Contoh Karangan Syarahan PT3 Terbaik: Format Pendahuluan

Contoh Karangan Syarahan PT3 Terbaik dan Format pendahuluan, Isi & penutup

pendahuluan karangan syarahan

Pada entri kali ini, kami ingin berkongsi tips berguna, contoh karangan syarahan dan format karangan buat panduan dan rujukan para pelajar semua sama ada sebagai latihan harian mahupun peperiksaan yang sebenar.

Diharapkan dengan perkongsian yang kami berikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat karangan penulisan syarahan yang berkualiti lagi bermutu.

SEMAK SINI: Contoh karangan surat tidak rasmi terbaik

Rugi jika tidak dapat markah tinggi untuk karangan jenis dan format seperti ini. Ia sangat senang untuk menulis bagi karangan jenis jika tahu cara dan teknik yang ada.

Tips Berguna Karangan Syarahan PT3

Antara tips yang boleh digunapakai semasa menulis karangan format seperti ini adalah seperti berikut:

  • Tips Berguna Karangan Syarahan PT3 : Syarahan kebiasaanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan yang akan dipertandingkan. – Ucapan salam diberikan dan nama-nama tetamu hadir disebut mengikut urutan berpandukan statusnya. Salam juga diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan yang menghadiri majlis itu – Gunakan bahasa yang mudah difahami; padat; berkesan dan meyakinkan. – Setiap kandungan syarahan adalah berasaskan kepada tajuk syarahan yang diberi. – Calon mestilah menjawab dan menyelesaikan masalah jika anda ada kemukakan soalan; bukan dengan menjadikannya sebagai persoalan. – Kemukakan dan huraikan isi demi isi. Sebelum isi dipaparkan; ungkapan seperti “tuan-tuan dan puan sekalian” atau “tuan-tuan dan puan-puan yang saya sanjungi sekalian” atau “para hadirin yang saya hormati” hendaklah disebut sebagai ungkapan penegasan.
  • Isi syarahan hendaklah menarik supaya pendengar tidak berasa jemu mendengarnya. – Selitkan dalam syarahan unsur kata-kata hikmat; jenaka; peribahasa atau kiasan agar lebih menarik.
  • Akhiri syarahan dengan ucapan terima kasih dan memohon maaf.

Contoh Karangan Syarahan PT3 Pertama

Soalan Pertama : Anda diminta untuk menyampaikan sebuah karanagn syarahan pt3 yang bertajuk “Mengisi Masa Lapang dengan Perkara Yang Berfaedah”

  • Pengenalan : Kata-kata aluan diberikan dan ucapan terima kasih diucapkan
  • Perenggan Kedua : Tajuk syarahan
  • Perenggan Ketiga : Melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Perenggan Keempat : Membaca pelbagai bahan bacaan untuk isi masa lapang @ Aktiviti yang paling berfaedah
  • Penutup : Ucapan terima kasih.

         Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

         Tajuk syarahan saya ialah ‘Mengisi Masa Lapang dengan Perkara Yang Berfaedah’. Masa lapang atau masa yang terluang hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Masa lapang yang kita ada tidak sepatutnya dibazirkan begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti yang bermanfaat.

         Terdapat pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mengisi masa lapang. Antaranya adalah dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Dengan cara itu, kita dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan juga dapat meningkatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan.

         Ada juga yang memilih aktiviti membaca untuk mengisi masa lapang yang ada. Banyak sumber bahan bacaan yang dapat dibaca seperti majalah, surat khabar, buku sejarah dan sebagainya. Membaca merupakan aktiviti yang paling berfaedah dan bermanfaat untuk mengisi masa terluang.

        Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Dengan ucapan terima kasih dan lafaz assalamualaikum, saya sudahi syarahan pada hari ini.

Contoh Karangan Syarahan PT3 Yang Kedua

Soalan kedua : Andaikan bahawa anda telah terpilih untuk menyampaikan syarahan bagi mewakili kelas anda. Tajuk karangan syarahan pt3 yang seterusnya adalah berkenaan ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik. Sediakan teks syarahan berikut.

Pendahuluan Karangan

Ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis; para hakim; Pengetua; guru-guru dan rakan-rakan sekalian

Isi Karangan

  • Akan mendatangkan banyak keburukan jika terlalu boros berbelanja
  • Kita tidak akan mempunyai simpanan wang di masa kita membutuhkannya
  • Makanan akan terbuang begitu sahaja jika kita membeli secara berlebihan
  • Membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah adalah amalan buruk yang harus dijauhi
  • Setiap detik masa adalah emas
  • Gunakanlah masa dengan sebaik dan sepenuhnya
  • Membazir air dan juga elektrik

Kesan

  • bil kedua-dua ini akan meningkat
  • Pada musim kemarau; catuan air terpaksa dilakukan

Penutup karangan

  • Membazir itu sememangnya amalan buruk
  • Lebih banyak mendatangkan keburukan

                  Yang dihormati dan disanjungi Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin hadirat sekalian. Salam sejahtera dan Assalamualaikum saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”.

Saudara dan saudari sekalian,

                  Maksud “membazir” adalah berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara atau ketika menggunakan sesuatu sehingga akan ada yang terbuang akhirnya. Sebenarnya amalan membazir ini banyak mendatangkan keburukan dari banyak aspek. Misalnya, jika kita terlalu ikutkan nafsu sehingga boros berbelanja, kelak kita tidak akan mempunyai wang pada saat kita membutuhkannya. Manakala, jika kita membeli makanan secara berlebihan, kemungkinan besar makanan itu tidak akan habis dan akan terbuang begitu sahaja.

                  Selain dari itu, membuang masa dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah juga adalah satu pembaziran. Bagi seorang pelajar setiap detik masa itu emas. Oleh sebab itu, pelajar harus merangka jadual waktu agar setiap masa dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat.

         Kita juga disarankan agar tidak melakukan pembaziran air dan elektrik. Jika kita tidak menggunakan air dan elektrik secara berkhemah, pembaziran akan berlaku. Ini akan mengakibatkan kita membayar bil elektrik dan air yang tinggi jumlahnya. Pada musim kemarau pula, masalah kekurangan air akan berlaku dan catuan air akan dikenakan.

         Oleh disebabkan kekangan masa, saya terpaksa mengakhiri syarahan saya pada hari ini. Konklusinya, saya ingin menegaskan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan akan mendatangkan kesan buruk kepada kita.

Sekian, terima kasih.

Lagi Contoh Karangan Syarahan Pt3 Terbaik

Ada 2 lagi contoh terbaik untuk semak seperti di bawah ini:

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia