Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM
Mypt3 boleh katakan bahasa Istana cukup indah dan klasik. Bahasa Istana ini jikalau boleh jangan dibiarkan hilang ditelan zaman.
Ia harus dipopularkan dan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia KPm yang menekankan tahap kefahaman bahasa Istana PT3 dikalangan pelajar Tingkatan 3 yang menduduki Peperiksaan PT3 2016 harus dipuji.
Sekurang-kurangnya, pelajar-pelajar diberikan peluang menelaah sebaik mungkin untuk dijawab dalam soalan Bahasa Melayu PT3 BM yang diberikan nanti.
Di bawah ini dikongsikan senarai Bahasa Istana PT3 dan contoh ayat yang boleh anda semak berserta dengan maksudnya yang MYpt3 perolehi daripada Kamus Bahasa Melayu.
Senarai Bahasa Istana PT3 : Sumber Kamus Bahasa?
Antara contoh yang ada seperti berikut:
- ampun kurnia- maaf
- anugerah- beri/ hadiah
- baginda- dia (rakyat menyapa raja)
- beradu- tidur
- berangkat- berlepas
- bercemar duli- pergi ke/ berjalan
- berkenan- suka akan
- berputera- beranak
- bersiram- mandi
- bertitah- berkata
- beta- saya (raja)
- daulat- bahagia
- gering- sakit
- hulu- kepala
- kurnia- beri / hadiah
- mahkota- topi
- makam- kubur
- mangkat- mati
- murka- marah
- patik- saya(rakyat menghadap raja)
- peraduan- tempat tdur
- permaisuri-isteri
- santap- makan
- semayam- duduk/tinggal
- singgahsana- kerusi
- bersabda- berkata
- hari keputeraan- hari jadi
- iram2- payung
- kaus- kasut
- menghadap- menjumpai
- putera- anak lelaki
- puteri- anak perempuan
- sembah- memberi salam
Jikalau anda mahu senarai tambahan boleh semak di sini
Di bawah ini juga dikongsikan bersama lagi gambar yang mengandungi tambahan bahasa Istana untuk anda teliti dan fahaminya. Semak satu persatu gambar di bawah…
Diharap anda teliti dan praktiskan sehingga mahir. Semoga berjaya untuk anda.