Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia: Top up & Recharge

Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia: Buy Cheap Top up & Recharge

cara beli coin tiktok urah malaysia

Aplikasi Tiktok tidak lagi asing dalam kalangan remaja. Ia merupakan platform media sosial yang memaparkan video berdurasi pendek untuk hiburan para pengguna akaun Tiktok. Bukan itu sahaja, menerusi aplikasi ini, pengguna boleh meraih pendapatan dengan menjana coin di dalam akaun pengguna. 

Secara amnya, Tiktok coin ialah mata wang yang digunakan di dalam aplikasi Tiktok. Ia merupakan salah satu sumber pendapatan pengguna para pengguna aplikasi Tiktok terutamanya para penghasil konten media sosial.

Coin ini boleh dibeli oleh pengguna untuk melakukan apa-apa transaksi di dalam platform Tiktok dengan menggunakan mata wang yang sebenar iaitu Ringgit Malaysia (RM) secara atas talian.

Kebiasaannya, Tiktok coin ini digunakan untuk kegunaan memberi penghargaan kepada kandungan-kandungan yang dihasilkan oleh penghasil konten di platform Tiktok. 

Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia

Tiktok Coin ialah coin yang digunakan di dalam platform Tiktok.

Ianya perlu dibeli bagi melakukan apa-apa transaksi di dalam platform tersebut.

Pembelian coin menerusi laman sesawang Tiktok ternyata lebih murah berbanding di platform lain. Berikut merupakan cara-cara untuk membeli Tiktok coin;

  1. Layari laman sesawang https://www.tiktok.com seperti pada Rajah di bawah ini
  2. Pengguna Tiktok perlu log masuk ke akaun Tiktok mereka.
  3. Kemudian, klik pada bahagian coin.
  4. Pilih jumlah coin yang ingin dibeli.
  5. Klik pada butang “Buy Coins”.
  6. Pilih kaedah pembayaran seperti yang dipaparkan untuk membuat pembelian.
  7. Akhir sekali, coin Tiktok pengguna akan bertambah setelah pembayaran berjaya dilakukan.

Tiktok Recharge Coin Malaysia

Tiktok Recharge Coin bermaksud coin yang dibeli menggunakan mata wang sebenar bagi sesebuah negara seperti Ringgit Malaysia (RM), Rupiah Indonesia (IRP) atau Dollar Amerika (USD).

Ianya bertujuan untuk menambah jumlah coin ke dalam akaun pengguna Tiktok. 

Cara Top Up Coin Tiktok Free dan Percuma

Untuk mendapatkan Tiktok coins, pengguna aplikasi Tiktok mestilah membuat pembelian coins di dalam platform Tiktok.

Walaubagaimanapun, pengguna juga boleh mendapatkan iktok coin secara percuma tanpa pelu membuat apa-apa pembelian coin.

top up coin tiktok percuma free

Caranya adalah seperti berikut, iaitu;

  1. Tiktok coins boleh didapati dengan percuma dengan menonton video di platform Tiktok yang menawarkan coin Tiktok percuma.
  2. Mengajak kawan-kawan yang tidak mempunyai akaun Tiktok untuk mendaftar akaun Tiktok dan mengongsikan kod referral pengguna Tiktok anda kepada raka-rakan bagi tujuan pendaftaran.
  3. Tiktok coin boleh didapati secara percuma hasil daripada sumbangan daripada rakan-rakan Tiktok yang menonton kandungan Tiktok yang anda hasilkan di platform Tiktok.

Kelebihan Ada Tiktok Coins

Banyak kelebihan yang boleh didapati jika pengguna atau pemegang akaun Tiktok mempunyai coin yang banyak.

Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh pengguna, antaranya termasuklah Tiktok coin tersebut boleh digunakan untuk membeli hadiah atau gift yang terdapat dalam platform Tiktok.

Gift ini boleh digunakan untuk diberikan kepada rakan-rakan Tiktok pengguna sebagai hadiah. Bukan itu sahaja, Gift ini boleh ditukar kepada wang ringgit.

Secara tidak langsung, pengguna dapat menjana pendapatan menerusi aplikasi Tiktok ini.

Selain itu, Tiktok coins ini boleh digunakan untuk memasarkan kandungan Tiktok yang dihasilkan oleh pengguna Tiktok. Ianya bertujuan untuk meraih pendapatan serta meraih pengikut yang ramai.

Jika hasil kandungan pengguna mendapat perhatian ramai, pengguna bakal menerima coin atau gift yang lebih banyak. 

Tiktok coin yang dibeli juga boleh digunakan untuk mebolehkan pengguna untuk membuat siaran langsung atau LIVE.

Menerusi siaran langsung ini, pengguna boleh memasarkan produk perniagaan mereka, membincangkan isu semasa dan banyak lagi. Ianya bertujuan untuk menyampaikan informasi dan memasarkan produk sekaligus menjana pendapatan harian.

Tiktok Coin to USD

Tiktok coins boleh dibeli dengan kadar harga dari mata wang Dollar Amerika iaitu US Dollar (USD). Berikut merupakan kadar harga Tiktok coins dalam US Dollar;

JUMLAH TIKTOK COINSHARGA (USD)
100$1.29
500$6.49
1000$13.5
2000$26.99
5000$66.99
10000$134.99

Tiktok Coin To USD

Berikut merupakan kadar harga Tiktok coins dalam Ringgit Malaysia (MYR) bagi pengguna Tiktok;

Jumlah Tiktok CoinsHarga (RM)
30RM1.48
70RM3.49
350RM17.29
700RM34.55
1400RM69.15
3500RM172.79
7000RM345.55
17500RM863.85

Beli Tiktok Coin Guna Topup Maxis Digi Umobile Celcom Paypal

Pembelian Tiktok coin ini bukan hanya boleh dibeli dengan menggunakan perbankan internet.

Ianya juga boleh dibeli dengan menggunakan to pup daripada syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi, Umobile dan Celcom.

Bahkan, pembelian juga boleh dibuat menggunakan akaun Paypal. Caranya sangat mudah iaitu dengan memilih kaedah topup ketika ingin membuat pembayaran Tiktok Coin yang ingin dibeli.

Boleh Tebus Tiktok Coins Dan Keluarkan Semula?

Tiktok coin yang telah dibeli akan masuk ke dalam akaun Tiktok pengguna. Ianya bergantung pada berapa jumlah yang dibeli oleh pengguna.

Walaubagaimanapun, setiap pembelian coin yang berjaya dilakukan tidak boleh ditukarkan kepada wang ringgit semula. Ianya perlu digunakan di dalam platform Tiktok pengguna. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia