CIMB Personal Loan: Cara Apply dan Syarat Kelayakan

Cara apply dan syarat kelayakan Pinjaman peribadi CIMB Personal Loan 2023

pinjaman peribadi cimb personal loan

Setiap institusi kewangan akan menawarkan pembiayaan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka yang memerlukan dana dengan kadar segera.

Antara institusi perbankan yang menawarkan loan cimb ini termasuklah CIMB Bank Berhad. 

CIMB Bank menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi cimb loan kepada pelanggan mereka. Ianya termasuklah pinjaman peribadi Cash Plus, Pembiayaan Xpress Cash-I, Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB dan Overdraf Bercagar CIMB.

Kesemuanya membawa keistimewaan masing-masing kepada pelanggan. Pelbagai kelebihan yang ditawarkan kepada pelanggan jika memohon pinjaman peribadi ini.

Cara Apply CIMB Personal Loan Online

Pinjaman peribadi ini kebiasaanya dipohon oleh individu yang memerlukan dana dengan kadar segera, ingin membeli aset yang mempunyai yang tinggi atau bagi tujuan kecemasan.

Permohonan pinjaman peribadi CIMB ini boleh dilakukan secara atas talian.

Secara tidak langsung, ianya dapat memudahkan pihak peminjam untuk membuat permohonan pinjaman ini. 

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon pinjaman peribadi secara atas talian;

pinjaman peribadi cimb
  • Layari portal https://www.cimb.com.my seperti pada Rajah di atas ini
  • Klik pada mana-mana jenis pinjaman peribadi yang ingin dipohon.
  • Klik pada butang “Ketahui lebih lanjut”.
  • Kemudian, klik pada butang “Mohon Sekarang”.
  • Masukkan amaun yang diperlukan dan klik pada butang “Apply”.
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  • Klik pada butang “Submit”.
  • Akhir sekali, permohonan pinjaman peribadi pemohon berjaya dihantar.

Syarat Personal Loan CIMB

Pelbagai jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

Oleh itu, permohonan perlu dibuat untuk melayakkan seseorang mendapatkan pinjaman peribadi.

Syarat kelayakan juga perlu dipenuhi untuk mendapatkan pinjaman ini. 

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan pinjaman peribadi CIMB Bank ini adalah;

  1. Pemohon mestilah berumur 21 tahun sehingga 58 tahun.
  2. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah bekerja melebihi 6 bulan bagi pemohon yang kerja makan gaji.
  4. Bagi pemohon menerima pendapatan bulanan, pendapatan bulanan mestilah melebihi RM2,000.
  5. Bagi pemohon yang menjalankan perniagaan, perniagaan pemohon hendaklah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi melebihi 2 tahun.

Kenapa Orang Buat Pinjaman Peribadi CIMB

Pinjaman peribadi merupakan satu liabiliti atau dengan bahasa mudahnya, ia merupakan suatu hutang.

Walaubagaimanapun, bagi individu yang bijak dalam menguruskan kewangan mereka, pinjaman peribadi ini memberi banyak kebaikan.

Pastinya, banyak faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan pinjaman peribadi.

Kebiasaanya, pinjaman peribadi ini dilakukan apabila seseorang individu ini menghadapi kesempitan wang dan memerlukan dana yang banyak dengan kadar segera.

Dalam situasi seperti ini, pinjaman peribadi merupakan solusinya. Situasi kecemasan ini kebiasaanya berlaku secara tiba-tiba dan diluar jangkaan serta kebiasaan harian seseorang.

Sebagai contoh, ingin membuat bayaran bil perubatan, membayar kos pembaikian kenderaan rosak, membayar bil pengajian, membayar hutang bil yang tertunggak dan banyak lagi.

Kenapa Personal Loan CIMB Tidak Lulus

Banyak faktor yang boleh mendorong kepada pinjaman peribadi CIMB Bank tidak lulus.

Sebab utama yang menyebabkan pinjaman peribadi ini tidak lulus adalah kerana pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak CIMB Bank.

Pihak bank akan menimbang tara keupayaan seseorang sama ada mampu untuk membayar balik pinjaman peribadi yang dilakukan atau tidak.

Tuntasnya, pengurusan kewangan amatlah signifikan untuk dipraktikkan.

Tempoh Lulus Personal Loan CIMB

Kelulusan permohonan pinjaman peribadi CIMB Bank adalah bergantung kepada komitmen dan pendapatan bulanan pemohon.

Namun begitu, tempoh lulus bagi pinjaman peribadi CIMB Bank oleh pemohon yang layak adalah dalam tempoh 24 jam sehingga 48 jam.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu untuk lulus bergantung kepada kelayakan pemohon itu sendiri.

Cara Semak Baki Personal Loan CIMB

Bagi pelanggan CIMB Bank, setiap pinjaman yang dipohon akan direkodkan dalam akaun CIMB Click peminjam.

Semakan ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja.

Ianya lebih mudah dan cepat. Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak baki pinjaman peribadi CIMB Bank;

loan cimb
  1. Layari laman sesawang https://www.cimbclicks.com.my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang betul serta klik pada butang “Log Masuk”.
  3. Klik pada bahagian “Account”.
  4. Senarai paparan pinjaman peribadi pengguna akan dipaparkan.
  5. Klik pada pinjaman peribadi anda.
  6. Akhir sekali, maklumat pinjaman peribadi akan dipaparkan.

Cara Bayar Awal Dan Lebih Cepat

Keupayaan membayar hutang mengikut disiplin merupakan satu kredit dan akan menjadi rekod yang baik kepada pihak institusi perbankkan.

Terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan untuk membayar pinjaman peribadi dengan kadar yang cepat dan awal. Ianya termasuklah teknik Avalanche, Snowball, Snowflake dan penyatuan hutang.

Pembayaran pinjaman peribadi ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi CIMB Click.

  • Pengguna hanya perlu daftar, log masuk dan klik pada bahagian “Account”.
  • Pilih pinjaman peribadi yang ingin dibayar dan klik “Pay”.
  • Teknik-teknik tersebut boleh dipraktikkan dengan membayar lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dan mengutamakan pinjaman peribadi yang lebih tinggi kadar faedahnya. 

Selain itu, pinjaman peribadi ini juga dipohon adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kehidupan seseorang.

Sebagai contoh, membeli kereta, membeli rumah, melanjutkan pelajaran, menguruskan perkahwinan dan menjalankan perniagaan.

Tunai yang ada pada individu pastinya tidak mampu menampung kos yang tinggi.

Oleh itu, pinjaman peribadi menjadi medium utama dalam menguruskan pembiayaan ini.

Tambahan pula, pinjaman peribadi ini boleh dilakukan bagi tujuan penyatuan hutang-hutang lain seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan, hutang pendidikan dan sebagainya. Pinjaman peribadi ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah.

Oleh itu, pinjaman peribadi ini boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang yang lama serta mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, pengurusan kewangan yang bijak mestilah dititikberatkan terlebih dahulu sebelum melakukan pinjaman peribadi.

Ini kerana bak kata pepatah “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”.

Kesan Tak Bayar Personal Loan

Setiap pinjaman yang dilakukan mestilah dibayar mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak institusi kewangan.

Kegagalan untuk membuat bayaran pinjaman peribadi akan mengakibatkan banyak impak negatif kepada peminjam. 

Antara kesan akibat kegagalan untuk membuat bayaran pinjaman peribadi adalah peminjam boleh disenarai hitamkan daripada membuat pinjaman lain.

Skor kredit CTOS dan CCRIS peminjam akan memaparkan rekod yang buruk.

Oleh itu, peminjam boleh dinafikan daripada membuat pinjaman lain pada masa hadapan. 

Bukan itu sahaja, peminjam juga akan dinafikan daripada keluar negara.

Perjalanan keluar negara akan disekat kerana kegagalan membayar pinjaman peribadi. Peminjam perlu melunaskan pinjaman mereka terdahulu sebelum dapat keluar negara. 

Tamabahan pula, peminjam juga boleh disenaraikan sebagai muflis dan aset peminjam boleh disita disebabkan kegagalan membayar pinjaman peribadi tersebut.

Tindakan undang-undang juga boleh dikenakan ke atas peminjam.

Oleh itu, setiap peminjam wajar untuk membuat keputusan yang bijak apabila ingin memohon pinjaman peribadi. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia