≡ Menu

KWSP Suri Rumah : Bagaimana Cara Pembayaran Caruman Kepada Penerima

Bagaimana Semak Cara Pembayaran Skim Caruman KWSP Suri Rumah. Bayaran Caruman Kwsp untuk Suri Rumah

Berita baik untuk golongan suri rumah. Dalam usaha memperkasakan dan meningkat martabat wanita di Malaysia, kerajaan baru di bawah pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (kpwkm.gov.my) melaksanakan satu skim yang membela nasib golongan wanita di malaysia terutamanya kelompok suri rumah, janda dan juga ibu tunggal di Malaysia.

kwsp suri rumah

Berdasarkan manifesto Pakatan Harapan selepas menang pilihanraya umum yang lalu, mereka ada berbuat janji ini.

Sekarang tiba masa untuk mereka menunaikan janji mereka untuk melaksanakan skim  caruman kwsp suri rumah.

Ini antara gambaran awal yang boleh anda perhatikan bersama :

  1. hanya untuk golongan wanita yang terdiri suri rumah, ibu tunggal dan golongan janda
  2. golongan suami buat caruman dari gaji dan pendapatan bulanan sebanyak 2 peratus
  3. Manakala kerajaan akan sumbang RM50 setiap bulan

Bagaimana Cara Bayaran Caruman KWSP Suri Rumah

Seperti yang dijanjikan kerajaan telah pun melancarkan program ini dan mendedahkan butiran bagi skim ini yang mana terbahagi kepada 3 fasa. Jika yang tiada akaun KWSP boleh buka akaun anda. Mulakan dengan serendah RM5.

Fasa – Tarikh – Butirannya

  • Fasa 1 : Bermula 15 Ogos, Kerajaan akan lakukan bayaran Rm40 ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja anda setiap bulan. Anda boleh tambah RM5 setiap bulan.
  • Fasa 2 : Bermula tahun 2019, Kerajaan akan terus bayar RM40 ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja anda manakala RM10 lagi ke akaun SOCSO Perkeso anda. Jumlah ada RM50 setipa bulan
  • Fasa 3 : Bermula tahun 2020, 2 peratus daripada bayaran caruman KWSP suami anda akan diberikan dan disalurkan ke akaun suami anda

Syarat Kelayakan Terima Skim KWSP Untuk Suri Rumah

caruman kwsp

  1. Pastikan nama anda tersenarai dalam senarai nama ekasih
  2. Ini kerana kerajaan akan menggunakan senarai nama dalam sistem ekasih untuk menyalurkan sumbangan bagi bayaran KWSP suri rumah ini
  3. Ini bermakna jikalau anda masih belum melakukan pendaftaran lagi, sila daftar sekarang melalui pautan di bawah ini :
  • Akses Portal Pembasmian Kemiskinan ekasih : KLIK SINI

Ayuh, jangan berlengah lagi.

Cara pembayaran Caruman KWSP Suri Rumah

  • Kerajaan akan salurkan bayaran caruman ke akaun anda pada setiap bulan
  • Anda hanya perlu check sahaja setiap bulan

P/S : Dalam pada masa yang sama suri rumah yang merupakan isteri pertama, isteri kedua juga telah diberikan perhatian untuk pemberian skim ini

PP/S : Kami menyokong penuh usaha dan cadangan ini dilaksanakan. Ia memberikan hak kepada golongan isteri yang dilihatkan dibiarkan terkapai-kapai apabila berlakunya masalah dalam rumahtangga dengan pasangan masing-masing


Next post:

Previous post: