Cims Cidb Login: Cara Renew Green Card / Kad Hijau


Check Cims Cidb Login: Cara Renew Green Card / Kad Hijau

cims cidb login

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520).

Ia merupakan sebuah badan korporat yang membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan dengan memberi penekanan terhadap professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah mencapai daya saing global melalui peningkatan produktiviti dan kualiti dari semasa ke semasa.

Antara misi mereka adalah mengawal selia, membangun dan memudahkan cara industri pembinaan dalam menerapkan professionalisme dalam menghasilkan persekitaran pembinaan yang berkualiti dan mampan.

Manakala, visi mereka adalah menjadi badan autoriti yang berkuasa yang memberi penyelesaian dalam membangunkan industri yang bertanggungjawab terhadap sosial dan alam sekitar.

Senarai Kelebihan Daftar CIDB Malaysia

Ia yang merupakan badan kerajaan yang ditubuhkan menerusi Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab dalam menguruskan urusan yang melibatkan industri pembinaan di Malaysia. Justeru itu, terdapat banyak kelebihan apabila register CIDB.

BACA SINI: Cara berniaga dari rumah dengan ada bantuan kerajaan

  1. Antaranya ialah bertanggungjawab penuh dalam memajukan dan merangsang pembangunan, pembaikan dan perkembangan industri pembinaan di dalam negara selaras dengan misi dan visi yang ditetapkan.
  2. Selain itu, memainkan peranan penting dalam menasihati dan membuat pengesyoran kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara berkaitan dengan perindustrian pembinaan. Badan kerajaan ini juga bergerak dalam menyelidik segala usaha yang melibatkan urusan pembinaan.
  3. Syarikat dan individu yang berdaftar akan mendapat khidmat nasihat dan perundingan berkenaan industri pembinaan bagi menggalakkan jaminan kualiti industri pembinaan.
  4. Berperanan dalam mengawal selia mutu kerja dan bahan binaan yang digunakan oleh kontraktor. Maklumat berkaitan dengan industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem maklumat industri pembinaan dikumpul, disiarkan dan diselenggara dari semasa ke semasa supaya maklumat yang disalurkan merupakan maklumat betul dan tepat.
  5. Juga berperanan penting dalam mendaftar serta memperakukan personel binaan dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi personel binaan itu.
  6. Untuk memastikan integriti badan kerajaan ini, agensi ini akan memastikan kawal selia pelaksanaan bagi kerja pembinaan itu berkualiti dan selamat kepada masyarakat secara menyeluruh.
  7. Selain itu, ia mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan.
  8. Akhir sekali, bertanggungjawab dalam menguruskan segala aduan atau laporan berkaitan dengan industri pembinaan untuk mengelakkan sebarang kegagalan dalam kerja pembinaan dalam menitikberatkan isu keselamatan kepada pengguna.

BACA SINI >> Utc near me

Cara Register Cims CIDB Malaysia

Menurut Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan), seseorang individu yang ingin bekerja dalam bidang pembinaan, individu tersebut diwajibkan untuk mendaftarkan diri dengan mendapatkan lesen CIDB sebelum dibenarkan bekerja secara sah.

Individu tersebut termasuklah buruh binaan, pekerja am, pengurus projek, pegawai keselamatan dan sesiapa sahaja yang diperlukan untuk masuk ke tapak pembinaan.

Berikut merupakan beberapa cara dan langkah-langkah untuk daftar cidb online secara atas talian:

  • Individu yang ingin mendaftar perlu melayari laman CIMS CIDB di laman sesawang https://cims.cidb.gov.my seperti Rajah dibawah:
kad hijau cidb green card
  • Untuk pendaftaran pertama, pendaftar boleh klik pada bahagian “Daftar Baru” pada bahagian kanan skrin.
  • Seterusnya, klik pada tulisan “Untuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru dan lain-lain”. Pilihan pendaftaran terdapat dua (2) pilihan pendaftaran iaitu organisasi atau individu. Sekiranya pendaftaran di bawah individu, klik pada bahagian “Individu” dan pilih “Personel Binaan”.
  • Kemudian, lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan segala maklumat yang dikehendaki dengan betul.
  • Akhir sekali, setelah selesai pendaftaran, anda akan diberikan link melalui emel dan klik pada pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda

Cara Log Masuk Cims CIDB Login

Sekiranya proses pendaftaran dan pengaktifan akaun telah pun selesai dan berjaya, pengguna bolehlah mula untuk login ke akaun CIDB.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk login ke akaun CIMS CIDB:

  • Pengguna perlu melayari portal rasmi CIMS CIDB di laman sesawang https://cims.cidb.gov.my untuk tujuan login.
  • Seterusnya, masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang anda telah tetapkan untuk akaun anda.
  • Kemudian, tekan butang log masuk dan anda akan masuk ke akaun anda.

Check Permohonan Kad CIDB Green Card

Semua pekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan adalah diwajibkan untuk berdaftar sebagai Personel Binaan sebagaimana yang tertakluk di dalam seksyen 33, Akta 520 berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015.

Satu garis panduan telah disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada personel binaan dibawah Akta 520 meningkatkan dan menjamin tahap keselamatan di tapak kerja-kerja pembinaan.

Kad CIDB (Kad Hijau untuk apa) ini merupakan kad personel binaan yang menunjukkan seseorang individu itu merupakan pekerja industri binaan yang sah mengikut Akta 520.

Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan Personel Binaan seperti had umur 18 tahun dan keatas, bekerja dalam industri pembinaan dan terlibat dalam kerja-kerja pembinaan, menghadiri kursus Induksi Keselamatan yang diiktiraf oleh CIDB dan mematuhi undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa layak untuk memohon dan wajib memiliki green card cidb tersebut.

Rajah di bawah menunjukkan contoh Kad Hijau CIDB yang sah.

1. Check Contoh Green Card

kursus cidb percuma training course

2. Semak Cara Mohon Kad Hijau CIDB

Untuk cara buat kad cidb online (Kad Hijau) tersebut, permohonan boleh dibuat di laman sesawang secara atas talian.

  • Semua informasi yang diperlukan hendaklah diisi dengan betul dan setelah menekan butang “Submit”, emel pengesahan akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.
  • Kemudian, pemohon perlulah login masuk semula untuk membuat permohonan kursus yang ditawarkan.
  • Segala maklumat yang diperlukan untuk tujuan permohonan kursus hendaklah dlengkapkan dengan tepat dan seterusnya pemohon mestilah membuat bayaran yuran kursus sebanyak RM26.50 secara atas talian atau di kaunter.
  • Pemohon yang telah membuat bayaran sahaja dibenarkan untuk hadir ke kursus tersebut.
  • Semakan status permohonan boleh dilakukan dengan menghantar emel beserta nama dan no. kad pengenalan ke admin@kursuskadhijau.com.
  • Setelah selesai menghadiri kursus yang ditetapkan, pemohon boleh menyemak secara online dengan memasukkan no. kad pengenalan pada ‘Cari Direktori Personel Binaan’ sama ada kad anda sudah siap diproses atau belum.
  • Pemohon juga boleh membawa resit bayaran ke cawangan CIDB Negeri terdekat untuk mengambil kad hijau tersebut.

Rajah dibawah menunjukkan fee bagi pendaftaran bagi Personel Binaan CIDB.

3. Semak Caj Yuran & Harga Kursus CIDB

Ini antara caj yang dikenakan termasuk harga kursus integriti cidb yang telah ditetapkan untuk tahun 2022

renew cidb online

4. Harga Renew CIDB

Di bawah ini adalah contoh harga renew cidb pembaharuan kad hijau samada untuk perbaharui kad pekerja malaysia atau pekerja asingdari 1, 2, 3 , 4 atau untuk 5 tahun terus.

harga renew cidb malaysia
perbaharui cidb pembaharuan kad hijau

Kursus Cidb Percuma 2022 & Training Course Berbayar

Setiap personel binaan yang diiktiraf wajib menjalani kursus yang dianjurkan untuk mengumpul mata CCD & Sijil Pencapaian dari CIDB Malaysia.

Personel binaan boleh memeriksa atau memohon cidb course yang diadakan di portal rasmi  mereka, sama ada percuma atau berbayar.

Semakan kursus yang akan diadakan boleh dilihat di bahagian Kalendar CCD atau Jadual Kursus CCD.

Antara contoh kursus yang dianjurkan adalah :

  • Kursus Safety and Health Induction Course for Construction Workers (SICW)
  • Kursus Safety Induction Course for Personel (SICP)
  • Kursus Enhance Safety and Health Induction Course for Construction Wokers (ESICW)

Banyak lagi bertujuan untuk melahirkan personel binaan yang kompeten dan cekap dalam bidang binaan

Cara Semak Kod CIDB CIMS

Senarai kod bidang boleh disemak di portal CIDB seperti yang tertera di Rajah dibawah atau melalui handbook Pendaftaran Kontraktor Fasiliti seperti dalam Rajah di bawah.

kod bidang cidb malaysia

Rajah di bawah ini pula menunjukkan senarai kod bidang cidb yang tersenarai di bawah

(i) Contoh Kod Bidang CIDB CIMS

e bantuan cidb course

Senarai Cidb Training Course 2022

Terdapat banyak senarai kursus percuma yang ada dan ditawarkan sekarang di dalam portal rasmi CIDB, antaranya ialah:

  • myDigital Kontraktor
  • Seminar Pendaftaran Kontraktor 2022 bagi Kontraktor G1-G7
  • Seminar Pengukuhan Pematuhan Kontraktor
  • Agensi ini Iktiraf Sijil Kemahiran yang Dikeluarkan Agensi Lain
  • Pemakluman Proses Kuiri Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor
  • Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia 2022 – Pameran Inovasi & Teknologi

Soalan Lazim & FAQ

1. Berapa green card renewal fee 2022?

Ada dikongsikan di atas

2. Bagaimana cara mendapatkan kad hijau

Anda boleh mohon di kaunter cawangan atau apply secara online. Cara memohon ada dikongsikan seperti di atas

Kepada yang mahu contact e bantuan cidb secara online boleh terus klik link pautan ini, www.cidb.gov.my

Secara tuntasnya, segala program yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh CIDB bertujuan untuk memperkasakan lagi industri pembinaan di Malaysia.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia