran dapat dipaparkan secara jelas menerusi laporan kewangan tahunan syarikat. Secara tidak langsung, ianya dapat meningkat produktiviti, imej dan prestasi sesebuah syarikat dari segi pengurusan kewangan.

Selain itu, payment voucher juga dapat menunjukkan kecekapan pengurusan sesebuah syarikat dalam menguruskan bayaran. Ianya dapat memudahkan sesebuah organisasi menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih efektif dan lancar.

Ini bermaksud segala transaksi yang direkodkan menerusi payment voucher dapat dijejaki dengan baik dan disimpan dalam simpanan syarikat. Ini akan menunjukkan ketelusan sesebuah syarikat dalam menjalankan perniagaan.

Akhir sekali, payment voucher diwujudkan untuk memudahkan pengurusan kewangan syarikat dan proses audit pada setiap tahun. Ini kerana pihak auditor akan senang untuk menyemak butiran bayaran yang telah dibuat menerusi payment voucher ini.

Ianya boleh dijadikan sebagai bukti pengesahan bayaran yang dibuat ooleh syarikat. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kecurian dan kekurangan dana syarikat atau penyalahgunaan dana syarikat untuk kepentingan peribadi pekerja atau majikan.

Tuntasnya, baucer bayaran merupakan elemen yang penting dalam sesebuah syarikat dalam menguruskan kewangan syarikat. 

Sebagai contoh, syarikat AZ Legal Services menerima invois daripada pembekal alat tulis. Invois tersebut menyatakan syarikat perlu membayar RM1000.

Pihak pengurusan kewangan perlu membuat payment voucher sebagai rekod pembayaran dan juga diserahkan kepada pihak pembekal.

Rekod simpanan payment voucher mestilah disimpan sebagai rekod dan semakan pada masa hadapan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia