Cimb Bizchannel: Register & login Biz Account Business

Cimb Bizchannel malaysia: Register & login Biz Account Business

cimb bizchannel duitnow login malaysia

Ia merupakan suatu platform yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet secara atas talian. Ianya dikhususkan kepada pemegang akaun perniagaan. Platform ini bertujuan untuk memudahkan para pengguna mengakses akaun perniagaan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Antara transaksi yang boleh digunakan menerusi sistem ini adalah menyemak baki akaun, menyemak penyata akaun, membuat pemindahan wang, memantau aliran tunai dan mengurus pembayaran gaji.

Secara amnya, sistem ini mampu memenuhi keperluan dan kehendak urusan perniagaan pengguna. Ianya juga selamat untuk digunakan.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi untuk melakukan transaksi-transaksi yang diinginkan. Tuntasnya, hal ini dapat memudahkan pengguna menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan baik.

Cara Register CIMB BizChannel Malaysia

Syarikat, kelab dan individu perseorangan layak untuk membuat permohonan register account business CIMB.

Ia merupakan akaun korporat yang bertujuan memudahkan urusan dan transaksi melibatkan perniagaan.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun;

cimbbiz
  1. Pengguna mestilah memuat turun borang permohonan pendaftaran akaun korporat biz CIMB di laman sesawang www.cimb-bizchannel.com.my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Pengguna hendaklah mengisi borang pendaftaran tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Kemudian, borang yang lengkap diisi perlulah diserahkan di mana-mana cawangan yang berdekatan.
  4. Pendaftaran pengguna akan diproses oleh pihak bank.
  5. Setelah pendaftaran tersebut berjaya diproses, Authorised User(s) dan System Administrators akan menerima butiran log masuk dan kata laluan pengguna menerusi emel.
  6. Seterusnya, pengguna akan menerima Personal Identification Number (PIN) yang dihantar menerusi telefon bimbit.
  7. Pengguna hendaklah mengisi nombor telefon bimbit Malaysia untuk menerima OTP.
  8. Akhir sekali, pendaftaran pengguna berjaya.

Cara Log Masuk Bizchannel Cimb

Akaun yang berjaya didaftarkan akan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Pengguna hanya perlu log masuk ke akaun tersebut untuk membuat apa-apa transaksi dan servis yang ditawarkan.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk cimb bizchannel login;

bizchannel cimb
  1. Layari laman sesawang cimbbizchannel.com.my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada butang “Login”.
  3. Masukkan ID Syarikat dan ID Pengguna dan klik pada butang “Next” seperti pada Rajah di bawah ini
  4. Akhir sekali, bahagian menu utama akan dipaparkan kepada pengguna.
bizchannel@cimb

YouTube video

Apa Kelemahan bizchannel@cimb Yang Perlu Ditambahbaik

Platform perbankan internet cimb biz banyak memberi manfaat dalam memudahkan urusan melibatkan transaksi kewangan perniagaan.

Dengan arus teknologi yang semakin pesat, setiap platform perbankan internet menawarkan kemudahan pengaksesan yang baik dan pantas, termasuklah sistem ini.

Pengguna mestilah memuat turun aplikasi di telefon bimbit bagi memudahkan pengguna untuk mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Bukan itu sahaja, pengguna yang mempunyai akaun CIMB Bizchannel duitnow boleh mengakses akaun perniagaan mereka di seluruh negara ASEAN.

Semuanya hanya di hujung jari dengan hanya dengan satu klik. Transaksi dan servis yang melibatkan negara luar akan dapat dijalankan dengan baik.

Pembayaran kepada akaun lain juga sangat mudah. Pengguna tidak perlu risau apabila ingin membuat apa-apa bayaran yang melibatkan perniagaan.

Akhir sekali, akaun ini adalah selamat untuk digunakan untuk syarikat, kelab dan individu perseorangan.

Aliran tunai pengguna melalui platform ini adalah telus dan dapat disemak secara atas talian. Informasi berkenaan penyata akaun ini juga dapat disemak dengan mudah.

Beza Company Guna Cimbbiz Channel vs Cimbclicks

CIMB Click dan biz channel cimb, kedua-duanya merupakan platform perbankan internet di bawah institusi perbankan CIMB.

Walaubagaimanapun, kedua-duanya mempunyai fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. 

biz channel cimb

Secara khususnya, platform ini diwujudkan khusus sebagai akaun kewangan perniagaan.

Banyak transaksi dan servis yang disediakan di platform ini melibatkan urusan syarikat termasuklah urusan penggajian, semakan keluar masuk tunai syarikat dan banyak lagi. 

Manakala, akaun Cimbclicks merupakan akaun perbankan internet yang dihususkan untuk kegunaan individu atau peribadi.

Servis yang ditawarkan juga hanya servis umum seperti pemindahan dana, semakan penyata akaun bank, semakan keluar masuk tunai dan banyak lagi.

Urusan melibatkan kewangan syarikat tidak diliputi di bawah platform ini. 

Bila Cimb Bizchannel Maintenance Time

Akaun CIMB Bizchannel duitnow boleh diakses selama 24 jam.

Namun, ada sesetengan transaksi yang mempunyai waktu penyelenggaraan.

Rajah di bawah menunjukkan senarai waktu penyelenggaraan bagi akaun cimb biz channel;

account cimb bizchannel maintenance time

Cara Contact CIMB Bizchannel Hotline

Sebarang masalah melibatkan akaun dan servis sistem ini, pengguna boleh menghubungi talian hotline cimb business contact.

Pengguna boleh akses portal www.cimb.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

cimb business
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia